Wednesday, December 24, 2008

Tuesday, December 23, 2008

Saturday, December 20, 2008

Sapa Makan Cabai, Dia la rasa pedas..


Aku Bukan Musuh Harta - KopratasaHaa... RTM gam dah lagu dia..huhu... kena batang hidung la tu.. kedekuk kata bunyi....
Apa daa.. yang tergedik-gedik sana sini, hampa takmau nak haram, tula... yang tuhan haram hampa buat takpa..yang nak bagi sedaq org, hampa galak nak haram... apapun, dalam album tu, lagu ni la favourite.. hat yang len tu slow sket... beli-beli album...hehe..promote sket.. depa taktau, lagi depa haram, mesti lagi ramai rasa nak beli...xpa rtm haram, banyak lagi stesen len..

Wednesday, December 17, 2008

ADOP

Adop. Sudah lama nak kuceritakan tentang Adop. Maka kali ini aku akan bercerita tentang Adop. Penerbangan KLIA-Penang menemukan aku dengan Adop. Aku duduk sebelah tingkap. Adop duduk sebelah lorong, di antara kami, kosong. Mulanya aku sungguh letih, tak mahu bicara, tak mahu apa-apa, lebih 8 jam penerbangan Melbourne-KLIA telah menyerap seluruh tenaga ku, dalam mindaku saat itu hanyalah..emak,emak,emak.

Entah bagaimana, bermula dengan Adop membantu bertanya minuman apa yang ku mahu untuk dimaklumkan kepada petugas kabin, sembang-sembang aku dengan Adop bermula.

Sebelum bercerita tentang sembang-sembang aku dan Adop, ingin kau gambarkan rupa fizikal Adop. Adop orangnya tinggi, badannya sedikit gempal dengan perut sedikit kehadapan, sedikit saja, tidak banyak, jangan pula membayangkan lebih-lebih. Kulitnya putih, kemerah-merahan. Matanya hijau kebiruan, rambutnya yang sudah tidak berapa lebat itu keperangan. Aku berpakaian sederhana, namun kemas, lagak seperti seorang usahawan. Aku kira usia Adop dalam lingkungan awal 50-an.

Bait-bait awal aku sudah tidak berapa ingat namun sembang-sembang aku dengan Adop lebih kurang begini;

Aku: Awak dari mana?
Adop: Penang
Aku: Biar betul, awak dari Penang?
Adop: Ya, benar, saya dari Penang.
Aku senyum janggal, biarpun aku tak dapat melihat wajahku saat itu, aku pasti memang pastinya wajah aku aneh sekali saat itu bercampur riak-riak bingung.
Adop: Hahahah...(Adop senyum dan ketawa kecil menyedari kebingungan aku)... Saya berasal dari England tetapi sudah tiga tahun menetap di Penang atas urusan perniagaan.

Barulah aku faham. Adop bertanya tentang aku, maka kuceritakan asalku dan serba sedikit tentang pembelajaran di Melbourne.

Adop: Belajar di luar negara, apakah mengubah awak?
Aku: Sudah tentu tapi mungkin awak tidak percaya kerana belajar di luar negara menguatkan kepercayaan agama saya. Menjadikan saya seorang yang mahu mengamalkan Islam dengan lebih baik. Di samping itu, saya juga menjadi seorang yang agak kritikal.
Adop: Tidak, saya tidak terkejut. Saya boleh nampak. Awak kata kritikal? Kritikal yang bagaimana?
Aku: Ya, kritikal terhadap segala-galanya, orang-orang disekeliling saya, bangsa saya, segala-galanya yang saya rasakan tidak kena. Oh ya, apa yang boleh saya panggil awak?
Adop: Nama saya (Oppps, aku dah lupa, sungguh) tapi orang panggil saya 'ADOP'.
Aku: Saya Asriah
Adop: Gembira bertemu awak.
Aku: Gembira bertemu awak juga!

Adop memulakan ceritanya.
Kisahnya begini. Adop dahulu pernah menikah dengan seorang Islam, atau dengan kata lain, pernah menjadi seorang Islam. Namun kini Adop sudah tidak percaya lagi pada mana-mana agama dan sudah tidak tahu mana agama yang harus dipercayai. (Oh, tidak, maksudnya Adop seorang yang murtad!) Aku bertanya pada Adop samaada sewaktu menjadi seorang Islam apa dia pernah menghayati ajaran Islam, membaca Al-Quran dari kulit ke kulit. Pernah, yakin Adop menjawab, namun itulah, membaca dan menghayati jauh beza dan impaknya. Bicara tentang Al-Quran, Adop cerita lagi, dulu isterinya yang merupakan seorang warga timur tengah, sungguh menghormati Al-Quran namun bukan isinya. Adop juga cerita isterinya hanya menghormati Al-Quran dalam bahasanya iaitu Arab tetapi tidak versi translasi bahasa Inggeris yang Adop baca. Adop binggung kerana fikirnya jika benar Al-Quran itu mulia maka apa sahaja versinya harus dimuliakan. Aku ujar pada Adop bahawa Al-Quran dalam bahasa diturunkan tidak sama dengan versi translasi bahasa lain, juga aku cerita versi bahasa lain itu hanyalah terjemahan dan tafsiran bukan sebenar-benar makna. Namun, tidak patutlah jika tidak dihormati naskhah tersebut, lagi tidak patut jika isinya tidak diamali. Bagi Adop hanya sekali sahaja Adop merasakan Islam itu sungguh benar iaitu sewaktu Adop menghabiskan masa berminggu bersama badwi di tengah-tengah padang pasir. Adop cerita, saat itu dirinya mengalami ketenangan yang luar biasa dan segalanya tentang Islam Adop rasa benar belaka. Sayang, perasaan Adop itu sementara seperti juga rumah tangganya. Namun sempat aku ingatkan Adop, Aku manusia bertuhan dan Aku yakin tuhan tidak mensia-siakan pencarinya. Aku tahu dari cara cara Adop bicara Adop masih tergapai-gapai mencari pegangan. Aku kira, Adop tidak berpeluang menghayati Islam sepenuhnya. Bekas isteri Adop mengikut ceritanya merupakan seorang pelakon teater, Adop dan keluarga pernah dibuang negara kerana isterinya melakukan persembahan pentas yang mencabar nilai keislaman negara Timur tengah tersebut. Maka dengan itu, Adop bilang mereka KOLOT!

Adop sambung cerita, Adop menjalankan perniagaan, merata-rata tempat sudah Adop pergi. Adop kata, hidup ini harus merantau melihat dunia maka kita dapat melihat dan belajar banyak perkara. Namun aku cerita, aku bukan dari keluarga berada, mungkin suatu hari nanti aku mampu mengelilingi dunia tetapi bukan sekarang kerana aku bukan dari keluarga berada. Adop tanya pengalaman aku di Melbourne. Aku cerita, secara keseluruhannya aku suka Melbourne, cuma kadang-kadang layanan terhadapku sebagai seorang Muslim kurang baik, aku cerita tentang surau yang dirampas (baca:Kata tak di kota). Adop cerita tentang surau pula. Adop cerita, Adop punya beberapa buah pejabat dan apabila Adop mendapati pejabatnya punya pekerja Islam maka Adop akan menyediakan surau atau bilik solat. Namun, sampai kini, semua surau yang pernah Adop sediakan telah ditutup kembali. Belum sempat aku tanya mengapa, Adop cerita, pekerjanya sering menyalahgunakan kemudahan tersebut. Masa kerja dihabiskan di surau. Mereka tidur dan lari dari tugas. Adop kata, bukan sahaja di Malaysia tetapi rata-rata negara Islam yang Adop punya pejabat, keadaannya sama. Pang!!! Rasa terpukul. Bukanya apa, mungkin ini salah satu sebab Adop gagal melihat peribadi Islam yang sebenar. Aku tidak tahu apa mahu dikata kerana aku yakin Adop bicara benar. Aku percaya situasi begitu sememangnya berlaku. Curi tulang kononnya sembahyang. Cuma, aku bicara sama Adop, aku mahu Adop tahu, perangai sebegitu bukan peribadi sebenar seorang Islam. Islam hari ini, rata-rata imejnya baik dalam segala hal telah dicemari pelbagai unsur luar namun dilakukan oleh seorang yang melabelkan dirinya Islam. Maka sikap tersebut menjadi seolah-olah wajah umat Islam. Adop tahu.

Lebih kurang 50 minit, kapal terbang yang Adop dan aku naiki mendarat. Maka penumpang dimuntahkan dari perut kabin ke dalam terminal. Aku dan Adop turun beriringan. Kami berjalan beriringan ke karosel bagasi. Adop memang suka bercerita nampaknya. Adop sambung.

Adop: Awak tahu bagaimana berurusniaga dengan orang Arab?
Aku geleng kepala.
Adop: Bila mula-mula awak bertemu mereka. Mereka akan bertanya, "Unta awak bagaimana? Sudah berapa ekor, sihatkah unta awak?" Kemudian awak bertemu mereka lagi, mereka akan bertanya lagi "Unta awak bagaimana?"

Adop senaraikan beberapa lagi soalan yang sungguh kelakar, tapi sayangnya aku sudah tidak berapa ingat, tapi sungguh masa itu aku ketawa sungguh-sungguh. Aduhai, Adop.

Kami tunggu bagasi sama-sama, dan ketentuan tuhan, bagasi kami berturutan. Maka kami seiringan ke ruang ketibaan. Adop cerita, isteri yang baru, seorang Thailand, sedang menunggu. Adop tanya siapa menuggu aku, aku yang kurang pasti ketika itu menjawab mungkin ayahku. Lantas

Adop: Mahu kita buat kejutan?
Aku: Kejutan apa?
Adop: Kita jalan bersama-sama dan beritahu ayah awak, saya teman lelaki awak dari Australia.
Aku: hahahaah (Aku ketawa besar sambil berjenaka) Saya harap awak lebih muda.

Aku berjalan keluar bersama Adop, namun tidak mebuat kejutan yang Adop cadangkan kerana aku sama sekali tidak berminat dengan cadangan itu.

Aku berharap aku punya masa sembang yang lebih panjang maka aku punya lebih peluang untuk cerita sama Adop apa yang patut, tapi sayang, cerita Adop banyak ku dengar namun tak sempat ku berpendapat. Banyak lagi sebenarnya yang Adop ceritakan namun, aku pula ssudah letih mahu cerita. Apa pun, cerita Adop banyak mengajar dan aku sedar apa yang harus ku belajar. Terima kasih Adop, aku harap kau jumpa jalan pulang.


Best Scene Of The Year




HAHAHAHAHHAHAAAAHHAAAAAHAAAAAHAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, December 15, 2008

Sayangku, ALAM


Sunyi malam sering buat manusia berfikir. Fikir punya fikir, banyak pula benda yang terfikir. Alahai minda, sakit-sakit kepala begini banyak pula yang bertandang di benak. Ujian kesihatan yang tuhan berikan membuatkan mata ini sukar lelap. Jika ini kifarah dosaku, maka aku redha. Lewat senja tadi, sekeluarga awan hitam bertandang di langit desaku, namun belum sempat memuntahkan isinya, terus mereka berlalu. Namun anginnya sempat meribut jemuran.

Melihat kelakuan alam, aku sujud penuh syukur lantaran bicara sang alam terhadapku masih sopan. Hujan yang ku rindu, datangnya penuh syahdu, kadang berlalunya buat aku cemburu. Namun, riuh rendah di ibu kota, amukkan sang alam sungguh dahsyat dan di timur tanah air hujan bukan lagi pengubat rindu tetapi bencana penuh sendu.

Peristiwa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Cukuplah media mengulas, spekulasi demi spekulasi...adalah lebih wajar memikirkan tindakan seterusnya daripada menuding jari kepada mana-mana pihak. Apapun, yang terjadi tetap terjadi. Cumanya peringatan untuk diri yang bakal berkecimpung dalam bidang pembinaan harusnya tahu mana yang patut mana yang tidak. Jangan ketamakan mengadai indah ciptaan tuhan. Bila tuhan beri amaran, baru terngadah mohon keampunan, namun kesakitannya kekal berpanjangan. Seperkara lagi, betapa jika kejadian ini berlaku 3 atau 4 tahun yang lalu, mungkin aku juga mangsanya. Masih basah lagi kenangan berkampung di rumah saudara di Bukit Antarabangsa sewaktu menuntut di Intec dahulu. Hampir saban minggu di situlah tempatku. Syukur juga keluarga saudaraku itu telah berpindah dari situ.

Sungguh, aku diberi peluang untuk terus bernafas tenang setenang alam di sekelilingku. Namun derita mereka, aku tak pernah lupa. Manakala pada sang alam, suara mu, nyanyikan lagu merdu untukku, dengan izin tuhan kita, aku akan menjaga kamu, inshaAllah.

Sunday, December 14, 2008

MISSING

(missing columns in redesigned Villa da' ll Ava)


Sometimes, we missed the most important thing in this life.. Yet, we could still breeze through... As long as Allah wills... :)

Thursday, December 11, 2008

Hope

It reminds me of my desktop back in Melbourne where a 'HOPE' sticker is stuck onto my monitor. I find its true when people said that the best teacher in life is life itself. we learned through experiences and the best part is, it is real. I'm talking about good experiences or maybe not-so-bad experiences here. well, I'm pretty sure for a dark experience, we might rather wish for it to be a fiction or a dream..wouldn't we??? I'm not really sure about that, but i do learned lot of things through my bad experiences...maybe my bad experiences weren't really bad..

Anyway, life is full of hopes. When I think of hopes, i could feel that there is so much to live for, yet, i could still say, there is so much to die for. I love the fact that I'm a Muslim, therefore I would never loose hope. Faith and hope, do come hands in hands.

Architecture. Last months, I wrote about my working experience, since that, I begin to pay more attention toward Malaysian Architecture. I would say, this is one of my Quest for Hopes..hee.. I need some sort of motivation, so that i would be more motivated to walk on this journey, a journey to be an architect, inshaAllah.

Here is one of the hopes that I've found. Pretty mesmerizing. Putrajaya waterfront residential development. But, too bad that the project is by an Italian architect (Manfredi Nicoletti). Where are the locals???? By the way, Hijjas Kasturi is in the team yet, they are just taking charge. Herm...

Tuesday, December 9, 2008

KORBAN: PAHIT YANG MANIS


Seuntai dua kata sempena hari raya korban. Mahu bicara tentang korban lembu kambing unta, ramai yang sedia maklum, fiqhnya aku tidak pakar, menghurainya aku tidak lancar. Cuma seperkara, suatu versi korban yang aku bisa cerita, korban rasa. Tak kisah apa jenis rasa, masam manis masin pahit..mungkin juga rasa suka cinta duka benci..segala macam rasa yang bisa difikirkan oleh yang membaca..

Korban rasa. tak nampak dimata, tapi bisa berairmata. Tak hilang harta tapi bisa bawa derita. pastinya, setiap manusia itu pernah melakukan korban rasa, namun soalnya rasa bagaimana yang dikorbankan?

contoh; KORBAN CINTA

si jejaka A telah jatuh hati pada seorang gadis, maka jejaka A ini berhempas pulas melakukan apa sahaja untuk mendapatkan gadis tersebut, sehinggakan sanggup tak tengok bola sebab nak berdating dengan si gadis tersebut, maka rasa cintanya terhadap bola dilepaskan demi cintanya terhadap si gadis..

si jejaka B juga telah jatuh cinta pada seorang gadis, namun menyedari dirinya yang belum punya upaya untuk bernikah dengan gadis tersebut, maka cintanya dibisukan lantaran cintanya yang satu lagi dikhuatiri tergugat jika dia cuba mendekati gadis tersebut. rasa cintanya terhadap si gadis diketepikan demi cintanya pada Pencipta segala cinta.

Maka, korban cinta manakah yang lebih mulia?

Sungguh, jika korban itu demi Si Dia, walau apa pun rupanya, korban itu pasti beroleh cinta. Kadang pahit itu bertahun lamanya, namun menyedari pahit itu ubat rasa sebelum menjadi lebih perit, maka jiwa menjadi lega. Menghadam-hadam kepahitan semalam jika diiringi dengan percaya bahawa korban demi Si Dia tidak sia-sia, pasti menjemput hadir manisnya hari esok titis demi titis. Percaya, Si Dia tahu apa yang dirasa biar sepedih mana korban rasa.

Sekian, coretan raya korban! Esok kerja, korban....moga khidmat membawa manfaat pada umat. Ameen.

Sunday, December 7, 2008

Abang

Kasih tak pernah padam,
Cinta tak pernah kelam.

Jauh engkau pergi
Hatimu tetap serupa
Kapan kau kembali
Ku yakin tetap sama
Kendati apapun galang gantinya
Kasih tak dagang
Cinta tak kecundang
Biar remuk repuh tulang belulang
Cintamu takkan hilang
Biar mengah lelah urat saraf
Kasih terus dijulang
Biar hancur lebur hati
Cinta dan Kasih terus gemilang.

Tiba disambut derita
Kelibat tak menancap sebarang mata
Dentum dentam kau bercerita
Tentang cinta
Maka berolehlah sebuah nama

Pergi diiring tawa
Pergi diiring airmata
Diizin tuhan kau kan kembali
Kembali bercerita tentang cinta.

Pedulikan tentang mereka.
Kasih tak pernah padam,
Cinta tak pernah kelam.

Thursday, December 4, 2008

BISAKAH AKU SPT MEREKA?

Kembali menghabiskan masa di tanah air, corak carik kisah politik sudah muak mauku ambil pusing. Lebih menarik perhatianku, perjuangan yang tiada penghujungnya, perjuangan yang didokong oleh insan-insan disekelilingku. Perjuang Sunnah Rasulullah. Ya, bukan mudah, mendokong misi mengembalikan Islam seperti hari diturunkan. Sadis meruntun jiwa melihat korupsi agama oleh sesetengah pihak sekalipun pihak yang mengelarkan diri mereka golongan agama. Rosak robek kepercayaanku mendengarkan kisah-kisah orang tinggi agama menjaja fatwa untuk puaskan yang memegang takhta. Ah, andai dunia menyaksikan rahsia yg tersimpan pasti mereka kecut bak sekeping papan.

Namun, harapan tetap bersinar. Bahkan semakin hari semakin terang. Perjuangan sunnah di tanah air diribut sokongan yang menguja, Serata IPTA dan IPTS tempatan punya pendokong yang setia. Maha suci Tuhan yang berkuasa, sungguh, perjuangan ini di bawah lembayung rahmatNya. Aku kagum, sungguh kagum, rata-rata mereka muda-muda, tetapi ilmu dan usaha menguja jiwa. Saban aku merasa sungguh kerdil, keringat tak ku berjasa, usaha tak pula seberapa, ilmu pun tak setinggi mana, oh Tuhan, ingin aku seperti mereka.

Entah bagaimana, aku tak punya kelompok yang sama. Bukan mempertikaikan bi'ah yang sedia ada. MashaAllah, mereka semua baik-baik belaka. Sayangnya, cara dan gaya tidak serupa. Niat memang sempurna, namun ini perkara agama, hati dan tubuh harus seiring patuh. Sungguh aku tidak tahu bagaimana, sedang manusia itu sering lupa, oh tuhan, andai mereka mengerti. Siapa aku untuk berbicara tentang perjuangan ini, namun aku punya persepsi tersendiri, aku melihat ketaksuban kumpulan menjadikan manusia hilang pedoman. Maka aku bimbang, bimbang akan teman-teman yang ku sayang jika jalan yang mereka bilang terang menjadikan mereka hilang. Oh, tuhan...terangilah....

Seperti yang aku bicara...sungguh, mereka yang di IPT tempatan sungguh-sungguhan mendokong perjuangan sunnah ini. Sekali lagi, aku yang di IPT luar negara merasa kerdil dan terpencil, sekalipun perkumpulanan agama ada, usaha dan tekadnya tidak sama. Apa yag disampaikan berbeza. Kejelasan fakta dan keluasan pemikiran jauh berbeza hinggakan aku tertawa sendiri, bagaimana yang diluar negara bila tiba isu agama lebih jumud pemikirannya. Sunguh, aku tidak mengata sesiapa, sekadar pandangan peribadi bahkan mungkin aku termasuk jua.

Ingin aku seperti mereka, turut sama memperjuangan agama, megembalikan wajahnya seperti hari diturunkan. Namun bisakah aku?

RINDU


"they flew to UK a couple of days ago and I'm dreadfully missing her..ibtihal"

Tuesday, November 25, 2008

kueh pau


Kueh pau??!! Thanx Bro. The best thing of a holiday is to be with my love ones. When my family gathers, its the bestest moment in my entire life. I love mum's sugarless tea. I love our chit chat, I love when my big sisters laugh over silly things, I love my big bros' silly jokes, I love hearing them yelling at their children, I love pretending being angry at my nephews and nieces when asking them to take bath, I love the cracky sound of the nutshells, I love the teka-teki, i love the old days stories which they told, I love the entire things about family gathering.

"Then which of the blessing of your Lord will you both deny?" (ArRahman)

.....Alhamdulillah....

Thursday, November 13, 2008

A DAY AT WORK


It was my very first day at work. Yet, i have learned and realised a lot. Knowing the reality of malaysian architecture is such a big dissapointment to me. Now, what a friend of mine has told me about his dream of changing Malaysians attitude toward architecture starting to make a lot of sense. Joe Ng, I think i should join you..hee :D

My friends from architecture school and I used to discuss about this matter. We used to wonder where do all the overseas graduated architects go? Why our buildings are so boring. Why whenever malaysia needs a good architect to design her prestigious building, there is no one to find locally? Why this and that?

The answer is, all the overseas graduated architects if they dont practice overseas they are actually gone no where. They are home. In this country doing their practices. Yet, blame it not on them as the issue of our poor architecture isn't their fault. Then, who to blame?

Well, lets not point finger towards anyone, but the truth is we dont have enough budget to govern expensive buildings. Okay, then why dont we design it as interesting as we could but as cheapest as possible? Thing is not as easy as that. Most of our buildings are actually financed by the government and the chinese. Well, ya, chinese people are monopolying our economy especially here in Penang. The issues with the government is they don't fancy unusual building. With the chinese, they are money-minded people, buildings are designed to serve at it best performances in making money which means, everything is about functions. A design has to be mainly programatic and no single penny is to be wasted on estatical values. Hence, all the designs become extremely pragmatic and boring!

Due to these constrains our architects do not stand a chance to design at their best. Nothing is really new. Everything is boring. Then, when the time comes that Malaysia needs a good architect, its hard to find not because we dont have one but we dont have a chance to produce one. How pathetic! What a waste of human resources!

I was told that once i become an architect, all books shut! There is nothing much to do with designing, because everything is simillar and typical. What is most important is knowing the process of getting a building approved. What??!!!! I was devastated. frustrated.

From the very beginning, I know that there is lack of awareness about architecture amongts malaysian. Nobody really gives a damn about how a building looks. They are more wary where to park their cars rather than to notice the beauty of a building. However, this fact doesnt distract me much as i believe a really impressive building could do a change and civillians are more easier to impress rather than the financer. Nevertheless, knowing the reality of malaysian built-environment really pull me down.

On the other hand, I still have a little faith in future malaysian architecture. At midst of my dissapointment, my boss hand me AM magazine. Flipping through pages of AM, i see some hopes! Generally, ya, our architecture is really poor but there are some good buildings which are beautifully DESIGNED! A bit of relief i have to say..

I dont know what is the future could offer me, but i do have some hopes! Maybe my generation of architects could bring changes!

Wednesday, November 5, 2008

Alhamdulillah..




















Final Crit- Checked!
Chinese Final Exam-Checked!
Folio Submission-Checked!
Obama as US next president-Opss, Checked!
Fly Home- Soon! InshaAllah

Saturday, November 1, 2008

November 1st


It's November 1st, not much of thoughts, just feel a bit fazed by the day.

The fact that I'll be sitting for Chinese language written exam flusters me with worries, yet I'm extremely excited as im going home soon..inshaAllah and ya, my design portfolio is a bit more to go. Anyway, this will be my first final exam since I'm here. Well, in architecture, we don't have exams and Chinese language is just my elective subject which is non-architectural, frequently..people tend to say we got it easy..but Allah knows, its tough.. with ample amount of works, presentations every weeks, and every end of semester almost all architecture students would suffer from sleeping and eating disorder due to the preparation for the final crit..haha..but Alhamdulillah, it didn't happen to me though, this semester.. heee~anyway, i believe, every subject has in own difficulties, and the best part is, with every difficulty comes relief.How just is He! However, I find exam is a bit of a hassle, not to say studying...probably because its very rare to me, and probably because the subject I'm doing is language, maybe its just Chinese language!..haa..I don't know but, I prefer presentation rather than exam.. hee~ love architecture!!! Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah.. Allah gives me what is best for me.. Owh, He knows me so well! (big smile) Maybe i should do elective from architecture school next time..

Thursday final crit (end of semester presentation) went quite well, Alhamdulillah..with the efforts me and my mates had put on, we couldn't ask for more. Allah had given us what we deserved, maybe more than we do. Now. just gotta get my portfolio done and....shoppingggggggggggggggg!!!!!! haha.. owh ya, i forgot..i gotta study chinese..grrrrrrrrr! ya, but i could still do some shopping in between..haha.. lots and lots and lots of things to shop.. i have a big family.. err, well maybe not really big..but ya...i have many nephews and nieces! i need to get them some souvenirs..u know, kids, the must have been expecting something from me.. and I'm not gonna disappoint them..trying to be a good aunt..haha!

Okla.. Gotta continue doing my stuff, portfolio etc...maybe go for shopping, haha..yes! maybe i should go to borders.. i got my eyes on a book called Mao's Last Dancer, a true story during communist reign (I don't fancy fiction).. I wanted to buy it yesterday, but the queue was toooooooooooooo long..so i decided to go some other day.. maybe today..hee.. besides, it has been almost a week since i finished my last book and i'm craving for more books now. Reading is the best entertainment!

Next week, at this hour, I'll be home..inshaAllah.. (big smile)

Saturday, October 25, 2008

I love these words...

Journey- The brothahood

sleepwalking in a world that's so cold, don't know where to turn
right turn left turn i yearn for some sort of guidance
confusing flusters bounce in my throbbing mind where can i find a guide to take my hand

lead me in the way of the perfect creation, he who is guaranteed paradise but still weeps,

standing long in the night with hurt feet, Our blood at the moment is dirt cheap, spilling on the land

spilling on the sand,where is my iman...please take me by the hand wake me from this sleep,

convert this solid rock inside my chest lacking purity and soft-ness and i need a rest from this busy world

to find myself, forget my weatlh, my spirtual health it needs some help

where are you...i need some help before i'm judged i need to help myself get help

but the lazy beast which is myself lacks motivation..lacks the patience..lacks instigation

where do i look...or will he find me? i wanna be at the lote tree.. don't walk past

try to fast so i can build up inventory but wheres my sincerity now that's a different story

am i up for the glory and the fame nah just want my name to be mentioned -- don't wanna be questioned

want his pleasure but wanna live forever nervous to meet my creator feel like a traitor will he be pleased

or dissapointed in my behavior...i don't know...why do we act how we do? dieseses of the soul the heart

is sensitive to all that it surrounds vulnerable to smell sight and sound...yet we throw ourselves into

places where the reciever the qalb finds discontent, discontent and we dont repent, blackening

and slowly killing its will to be content...the cure is remembrance which will recompense in

a way that we cant comprehend...Ya Rab make us of those who you are pleased with...a gift which lives

not in the mist but in a life of reality...Please Allah accept our prayers, accept our du'aa and our charity

Friday, October 24, 2008

NOCTURNAL. WAS.

I used to be a nocturnal especially when the final is getting nearer. Stayed up through out the night and slept after the morning had broken. Personally, I really like working at night especially when i was designing. Nighttime had always been a perfect time to get ideas gushing into my head. The darkness, as i gazed through the windows seemed to gimme some sort of inspiration. Seriously, i found it was so hard to work during the day. Apart from attending studios and tutorials, I couldn't really do much of my works when the sun is still shining, even though I was not sleeping.

" And We have made the night as a covering (through its darkness). And We have made the day for livelihood" (78: 10-11)
" He it is Who has appointed for you the night that you may rest therein, and the day to make things visible. Verily, in this are ayah for people who listen" (10:67)

However, reading through these verses again and again, i realize that, i need to change this part of me. Quran is a life manual. These verses are from my Creator who knows me best, so much better than i know myself. Therefore, I took last Ramadhan as a training season to change this bad habit of mine. Alhamdulillah, it was a really good session. Mr Ramadhan was really a great teacher! hee.. And now, I'm trying to keep it this way. Sleep at night and do my work during the day. and, the result is I find out that living by those verses makes me feel, Alhamdulillah, happier, more content and energetic. And to my surprise, ideas are still gushing into my head even though at point of time when the sun is brightly shining above my head, Subhanallah. How great is Allah! How silly and stupid i had been. Did i think not where those ideas inside my head come from??? Verily, it is His bounty. O' Allah, forgive me, a forgetful servant!

Saturday, October 18, 2008

RMIT Muslims Praying Outside

Students lose faith in RMIT pledge

Andrew Trounson | October 15, 2008

RMIT University Muslim students have accused the university of reneging on its promise to provide Muslim-only prayer rooms, instead insisting on designating the prayer facilities as multi-faith areas.

In a dispute that has dragged on for eight months, Muslim students are boycotting two newly installed prayer rooms at the city campus spiritual centre and are instead praying outside.

Hundreds of students have been meeting every Friday to stage an outside prayer meeting in protest.

The Muslim student campaign has the backing of the student union and the Christian and Jewish student unions.

Even though no other religious group has sought to use the two prayer rooms, RMIT is adamant the rooms remain available to other faiths outside of the times they are booked for Muslim students.

The two rooms, one for men and one for women, are Muslim-friendly, complete with washing areas, shoe racks and various decorative epithets for Allah. .

Muslim students had believed the rooms were dedicated for their own use until just before they were opened in March, when they were made multi-faith.

Shortly before opening the rooms, RMIT toned down the original Islamic decor, first covering and then removing the sayings of the prophet that were originally on the walls in Arabic script.

At the nearby Bourke Street campus, signs still proclaim the prayer rooms there to be Muslim prayer rooms.

Muslim students now have a block booking on the rooms from 11.30am to 5pm but the rooms can be booked by other faiths outside those times. However, the Islamic Society says no groups from other faiths have so far made a booking.

"RMIT respects all religions, gives special privileges to none," declared a RMIT statement yesterday from pro vice-chancellor Joyce Kirk. "RMIT is a secular institution, meaning that the university respects all faiths and meets the faith needs of its students and staff, including those of the Muslim faith," Professor Kirk said.

However, according to RMIT Islamic Society vice-president Mohamed Elrafihi, the university has reneged on previous commitments to provide dedicated Muslim spaces to replace the prayer room that had been open since 1994 but was shut last year because of building work.

"All we are requesting is that the university continue with its previous policy of having Muslim prayer rooms," Elrafihi told an audience of about 80 students and staff yesterday as the society sought to put public pressure on the university.

Elrafihi said the university had spent hundreds of thousands of dollars on the new prayer rooms that was now being wasted.


Tuesday, October 14, 2008

''SORRY..I DON'T DRINK..."

"O you who believe! Intoxicants (all kinds of alcoholic drinks), and gambling, and Al-Ansab and Al Azlam (arrows for seeking luck or decision) are abominations of Satan's handiwork. So avoid that in order that you may be successful." (5:91)


A few weeks ago...
B: Hey, would like to join us..? go for a beer..just at the bar next door..
Me: Sorry, I DON'T DRINK!
B: Oh..

Being a muslim in the western or australiasia countries, you must know how to say "sorry, i dont drink..." believe in me, for some people it is hard to say. believe in me, i've seen such and such had fallen into this fahsha.. believe in me, if you feel shy to say this, they will have no respect in your belief... believe in me..for the sake of your religion...you must stand steadfast..

Last year...
K (Tutor): Do you know there is a bar at XXXXXX Street? The interior is great..blablabla..
D (muslim): Yeah..yeah..i know that, its great, i've been there..owh, everything is blablalablablabla...
J: Yes...blablablaaa
Everyone: blablabla..
Me: (so silent...not speaking a word) am i the one in the studio who doesnt know a thing about that bar??? In fact, i don't know any bar..lol

Was it a shame..????..wallahi, NO..I'm proud...I breeze through the studio Alhamdulillah..without knowing any bar...:)

Last semester..
RB (Tutor): We'll be departing to XXXXXXXX for the site study on friday. We'll have a party at WWWW Bar on friday night and the site study will begin on the next morning.
Me: I'll be there on Saturday then.
MB (Subtutor): Why??? Don't u wanna be with us???
Me: Sorry, I take my religion seriously..

Wallahi..HE, who is The Greatest at strength had bestowed such courage to say it... In so many ocassions, they don't know that u dont drink..but the hardest situation is when...

W: you don't drink???
Me: No, I Dont..It's forbidden in my religion.
W: Yaaa..I Know that, but such-and-such..does drink..
Me:Err...

Yes, it happens. Some non-muslims, they know that Muslims are not allowed to drink but they think, it's 'okay' to drink because some Muslims do drink... We'll what am i supposed to say? "For God sake, they are sinful people", "Oh God, they are going to hell..","They are not muslims anymore.." Hahaha.. Of course not...

Me: Some people do, some people don't. But, to follow the real teaching of Islam means.. do not drink. Islam is a very beautiful religion. It forbids drinking as it causes blablablabla... (gotcha...i got a chance to talk about my religion to you..hahaha..)

The tricks are..
(applicable in other issues as well...)

1st: Tell the person the reality of Muslims today
2nd: Tell the person the real teaching of Islam regarding the issue (This will as well deviate the attention toward the other muslim who commits the 'fahsha')
3rd: Talk about the beauty of Islam (But, remember, do not insult the person's religion if his religion allows that kind of 'fahsha')


"They ask you ( O Muhammad) concerning alcoholic drink and gambling. Say in them is a great sin and (some) benefits for men, but the sin of them is greater than their benefit....." (2:219)

Thats all for today..Salam


Sunday, October 12, 2008

KATA TAK DIKOTA

Di sini ingin ku berkongsi...

RMiT... Letaknya di tengah kota metropolitan, bandar 'hybrid' pelbagai jenis bangunan... alangkah syukurnya berpeluang melanjutkan pelajaran disini, apa yang lebih aku senang hati ialah kemudahan yang tersedia di RMiT.. sekalipun di negeri orang putih, RMiT masih menyediakan kemudahahn untuk, seruang tempat yang tidak sebesar mana namun cukup selesa untuk menunaikan solat, bertemu sua dengan 'sisters' dari pelbagai negara, berehat-rehat sementara menunggu kelas seterusnya, menjamah bekal yang dibawa, terkadang sempat pula aku lena terutamanya jika malam sebelumnya aku berjaga...

Pada penghujung 2007, surau tersebut telah diubahsuai dan proses pengubahsuai tersebut telah sempurna pada februari 2008 yang lalu.

NAMUN...
Sesudah proses pegubahsuaian tersebut sempurna, Muslim tidak lagi dibenarkan menggunakan kemudahan tersebut selama dua bulan berturut lantaran komplain dari sesetengah pihak yang kononnya mengadu bahawa Muslim seolah 'membuat hak' kemudahan tersebut. Hairan sama sekali hairan, bagaimana bisa komplain disalurkan tidak melalui proses komplain formal yang seharusnya dilayan dan diambil tindakan. Hairan dan sungguh hairan, mengapa kami harus dilabel 'membuat hak' kemudahan tersebut sedangkan kemudahan tersebut pada asalnya sememanganya milik muslim semejak 1994? Bayangkan, selepas 15 tahun, tidak semena-mena hak tersebut dirampas, mengapa?

Sehinggalah pada 18 Mac 2008, kami mendapat tahu bahawa kemudahan tersebut yang sebelumnya dikenali sebagai 'Muslims Prayer Room' (MPR) telah diubah menjadi 'Spiritual Centre' (SC), sedang SC yang sedia ada tidak jauh dari situ boleh dikatakan 95% lengang sepanjang masa.

Maka perwakilan pelajar Islam menghubungi arkitek dan pengurus projek tersebut untuk memastikan tujuan asal pengubahsuai kemudahan tersebut samaada untuk MPR atau SC dan tidak ada keraguan bahawa projek tersebut sememangnya untuk menaiktaraf MPR. Maka kontrak asal projek tersebut yang ditandatangani oleh pihak RMiT sendiri dibentangkan kepada pihak RMiT untuk mengingatkan kembali objektif asal projek tersebut.Pihak RMiT mengakui bahawa adanya perubahan pada saat akhir mahukan kemudahan tersebut dijadikan 'multi-faith spaces' dan mereka enggan untuk kembali mengikuti perjanjian asal kontrak tersebut.

Diam bukanlah pilihan. Dalam masa seminggu 1100 tandatangan telah diambil untuk menentang tindakan merubah kemudahan tersebut untuk 'multi-faith', bahkan ada pelajar non-muslims yang turut serta berkempen. Diikuti dengan usaha memboikot kemudahan tersebut, tiada lagi pelajar muslim yang menggunakan kemudahan tersebut biarpun dibuka untuk semua agama. Bayangkanlah, mana mungkin seorang muslim untuk bersolat dengan seorang buddha sedang menyembah tokong disebelahnya. Terutamanya bagi 'sisters' tiada lagi kemudahan untuk berehat lantaran tiada lagi pengasingan sempurna untuk bahagian lelaki dan perempuan. Antara usaha memprotes lain, lebih 400 brothers menunaikan solat jummah secara terbuka di 'Bowen Street'.Pernah suatu ketika, sewaktu para brothers sedang bersolat, hujan turun mencurah-curah, dan sungguh, mereka tegar teguh tiada berganjak, solat dijalankan dengan sempurna. Sungguh menyentuh hati dan non-muslims berdiri dibawah kanopi bangunan berdekatan menyaksikan penuh takjub. Antara usaha lain, surat mohon sokongan turut dihantar kepada Mufti of Australia, Australian National Groups dan Mimar Groups ( Arkitek untuk projek tersebut)

Isu ini bukanlah sekadar isu autoriti mahupun kelebihan untuk muslim di RMiT. Namun, mempunyai kemudahan surau merupakan keperluan bukan kelebihan. Bilangan pelajar islam di RMiT bukanlah sedikit, dan waktu kelas yang berlarutan sepanjang hari memerlukan suatu tempat yang sempurna untuk memudahkan para pelajar menunaikan solat. Selain itu, untuk 'sisters', sangatlah rumit untuk bersolat dan berehat disuatu ruang yang tiada pengasingan antara lelaki dan perempuan. Situasi sekarang, 'sisters' bersolat di suatu bilik yang diberi nama 'womyn' yang merupakan suatu ruang untuk wanita di RMiT. Ruang tersebut dipelopori oleh golongan feminis yang kononya memperjuangkan hak wanita seperti hak menggugurkan anak dan hak hubungan sesama wanita (lesbian). Namun memandangkan tiada ruang yang lebih sempurna daripada bilik tersebut maka disitulah kami bersolat. Sepanjang Ramadhan tahun ini, kami bersolat di dewan serbaguna kecil yang dipenuhi meja dan kerusi, dan sepanjang ramadhan doa dipanjatkan bertalu-talu. Pastinya sehingga kini, mahupun sebelum Ramadhan lagi, doa tidak pernah putus.

Hal ini juga bukan sekadar isu sebuah surau namun isu hak orang Islam. Dewasa ini kita melihat merata-rata hak umat Islam dicabuli sewenang-wenanganya. Bosnia, Palestine, Iraq, Afghanistan, Thailand dan dimana-mana sahaja, kita menyaksikan hal yang serupa. Sekecil-kecil isu sebuah surau hinggalah isu tanah, kita tidak harus memandang remeh bahkan seharusnya sensitif dengan perkara sebegini. Apatah lagi apabila perkara ini dialami sendiri, dapat dirasakan ini merupakan suatu tamparan yang cukup hebat. Hingga ke hari ini, usaha untuk mendapatkan kembali surau tersebut tidak pernah terhenti. Rasa hormat jua pada komuti RMiT Islamic Society (RMiTIS) yang habis-habisan berjuang untuk hak kami. Mesyuarat demi Mensyuarat, surat demi surat, kempen demi kempen, mungkin kemenangan belum dicapai namun yang pasti Allah bersama kami. Kepada yang diluar sana, doakanlah kami dan jika punya jalan mahupun saranan nyatakan. Hari ini di RMiT, mungkin esok lusa di universiti anda. Apapun keadaanya, hak kita harus dipertahankan. Teguhlah demi agama. Ini juga merupakan ujian dari Allah untuk kami Muslim di RMiT. Moga dugaan ini menjadikan kami lebih teguh dan tegar membela agama dan hak kami. Ameen.

Saturday, October 4, 2008

Eidul fitr 1429




Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar..
tiada bicara dapat ku suara, tiada gambar dapat ku lakar.. Maha suci Tuhan yang menciptakan segala yang dilangit dan dibumi...1 syawal 1429, antara hari terindah hidupku...

Memang..syahdu asalnya di pagi tu, bila sayup-sayup takbir bergema dari komputer, diiringi lagu-lagu raya klasik...bohong jika aku tidak terkenang ibu, bohong jika pada ayah tidak ku rindu, kakak abang, anak-anak saudara yang tak bisa ku ketemu... memang... berlagu irama sayu disuatu sudut hatiku....

Namun..hari itu hari kebesaran... suatu kemenangan yang harus diraikan..pengorbanan selama sebulan, ku harap diterima tuhan... hari itu anugerah, anugerah dari Allah..

Bersiap-siap bersama teman serumah, masing-masing mengenakan pakaian indah nan baru yang dikirimkan oleh keluarga.. kami melangkah ke perkarangan RMiT Alumni Court... Segala rasa bercampur baur, tambahan memikirkan' Chinese: reading and writing test' yang harus kulalui seusai aku menyempurnakan solat eidulfitr. Maha suci tuhan yang menciptakan... Maha suci tuhan yang menguasai hatiku.. Setiba di perkarangan RMiT Alumni Court, segala resah gelisah lenyap bagai tidak pernah menjelma..dingin udara pagi begitu lembut membelai hatiku...girang suara takbir menyorak riang jiwaku.. Oh, tuhan betapa aku bersyukur.. suasana diindahkan dengan bunga sakura putih yang berguguran jatuh ditiup bayu, bagai turut sama melagukan kesyukuran pada tuhan.. bertemu teman-teman lain semakin menganda-ganda rasa suka.. dan pagi itu aku solat eidulfitri denga penuh rasa gembira...

Seusai solat..bangun si khatib menyampaikun khutbah..khutbah disampaikab dwilingual... bermula dengan bahasa arab diikuti bahasa inggeris... Khutbah berkisar tentang kasih sayang..antara kita sesama islam... Oh tuhanku yang maha penyayang, betapa aku bersyukur atas keislamanku..kerana aku seorang muslim maka dimana ku berada aku tahu ada yang menyayangiku selagimana ada muslim disitu..dan sekalipun tiada siapa bersamaku, aku masih punya Engkau!

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahukabar!

Sunday, August 31, 2008

merdeka+ramadhan

Aku anak deka... maksudku, aku anak merdeka..tidak mahu kubicarakan tentang dia, tidak ingin ku cerita tentang mereka..ini luahan hatiku, seorang anak deka, yang sedang, mahu, dan akan memerdekakan dirinya daripada belenggu segala bentuk penjajahan. Ramadhan dan merdeka, bukan sekadar secoret tarikh sebulan tempoh, hadirnya tidak sia-sia, keduanya punya makna, untuk diriku..seorang anak deka.

31 Ogos 2008, pada tahun ini jatuh sehari sebelum menjelangnya ramadhan. Aku tidak percaya pada kebetulan, namun ku yakin ini ketentuan tuhan, tertulis semenjak azali, sebelum aku wujud, sebelum buana ini wujud. Maka aku percaya, setiap sesuatu, itu ketentuan, dan setiap ketentuan, ada maknanya. Merdeka, aku anak muda yang tidak merasa perih perjuangan deminya. Aku anak muda yang tidak menyaksi tumpah darah nenda-nenda tercinta. Aku anak muda yang lahir dipeluk selesa didakap mewah harga merdeka. Aku anak muda yang tahunya cerita dahulu dari buku-buku dan coret-coret sejarah. Maka terkadang aku lupa dan ada perkara aku tidak tahu, bahkan tidak bisa mengerti. Namun seperkara, merdeka bukan sekadar jerit laung, pekik sorak 'merdeka'. Tidak pula hanya pada lagu dan baju mahupun lenggok tari yang tidak ku mengerti apa faedahnya dan merdeka bukan hanya pada 31 Ogos setiap tahun. bagiku, memaknakan merdeka bukan sekadar memperingati sejarah, tetapi menghayati kemerdekaan jiwa dan maruah.

Jiwa. Jiwa itu jangan dibiar lara. Bukan lara kerana sedih dan derita, tetapi lara dicemar anasir tak berguna. Jiwa jangan dibiar terjajah...jangan bilang merdeka kalau sekadar dilidah. kalau jiwa masih tunduk patuh pada tegarnya pengaruh penjajah, apa erti merdeka? Kalau segala kata mereka diakur patuh, segala pengaruh mereka dibiar merasuk, ini bukan merdeka? Jangan, jangan biar jiwa menjadi buta. Buta pada erti merdeka. Bukan tinggi kibar bendera yang diutama, tetapi tinggi maruah itu menjadi petanda. petanda, sejauh mana jiwa merdeka. Maruah itu harus dijaga, pada tingkah dan juga kata. Akhlak merdeka bukan sekadar tahu bersuka bergelak tawa, akhlak merdeka memaknakan hidup pada kaca mata berbeza. Maruah bukan pada terhormatnya bangsa tapi pada izzahnya jiwa dengan agama. Ya, itu bagiku...maruah dan jiwa. Itu bagiku, merdeka.

Ramadhan 1429. Debar hati usah dipersoal. Seperti kekasih yang lama dinanti, peluang bertemu sua sekali lagi begitu mengembirakan hati. Melonjak suka sukar dicerita, namun sebutir bimbang memberat rasa. Oh kekasih, sebulan andai usia ku punya, maka kita bakal bersama, bimbang ku bimbang..tak mampu ku perisi masa sebaiknya denganmu. Sesungguhnya, datangnya ramadhan turut membawa cerita merdeka. Cerita jiwa yang harus dimerdekakan. 11 bulan dibelenggu dan diburu nafsu, tiba masanya nafsu diburu ketaatan. Oh Ramadhan...

Taat. Kian lama kasih ku jauh, kian aku semakin lupa. terkadang tergugat setia terancam cinta. kini dengan hadirnya kekasih disisi, riang berlipat ganda, maka kukumpul segenap rasa kucerna menjadi sebuah ketaatan. Aduhai Pencipta, Yang mengerti ciptaanya. betapa jiwa mendamba kekuatan, maka pada setiap 12 bulan, sebulan ku terima motivasi percuma. Merdekalah wahai jiwa daripada cengkaman nafsu dan syaitan durjana. Namun, pastinya merdeka itu mahal harganya dan kekasihku ramadhan dengan izin tuhanku bakal menjadi teman kekuatan untuk ku teruskan perjuangan demi sebuah kemerdekaan.

Maka demi penciptaku yang memahami ciptaanya...dengan hadirnya kasihku disisi, beri aku sebuah kemerdekaan....

Monday, August 18, 2008

SENI+BINA

Tak semudah yang kau sangka
Bila bermula
Terkerahlah segala jentera
Meregang segenap otot anggota
Memereah setiap saraf minda

Tak semudah yang kau sangka
Itu tak kena, ini tak kena
Aku suka, kau tak suka
Kau suka, aku tak suka

Tak semudah yang kau sangka
Malam-malam tak lena
Mata ternganga
Tangan bekerja
Sekalipun tubuh tak bermaya

Tak semudah yang kau sangka
Bila di penghujungnya
Bukan berakhir selamanya
Namun untuk seketika
Aku bisa lena
Kau suka atau tak suka
Aku tutup cerita.

Sunday, August 17, 2008

Sunday, August 10, 2008

21st

On my 21st Birthday.. i would like to dedicate this song to both of my parents... thank you so much mak and ayah for bringing me to this world, raising me up, being patience to me..too many sacrifices that both of you have undergone for me..eventhough i write thousands of words..still.. i could not list down all the things that you've done for me...Only Allah knows the hardness that you have gone through... all i could say is.. thank you..and i love you so much...

You Raise Me Up - Josh Groban

When I am down and, oh my soul, so weary;
When troubles come and my heart burdened be;
Then, I am still and wait here in the silence
Until you come and sit awhile with me.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.

There is no life - no life without its hunger;
Each restless heart beats so imperfectly;
But when you come and I am filled with wonder,
Sometimes, I think I glimpse eternity.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up: To more than I can be.

Monday, July 21, 2008

MEMASAK


Bismillah. Beberapa hari yang lalu, aku menghadiri walimah seorang senior, tahniah kepada beliau atas jodoh yang dikurniakan. Asalnya tidak aku merancang untuk menuis pada hari ini. Lama juga rasanya tak menulis, bila cuti sudah berakhir baru tangan ini gatal nak menekan sana sini.. aduhai diri...

Bila bicara tentang jodoh, pastinya aku tidaklah tahu menahu, apatah lagi punya petua cuma yang jelas padaku, kuserahkan pada si Dia, bila sampai masanya, harus ku usahakan, maka akan ku usahakan insyaAllah.. dan bukanlah aku nak bercakap pasal jodoh hari ini.. cuma perbualan dengan seorang teman menjolok naluri ku untuk menekan-nekan papan kekunci ku..menghasilkan perkataan-perkataan..dan dapatlah ku kongsi dengan kawan-kawan ke sekalian...

Al-kisah tentang syarat calon isteri.. teringat juga kata emak, beberapa tahun yang lalu saat memasak ku anggap leceh dan menyusahkan.. emak kata "kalau ada laki, duk biaq makan ayaq tangan orang lain, lama-lama dia cari orang lain..." (-.-")

Huhhh???? Benarkah begitu. benarkah kunci ke hati suami adalah perutnya. Ah, fikirku pastinya ini bagi suami yang suka melantak...aduhai..

Baiklah, bukanlah di sini aku ingin mengajak kaum wanita sekalian supaya tidak perlu belajar memasak. Memasak itu penting. Terutamanya bila sudah menjadi anak rantau sepertiku, sedar tak sedar, memasak dan mencuba resepi baru telah menjadi sebahagian hobiku.

Bukan juga niatku untuk bercerita tentang resepi dan hobiku.. tetapi tentang 'perempuan + memasak'. Aku tidak menafikan kemahiran memasak sememangnya menjadi kelebihan untuk seorang perempuan. Sinislah pandangan ibu-ibu mertua saat kali pertama merasa masakan menantunya yang mungkin seharusnya menjadi kari daging tetapi menjadi sup daging tanpa perasa. " mak dah tua, tak elok makan kari, kolestrol tinggi...."

Namun, dewasa ini, tugasan rumah tangga seperti memasak pada hematku tidak seharusnya diberatkan ke atas si isteri semata, tambahan pula wanita hari ini ramai yang berkerjaya. Bahkan, tidak pula aku tahu mana-mana dalil yang menuntut si isteri untuk memasak pada suami.. tetapi aku tahu Rasulullah sebaik-baik suami adalah seorang yang sering membantu isterinya.

Selain itu, kalaulah memasak begitu diberatkan terhadap perempuan, mengapa KEMAHIRAN + KEMAMPUAN MENJADI IMAM tidaklah begitu diberatkan terhadap lelaki seperti mana diberatkan 'skill' memasak di kalangan perempuan. Sedangkan di dalam kitab suci Al-Quran menyebut lelaki adalah pemimpin ke atas wanita.. dan pastinya semua orang sedia maklum bahawa di dalam sesebuah institusi kekeluargaan lelaki adalah penaungnya. Entah berapa ramai lelaki di luar sana yang mendamba isteri-isteri yang pandai memasak, tetapi pernahkah anda bertanya pada diri, soalan yang cukup ringan...mampukah anda mengimami solat mereka? entah berapa ramai juga makcik-makcik di luar sana yang merisik anak dara dengan seolan kegemaran ''reti memasak ke budak tu???'' dan izinkan saya bertanya makcik-makcik ''reti jadi imam ke anak makcik tu???'' itu belum ku tanya ''ikut nabikah solat anak makcik tu???''
(mungkinkah post ini bakal menyebabkan aku menjadi andartu???) heeee...

Bukanlah aku nak memandang rendah kepada sesiapa..tidak terdetik pun..cuma sekadar melahirkan pandangan terhadap syarat-syarat yang pelik-pelik yang diletakkan ke atas kaum perempuan. Apapun, kalau dah banyak sangat syarat nak kena penuhi, logiklah mahar dinaikkan..tak ke gitu??? biasala tu, komputer kalau banyak spesifikasi pun sememangnya lebih mahal...

Apapun.. jalan penyelesaiannya mudah sahaja..ikutlah cara kita, cara Al-Quran dan Sunnah...

"A man marries a woman for four reasons: for her property, for her rank, for her beauty, and for her religion (and character). So marry the one who is best in the religion and character and prosper". (Bukhari & Muslim)

JUSTERU.. kepada kakak-kakakku mahukan adik-adikku yang belum berumah tangga, tak perlulah rasa 'intimidated' kalau tak pandai memasak. Lagipun kemahiran tu boleh dipelajari. Adalah lebih penting untuk mengetahui bagaimana mentaati Allah dan Rasul kerana ketaatan pada Allah dan rasul mejadi resepi terpenting dalam segaaaaaaaaaaaaaala aspek kehidupan termasuk rumah tangga dan pastinya tidaklah menjadi kesukaran untuk wanita yang mentaati Allah dan rasul untuk mentaati suami dan ibu bapanya. Sekian.

21072008_SEM2_2008

بسم الله الرحمن الرحيم... with His name i begin... may with His guidance i'll breeze through...and with His blessing i will end...انشاء الله...

Saturday, July 5, 2008

SORRY

Never look back is what they said... But to me, to look back is not to forget... All the good and bad things of yesterday are lessons, all the good and bad things of tomorrows are obstacles... so, watch out, think carefully and be optimistic..the most important is to always seek His refuge and forgiveness..And remember, silence is better than saying bad things..but being hated in this dunya is not worst than being hated by Lord.. keep moving forward, i might lose some friends or things that i love along the way.. but in the end of this very road...ill get what i want, insyaAllah... to my friends out there..with or without reasons, i just want to say im sorry...and please accept my apology as i know not when will i breath my last.. i might have done terrible things to u, i might have said terrible words to u, i migth have complained on things i wouldn't be able to do any better... i might have condemed ur favourite shirts, songs, tv shows, food, attitude etc...while mine are worst... i might have looked down on u when u r indeed taller than me.. i might have teased u when u r indeed doing a good job..i might have hurt u.. i might have hated u.. whatever it is...im sorry... sometimes i didnt mean it..sometimes i mean it... but if i'm wrong, my apology..but if i'm right..i still want to ask for ur forgiveness as i dont do it the right way, the way that it'll hurt nobody...whatever it is... im so sorry..May my Lord forgive me as well....

Friday, June 13, 2008

BENDERA ISLAM & KITA

Dedicated all to my sisters, as a reminder to me and to you...

Firman Allah di dalam surah AlQuran;

“dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannnya dan memelihara kemaluannya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara lelaki mereka atau putera putera saudara perempuan mereka atau para perempuan dari kalangan mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan lelaki tua yang tidak mempunyai keinginan atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan…” (24:31)

Isu hijjab atau lebih biasa dengan sebutan tudung bukanlah suatu isu luar biasa di negara kita. Di sana sini, melihat anak gadis mahupun wanita dari sebarang usia memakai kain kerudung mahupun tudung di kepala adalah perkara biasa. Bahkan bilangan perempuan yang bertudung boleh dikatakan lebih banyak –Alhamdulillah- jika dibandingkan dengan yang tidak bertudung. Namun begitu, jika dinilai dari segi kesempurnaan menepati syariat. pemakaian tudung di negara kita, kadangkala lebih berunsur fesyen dan budaya bukan ketaatan terhadap perintah agama.

Seawal melangkah ke alam persekolahan, ada ibu bapa yang menyedari akan tangunggjawab mendidik anak perempuanya untuk memakai tudung atau dengan kata lain, anak kecil dibiasakan dengan memakai sehelai kain yang meliputi rambutnya. Maka dengan izin Allah, membesarlah anak tersebut sebagai seorang yang bertudung. Namun demikian, sejauh manakah anak itu memahami syariat yg difardhukan ke atasnya. Sejauh manakah anak itu sedar, tudung yang meliputi sebahagian kepalanya itu merupakan ‘bendera Islam’ yang melambangkan imej agama Allah ini.

Sesungguhnya, jika di dalam suatu perarakan, mahupun di medan perang, pemegang panji mahupun bendera sudah tentu bukanlah sebarangan orang. Sedikit tidak, individu tersebut pastinya individu yang ‘terpilih’. Sebagai seorang individu muslim, tidakkah kita bangga dengan bendera islam yang diberi kepada kaum wanita untuk dipegang lantas mempamerkan imej agama kepada dunia.

Mengapa ‘hijjab’ atau panggilan mesranya ‘tudung’ dikatakan sebagai bendera Islam? Berada di Malaysia atau mana-mana negara yang majoritinya umat Islam, mungkin ramai yang tidak sedar atau sengaja buat-buat tidak sedar akan nikmat syariat hijjab ke atas seseorang muslimah. Namun begitu, beradanya saya di negeri yang majoritinya bukan Islam, ‘hijjab’ sebagai bendera Islam begitu jelas pada mata dan minda saya. Saya beri contoh mudah disini; jika di Malaysia, biasanya lelaki yang dilihat di jalanan sekalipun tidak berkopiah, jika mukanya Melayu, selalunya Islamlah agamanya. Begitu juga jika dilihat seorang wanita sekalipun tidak bertudung namun jika mukanya Melayu, selalunya Islamlah dia. Melayu begitu disinonimkan dengan Islam sehingga kadangkala melihat seorang Cina bertudung, kita lebih cenderung memikirkanya sebagai Melayu berwajah Cina berbandang seorang Cina yang memeluk Islam. Namun begitu, situasi begitu tidak berlaku di sini (Melbourne), Islam di sini, bukanlah Melayu semata, dan yang paling jelas, bukanlah kelompok majoriti. Jika dilihat seorang lelaki berwajah tempatan di mana- mana selain di surau, sudah tentu tidak tuntas hati memikirkan dia adalah seorang muslim. Namun, jika seorang wanita berwajah tempatan, hidungnya mancung matanya biru, tetapi memakai hijjab, tanpa berfikir panjang, kita tahu dia adalah seorang muslimah.

‘Hijjab’ di bumi asing ini, lebih dihayati maknanya daripada di bumi yang dekat di hati tetapi jauh dari kaki. Ke mana sahaja saya pergi, orang tahu saya seorang muslim. Bahkan pemakaian ‘hijjab’ menjadikan saya pusat tumpah rasa ingin tahu mereka yang asing dan tidak kenal dengan Islam. Bahkan, jika seorang lelaki mahu bertanya tempat solat, mereka lebih cenderung untuk bertanya kepada perempuan-perempuan bertudung sekalipun kadangkala lelaki Islam ada berdekatan dengannya. Hal ini kerana, lelaki tersebut tidak dapat mengenaltahu keislaman seorang lelaki hanya pada rupa. Jika mahu dilihat pada janggut, ramai sahaja orang beragama lain yang berjanggut. Bahkan ‘Santa Clause’ juga digambarkan berjanggut. Saya sering dilontari dengan persoalan, ‘Bolehkan kain yang meliputi kepala ini ditanggalkan? Bila dan di mana saya boleh menanggalkan? Bagaimanakah saya menjaga rambut? Bahkan ada yang menyangka saya memakai tudung hanya pada musim sejuk kerana kesejukan’. Seawal keberadaan saya di sini, agak rumit untuk sering menjelaskan kepada sesetengah orang yang langsung tidak punya sebarang pengetahuan tentang Islam, bahkan adalah lebih sukar untuk menjelaskan kepada mereka yang mengenali Islam dari kaca mata barat iaitu sebagai agama ‘terrorist’. Namun demikian, lama kelamaan, saya semakin menyedari, bermula dengan rasa ingin tahu mereka terhadap sehelai kain yang melitupi sebahagaian kepala saya ini, mereka cenderung untuk bertanya persoalan lain tentang agama yang mulia ini. Atau, secara ringkasnya, saya katakana di sini, kerana saya bertudung, saya punya peluang untuk menjelaskan Islam kepada dunia. Adalah sukar untuk terus menimbulkan isu agama ketika berborak dengan individu tidak seagama. Namun, apabila mereka yang memulakan terlebih dahulu, bukankah lebih mudah?

Berbalik kepada isu hijjab di negara kita, apabila membicarakan isu aurat, ramai yang akan berlagak lega lantaran telah bertudung, atau dengan kata lain rambutnya telah diliputi dengan sehelai kain. Fikir dan nilai kembali, sejauh manakah pemakaian tudung tersebut telah menepati syariat yang ditetapkan ke atas kita?.

Apabila tiba waktu solat, kebanyakan perempuan di Malaysia akan mancari telekung, kadangkala ada yang tidak bersolat atas alasan tiada telekung. Seperti yang kita tahu, aurat sewaktu solat adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan kedua tangan. Namun, apakah ramai diantara kita lupa atau sengaja buat-buat lupa bahawa aurat seorang wanita diluar waktu solat juga adalah sama. Definisi aurat sering dilihat pada sehelai kain yang membaluti sebahagian kepala berbanding makna sebenarnya disisi syariat. Maka tidak hairanlah, begitu ramai sekali yang bertudung tetapi berbaju dan berseluar ketat bagaikan nangka sarat. Bahkan, lebih memalukan apabila perempuan bertudung, bajunya singkat, apabila duduk terangkat lalu menampakkan sebahagian badan mahupun pakaian dalamnya. Begitu juga apabila bertudung tetapi bajunya jarang seolah-olah aurat itu hanya dikepala yang lainya tiada dosa dianginkan dimana-mana. Ditambah lagi kadangkala tudung yand dipakai itu nipisnya bagaikan kelambu nyamuk yang hanya tidak dapat ditembusi nyamuk tetapi jelas sekali apa di dalamnya sehingga kadangkala saiz telinga dan anting-anting dapat dilihat jelas maka jadilah fesyen tersebut seperti ‘Mickey Mouse’ yang begitu jelas telinganya.

Mengapakah ini berlaku? Senario seperti ini lahir lantaran nilai hijjab mahupun syariat menutup aurat tidak jelas di mata dan minda kita. Begitu ramai yang bertudung, namun berapa ramaikah yang bertudung dengan luhur hati diniatkan kerana Allah S.W.T. atau mungkin pemakaian tudung sekadar fesyen yang diikuti dari rakan-rakan mahupun kerana budaya atau paksaan dari ibubapa? Setiap kali mengenakan pakaian ke badan, seringkah difikirkan redha Ilahi atas setiap yang dipakai. Mungkih mudah untuk membaca ‘bismillah’ sebelum memakai baju. Namun, cuba bayangkan, jika seseorang yang sedang bersiap untuk keluar, mengenakan sehelai baju T ketat lagi singkat membaca ‘bismillah’ untuk baju yang dipakai. Sekali fikir mungkin tidak pelik, namun jika ditenung makna tindak tersebut seolah-olah seperti ..’dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang aku mengenakan T-shirt singkat lagi ketat ini’. Tidakkah pelik?

Syariat menutup aurat bukan suatu yang boleh dipandang lega di negara kita. Bilangan muslimah yang bertudung sama sekali tidak mewakili bilangan muslimah yang betul-betul taat pada syariat menutup aurat. Imej Islam tidak terpamer sekalipun pemegang benderanya ramai. Jika dilihat muslimah yang auratnya dilitup sempurna, maka digelarnya ‘ustazah’, apa ramai diantara kita nyanyuk bahawa syariat menutup aurat bukan difardhukan ke atas ustazah semata. Kita tenung dan lihat, mudah sekali untuk menentukan taat pada syariat aurat ini, jika pakaian yang dipakai tarafnya sempurna untuk dibawa solat, insyaAllah tertutup sudah aurat. Tidak kisah apa fesyennya, tidak seharusnya jubah mahupun baju kurung, jika menepati pada syariat maka kita sudah taat. Kalau makan kita mahu semuanya halal, kalau berpakaian mengapa tidak begitu?. Maka, kita selaku pemegang bendera, kita punya amanah untuk pamer imej Islam yang sempurna.


Ditulis lebih kurang setahun yang lalu, tapi baru nak post..hee

Wednesday, June 11, 2008

ILMU TANPA AMAL IBARAT POHON TANPA BUAH

Biasa, kebanyakan orang pernah dengar pepatah ini. Senang ingat senang faham. Tak payah hurai panjang-panjang pun orang faham. Tapi tak kisah, orang dah faham atau tak, aku nak tulis karangan ala-ala darjah enam; tulis sebuah karangan berdasarkan pepatah di atas. Cikgu mazlina (cikgu bm aku masa darjah 6) mesti bangga dengan aku...

Ilmu, atau dalam bahasa orang putihnya knowledge merupakan pengetahuan berunsur maklumat. Pengantaraan atau medium ilmu sungguhlah banyak, percakapan, tindakan, penglihatan dan lain-lain. Setiap tindak dan tanduk kita terkadang menjadi ilmu jika tidak pada diri maka pada orang lain.

Ilmu, pelbagai jenis ilmu. Ada yang formal. Ada yang tidak. Ada yang baik. Ada yang jahat. Ada yang cantik. Ada yang buruk. Ada yang nampak baik tapi sebenrnya tak baik. Maka, disinilah asas rujukan pengamalan sesuatu ilmu. Maka aku mengira bahawa pepatah ini tidak sewenang-wenangnya diaplikasi dalam semua bentuk ilmu.

Pernah berlaku pada seorang teman apabila beliau bertanya pada seorang teman yang lain tentang ilmu yang bakal ditimbanya, situasinya begini;

Teman A: Kau ajak aku kemari, tentang apa program ini?
Teman B: Kau mahukan ilmu untuk sekadar tahu atau untuk amal?

Secara peribadi, aku merasakan teman A bertindak bijak kerana meneliti jenis ilmu yang bakal diterimanya di program tersebut. Sesungguhnya, adalah wajar sesuatu ilmu itu dinilai sebelum dan sesudah memperolehinya.Namun, jawapan teman B seolah-olah meletakkan satu kemestiaan bahawa ilmu yang ditimba haruslah diamal.

Telah aku katakan, ilmu bermacam jenis ilmu, antaranya yang nampak baik tetapi pada hakikatnya tidak. Terkadang, manusia sering menilai ilmu berdasarkan pemberi ilmu tersebut. Secara mudahnya, ilmu kimia adalah lebih dipercayai jika disampaikan oleh cikgu kimia berbanding cikgu bahasa melayu. Tetapi suatu perkara yang perlu diingat, cikgu kimia juga mungkin tersalah dan juga mungkin kurang ilmu dan kepakaranya jika dibandingkan dengan pakar kimia yang mungkin telah mekaukan kajian demi kajian, bukan sekadar bacaan dari sukatan.

Penilaian terhadap ilmu adalah luas dan teliti, lebih-lebih lagi apabila ilmu itu melibatkan agama. Lewat kebelakangan ini, Alhamdulillah, kesedaran agama bercambah-cambah di segenap negeri dan daerah, diikuti dengan kelahiran golongan pendakwah, aku kira ini adalah rahmat dari Allah. Maka apabila bercambahnya kesedaran agama, turut bercambah tunas-tunas dahaga yang mendambakan ilmu agama. Bertambahnya golongan yang menimba ilmu agama, bertambahlah juga golongan yang menyebarkan ilmu-ilmu tersebut. Namun terkadang, biarpun niat asal penyebaran ilmu adalah suci dan murni, dan ilmu yang disampaikan juga nampak elok, tidak bermakna penelitian dan analisa ilmu perlu dihentikan begitu sahaja.Kesahihan sesuatu ilmu adalah penting untuk dipastikan sekalipun ilmu itu nampak baik di mata. Maka disinilah pentingnya penilaian sumber ilmu, bukan sekadar pada cikgunya tetapi pada buku dan sejarahnya.

Berguru mendapatkan ilmu aku kira suatu jihad yang cukup mulia, maksudku ilmu yang mebawa manfaat bukanya berguru ilmu hitam kerana itu bukannya membawa manfaat tetapi mengundang laknat lagi jahat. Namun, tidaklah seharusnya kita menjumudkan perguruan pada kelompok individu tertentu atau cikgu-cikgu tertentu sahaja. Secara peribadi, aku merasakan semakin ramai guru semakin bertambah dan jelas sesuatu ilmu. Serperti mana pada zaman sekolah, ada cikgu sekolah, ada cikgu tuisyen. Terkadang cikgu sekolah tak ajar apa yang diajar oleh guru tuisyen, guru tuisyen pula tak tahu apa yang cikgu sekolah tahu. Maka si murid bolehlah mendapat ilmu lebih daripada guru tuisyen dan boleh juga memberi tahu guru tuisyen appa yang cikgu sekolah beritahu. Secara tak langsung si murid menjadi medium ilmu kepada guru.

Berbalik kepada isu ilmu yang nampak baik. Ilmu yang nampak baik sungguh banyak di muka bumi ini. Terkadang ilmu itu nampak baik kerana penyampainya orang baik atau nampak baik. Terkadang ilmu itu nampak baik kerana disampaikan dalam situasi yang baik pada hari yang baik pada cuaca yang baik. Terkadang ilmu itu nampak baik kerana penyampainya menyatakan sedari awal-awal bahaawa ilmu yang disampaikanya adalah ilmu baik. Pelbagai keadaan dan sebab yang menyebabkan ilmu itu nampak baik. Namun pada hakikatnya ilmu yang nampak baik tak semestinya baik. Lantaran ilmu yang nampak baik inilah wujudnya pelbagai pemesongan ilmu dan fitnah terhadap ilmu terutmanya ilmu agama. Lantaran ilmu yang nampak baik dan disampaikan oleh orang baik inilah berlakunya pemesongan aqidah misalnya yang berlaku terhadap agama kristian di mana aqidah penganutnya dipesongkan oleh paderi-paderi yang sewenangnya mengubahsuai bible mengikut kepentingan pemerintah dan diri. Hal yang sama juga berlaku dalam agama Islam apabila tok-tok guru menyampaikan ilmu ciptaan dan amalan yang nampak baik sehingaa lahirnya bidaah, ajaran sesat dan sebagainya.

Maka, penilaian dan penelitian sesuatu ilmu merupakan salah satu tindak yang seharusnya menjadi akhlak pada setiap penuntut ilmu.Bukan ketagihan ilmu yang perlu dipuaskan tetapi kesahihan sesuatu ilmu yang harus didambakan. Jauhi taklik buta dan ingatlah firman Allah " dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semua itu akan dipertangungjawabkan." (17:36) Kejumudan dan fanatik tok guru juga harus dielakkan, bersikap terbuka dalam ilmu tetapi teliti dalam pengamalan. Bagi yang baru punya ilmu, jangan gelojoh menjadi cikgu, bukan maksudku ilmu tidak boleh dikongsi namun kepastian dan kemampuan memberi penjelasan harus diambil kira, takut yang hilang bertambah sesat yang bersuluh menjadi malap. Bagi yang punya ilmu dan mampu, jangan disimpan di bawah kelambu, lama kelamaan berdebu dan menjadi kelabu, lantas hilang begitu.

Justeru, ilmu jahat tanpa amal menjadi baja, ilmu baik bukan sekadar nampak baik tetapi sahih baik tanpa amal ibarat pohon tanpa buah.

Saturday, June 7, 2008

Ultraman

Rindu~ my nephew-Dihyah..he has somekind of incurable obsession with ultraman... hopefully he will grow up and become an Ultra-man and save the nation...

Best jugak kan kalau dapat jadi ultraman- boleh terbang..x payah naik mobil... jimat duit minyak..hukhuk...

.....



DALAM SESETENGAH HAL, MUNGKIN DIAM ITU LEBIH BAIK!!!!!

Thursday, June 5, 2008

La Kicap

Kak Sarah: Tak dak gambaq baru ke?
Adik: Tengok kat blog
Kak Sarah: Takdak pun...
Adik:Ni baru nak upload..hehehe.. Inilah...ujana ku..tunjuk kat mak..alhamdulillah.. rumah ku di sini best!

2 ekor putera katak..mereka sungguh comel dan mempesona..
ruang kerja

dinding terkenal..erk! (wall of fame)
ruang santai
menghias bilik air adalah kegemaranku
lilin terapi anti-tekanan perasaan (stress)

Wednesday, June 4, 2008

Monday, June 2, 2008

Why Women Cry

Copy/ paste- i like the story~

A little boy asked his mother, "Why are you crying?"

"Because I need to" she said.

"I don't understand," he said.

His mother just hugged him and said, "And you never will."

Later the little boy asked his father, "Why does mother seem to cry for no reason?"

"All women cry for no reason," his dad answered carelessly.

The little boy, still wondering why women cry, finally asked the old wise shaikh (scholar). "He surely knows the answer", he thought.

"Ya Shaikh! Why do women cry so easily?"

The Shaikh answered:

"When Allah made the woman she had to be special. He made her shoulders strong enough to carry the weight of the world, yet gentle enough to give comfort.

He gave an inner strength to endure both childbirth and the rejection that many times comes from her children.

He gave her a toughness that allows her to keep going when everyone else gives up, and take care of her family through sickness and fatigue without complaining.

He gave her the sensitivity to love her children under any and all circumstances, even when her child hurts her badly.

He gave her strength to carry her husband through his faults and fashioned her from his rib to protect his heart. He gave her wisdom to know that a good husband never hurts his wife, but sometimes tests her strengths and her resolve to stand beside him unfalteringly.

And lastly, He gave her a tear. This is hers and only hers exclusively to use whenever she needs it. She needs no reason, no explanation, its hers.

You see my son, the beauty of a woman is not in the clothes she wears, the beauty of her face, or the way she combs her hair. The beauty of a woman must be seen in her eyes, because that is the doorway to her heart - the place where love resides."

http://www.zawaj.com

Thursday, May 29, 2008

PANGLIMA HELANG



Tersebut al-kisah seorang panglima
Masyur bukan kerana pencak
Namun luhur budi dan akhlak

Panglima berguru tak pernah jemu
Segala buah mahirlah sudah
Tingkah berpencak pantang dipatah
Langkah diatur bagai berhujjah

Keris dihunus membelah daratan
Namun ke tanah kakinya terkapan
Mula panglima menyimpan anganan
Ingin terbang mencapai awangan

Setelah berakhir suatu pertapaan
Maka panglima mencapai kemahiran

Tengkolok dipakai segak
Bengkung dililit kemas

Keris dilayur dupa

Maka terbanglah panglima

Terbang ke angkasaraya

Kini panglima bersama helang

Di langit biru melayang-layang
Sayup-sayup dipandang

Terkadang hilang dilindung awan

Terkadang terang disuluh mentari


Terbang panglima terbang

Namun jangan lupa menoleh ke belakang
Ada citra harus kau kenang

Agar sayapmu tidak pincang


Terbang panglima terbang

Jangan sanpai gugur keris di pinggang

Kelak kau hanya seekor helang

Tiada senjata hendak dijulang

Terbang panglima terbang

Pastikan tengkolok dan bengkung selalu tersarung

Jangan terlalu diikut angin dan beliung
Kelak ditiup jati dirimu yang agung


Terbang panglima terbang

Namun ingat kau harus pulang

Pulang sebagai panglima terjulang

Bukan sekadar seekor helang


Asr'08