Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2008

Si Manis

Khaulah....My beautiful niece...

Sapa Makan Cabai, Dia la rasa pedas..

Aku Bukan Musuh Harta - Kopratasa Haa... RTM gam dah lagu dia..huhu... kena batang hidung la tu.. kedekuk kata bunyi.... Apa daa.. yang tergedik-gedik sana sini, hampa takmau nak haram, tula... yang tuhan haram hampa buat takpa..yang nak bagi sedaq org, hampa galak nak haram... apapun, dalam album tu, lagu ni la favourite.. hat yang len tu slow sket... beli-beli album...hehe..promote sket.. depa taktau, lagi depa haram, mesti lagi ramai rasa nak beli...xpa rtm haram, banyak lagi stesen len..

ADOP

Adop. Sudah lama nak kuceritakan tentang Adop. Maka kali ini aku akan bercerita tentang Adop. Penerbangan KLIA-Penang menemukan aku dengan Adop. Aku duduk sebelah tingkap. Adop duduk sebelah lorong, di antara kami, kosong. Mulanya aku sungguh letih, tak mahu bicara, tak mahu apa-apa, lebih 8 jam penerbangan Melbourne-KLIA telah menyerap seluruh tenaga ku, dalam mindaku saat itu hanyalah..emak,emak,emak. Entah bagaimana, bermula dengan Adop membantu bertanya minuman apa yang ku mahu untuk dimaklumkan kepada petugas kabin, sembang-sembang aku dengan Adop bermula. Sebelum bercerita tentang sembang-sembang aku dan Adop, ingin kau gambarkan rupa fizikal Adop. Adop orangnya tinggi, badannya sedikit gempal dengan perut sedikit kehadapan, sedikit saja, tidak banyak, jangan pula membayangkan lebih-lebih. Kulitnya putih, kemerah-merahan. Matanya hijau kebiruan, rambutnya yang sudah tidak berapa lebat itu keperangan. Aku berpakaian sederhana, namun kemas, lagak seperti seorang usahawan. Aku kira

Sayangku, ALAM

Sunyi malam sering buat manusia berfikir. Fikir punya fikir, banyak pula benda yang terfikir. Alahai minda, sakit-sakit kepala begini banyak pula yang bertandang di benak. Ujian kesihatan yang tuhan berikan membuatkan mata ini sukar lelap. Jika ini kifarah dosaku, maka aku redha. Lewat senja tadi, sekeluarga awan hitam bertandang di langit desaku, namun belum sempat memuntahkan isinya, terus mereka berlalu. Namun anginnya sempat meribut jemuran. Melihat kelakuan alam, aku sujud penuh syukur lantaran bicara sang alam terhadapku masih sopan. Hujan yang ku rindu, datangnya penuh syahdu, kadang berlalunya buat aku cemburu. Namun, riuh rendah di ibu kota, amukkan sang alam sungguh dahsyat dan di timur tanah air hujan bukan lagi pengubat rindu tetapi bencana penuh sendu. Peristiwa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Cukuplah media mengulas, spekulasi demi spekulasi...adalah lebih wajar memikirkan tindakan seterusnya daripada menuding jari kepada mana-mana pihak. Apapun, yang terjadi tetap te

MISSING

( missing columns in redesigned Villa da' ll Ava ) Sometimes, we missed the most important thing in this life.. Yet, we could still breeze through... As long as Allah wills... :)

Hope

It reminds me of my desktop back in Melbourne where a 'HOPE' sticker is stuck onto my monitor. I find its true when people said that the best teacher in life is life itself. we learned through experiences and the best part is, it is real. I'm talking about good experiences or maybe not-so-bad experiences here. well, I'm pretty sure for a dark experience, we might rather wish for it to be a fiction or a dream..wouldn't we??? I'm not really sure about that, but i do learned lot of things through my bad experiences...maybe my bad experiences weren't really bad.. Anyway, life is full of hopes. When I think of hopes, i could feel that there is so much to live for, yet, i could still say, there is so much to die for. I love the fact that I'm a Muslim, therefore I would never loose hope. Faith and hope, do come hands in hands. Architecture. Last months, I wrote about my working experience, since that, I begin to pay more attention toward Malaysian Architectur

KORBAN: PAHIT YANG MANIS

Seuntai dua kata sempena hari raya korban. Mahu bicara tentang korban lembu kambing unta, ramai yang sedia maklum, fiqhnya aku tidak pakar, menghurainya aku tidak lancar. Cuma seperkara, suatu versi korban yang aku bisa cerita, korban rasa. Tak kisah apa jenis rasa, masam manis masin pahit..mungkin juga rasa suka cinta duka benci..segala macam rasa yang bisa difikirkan oleh yang membaca.. Korban rasa. tak nampak dimata, tapi bisa berairmata. Tak hilang harta tapi bisa bawa derita. pastinya, setiap manusia itu pernah melakukan korban rasa, namun soalnya rasa bagaimana yang dikorbankan? contoh; KORBAN CINTA si jejaka A telah jatuh hati pada seorang gadis, maka jejaka A ini berhempas pulas melakukan apa sahaja untuk mendapatkan gadis tersebut, sehinggakan sanggup tak tengok bola sebab nak berdating dengan si gadis tersebut, maka rasa cintanya terhadap bola dilepaskan demi cintanya terhadap si gadis.. si jejaka B juga telah jatuh cinta pada seorang gadis, namun menyedari dirinya yang belu

Abang

Kasih tak pernah padam, Cinta tak pernah kelam. Jauh engkau pergi Hatimu tetap serupa Kapan kau kembali Ku yakin tetap sama Kendati apapun galang gantinya Kasih tak dagang Cinta tak kecundang Biar remuk repuh tulang belulang Cintamu takkan hilang Biar mengah lelah urat saraf Kasih terus dijulang Biar hancur lebur hati Cinta dan Kasih terus gemilang. Tiba disambut derita Kelibat tak menancap sebarang mata Dentum dentam kau bercerita Tentang cinta Maka berolehlah sebuah nama Pergi diiring tawa Pergi diiring airmata Diizin tuhan kau kan kembali Kembali bercerita tentang cinta. Pedulikan tentang mereka. Kasih tak pernah padam, Cinta tak pernah kelam.

BISAKAH AKU SPT MEREKA?

Kembali menghabiskan masa di tanah air, corak carik kisah politik sudah muak mauku ambil pusing. Lebih menarik perhatianku, perjuangan yang tiada penghujungnya, perjuangan yang didokong oleh insan-insan disekelilingku. Perjuang Sunnah Rasulullah. Ya, bukan mudah, mendokong misi mengembalikan Islam seperti hari diturunkan. Sadis meruntun jiwa melihat korupsi agama oleh sesetengah pihak sekalipun pihak yang mengelarkan diri mereka golongan agama. Rosak robek kepercayaanku mendengarkan kisah-kisah orang tinggi agama menjaja fatwa untuk puaskan yang memegang takhta. Ah, andai dunia menyaksikan rahsia yg tersimpan pasti mereka kecut bak sekeping papan. Namun, harapan tetap bersinar. Bahkan semakin hari semakin terang. Perjuangan sunnah di tanah air diribut sokongan yang menguja, Serata IPTA dan IPTS tempatan punya pendokong yang setia. Maha suci Tuhan yang berkuasa, sungguh, perjuangan ini di bawah lembayung rahmatNya. Aku kagum, sungguh kagum, rata-rata mereka muda-muda, tetapi ilmu dan us

RINDU

"they flew to UK a couple of days ago and I'm dreadfully missing her..ibtihal"