Skip to main content

ADOP

Adop. Sudah lama nak kuceritakan tentang Adop. Maka kali ini aku akan bercerita tentang Adop. Penerbangan KLIA-Penang menemukan aku dengan Adop. Aku duduk sebelah tingkap. Adop duduk sebelah lorong, di antara kami, kosong. Mulanya aku sungguh letih, tak mahu bicara, tak mahu apa-apa, lebih 8 jam penerbangan Melbourne-KLIA telah menyerap seluruh tenaga ku, dalam mindaku saat itu hanyalah..emak,emak,emak.

Entah bagaimana, bermula dengan Adop membantu bertanya minuman apa yang ku mahu untuk dimaklumkan kepada petugas kabin, sembang-sembang aku dengan Adop bermula.

Sebelum bercerita tentang sembang-sembang aku dan Adop, ingin kau gambarkan rupa fizikal Adop. Adop orangnya tinggi, badannya sedikit gempal dengan perut sedikit kehadapan, sedikit saja, tidak banyak, jangan pula membayangkan lebih-lebih. Kulitnya putih, kemerah-merahan. Matanya hijau kebiruan, rambutnya yang sudah tidak berapa lebat itu keperangan. Aku berpakaian sederhana, namun kemas, lagak seperti seorang usahawan. Aku kira usia Adop dalam lingkungan awal 50-an.

Bait-bait awal aku sudah tidak berapa ingat namun sembang-sembang aku dengan Adop lebih kurang begini;

Aku: Awak dari mana?
Adop: Penang
Aku: Biar betul, awak dari Penang?
Adop: Ya, benar, saya dari Penang.
Aku senyum janggal, biarpun aku tak dapat melihat wajahku saat itu, aku pasti memang pastinya wajah aku aneh sekali saat itu bercampur riak-riak bingung.
Adop: Hahahah...(Adop senyum dan ketawa kecil menyedari kebingungan aku)... Saya berasal dari England tetapi sudah tiga tahun menetap di Penang atas urusan perniagaan.

Barulah aku faham. Adop bertanya tentang aku, maka kuceritakan asalku dan serba sedikit tentang pembelajaran di Melbourne.

Adop: Belajar di luar negara, apakah mengubah awak?
Aku: Sudah tentu tapi mungkin awak tidak percaya kerana belajar di luar negara menguatkan kepercayaan agama saya. Menjadikan saya seorang yang mahu mengamalkan Islam dengan lebih baik. Di samping itu, saya juga menjadi seorang yang agak kritikal.
Adop: Tidak, saya tidak terkejut. Saya boleh nampak. Awak kata kritikal? Kritikal yang bagaimana?
Aku: Ya, kritikal terhadap segala-galanya, orang-orang disekeliling saya, bangsa saya, segala-galanya yang saya rasakan tidak kena. Oh ya, apa yang boleh saya panggil awak?
Adop: Nama saya (Oppps, aku dah lupa, sungguh) tapi orang panggil saya 'ADOP'.
Aku: Saya Asriah
Adop: Gembira bertemu awak.
Aku: Gembira bertemu awak juga!

Adop memulakan ceritanya.
Kisahnya begini. Adop dahulu pernah menikah dengan seorang Islam, atau dengan kata lain, pernah menjadi seorang Islam. Namun kini Adop sudah tidak percaya lagi pada mana-mana agama dan sudah tidak tahu mana agama yang harus dipercayai. (Oh, tidak, maksudnya Adop seorang yang murtad!) Aku bertanya pada Adop samaada sewaktu menjadi seorang Islam apa dia pernah menghayati ajaran Islam, membaca Al-Quran dari kulit ke kulit. Pernah, yakin Adop menjawab, namun itulah, membaca dan menghayati jauh beza dan impaknya. Bicara tentang Al-Quran, Adop cerita lagi, dulu isterinya yang merupakan seorang warga timur tengah, sungguh menghormati Al-Quran namun bukan isinya. Adop juga cerita isterinya hanya menghormati Al-Quran dalam bahasanya iaitu Arab tetapi tidak versi translasi bahasa Inggeris yang Adop baca. Adop binggung kerana fikirnya jika benar Al-Quran itu mulia maka apa sahaja versinya harus dimuliakan. Aku ujar pada Adop bahawa Al-Quran dalam bahasa diturunkan tidak sama dengan versi translasi bahasa lain, juga aku cerita versi bahasa lain itu hanyalah terjemahan dan tafsiran bukan sebenar-benar makna. Namun, tidak patutlah jika tidak dihormati naskhah tersebut, lagi tidak patut jika isinya tidak diamali. Bagi Adop hanya sekali sahaja Adop merasakan Islam itu sungguh benar iaitu sewaktu Adop menghabiskan masa berminggu bersama badwi di tengah-tengah padang pasir. Adop cerita, saat itu dirinya mengalami ketenangan yang luar biasa dan segalanya tentang Islam Adop rasa benar belaka. Sayang, perasaan Adop itu sementara seperti juga rumah tangganya. Namun sempat aku ingatkan Adop, Aku manusia bertuhan dan Aku yakin tuhan tidak mensia-siakan pencarinya. Aku tahu dari cara cara Adop bicara Adop masih tergapai-gapai mencari pegangan. Aku kira, Adop tidak berpeluang menghayati Islam sepenuhnya. Bekas isteri Adop mengikut ceritanya merupakan seorang pelakon teater, Adop dan keluarga pernah dibuang negara kerana isterinya melakukan persembahan pentas yang mencabar nilai keislaman negara Timur tengah tersebut. Maka dengan itu, Adop bilang mereka KOLOT!

Adop sambung cerita, Adop menjalankan perniagaan, merata-rata tempat sudah Adop pergi. Adop kata, hidup ini harus merantau melihat dunia maka kita dapat melihat dan belajar banyak perkara. Namun aku cerita, aku bukan dari keluarga berada, mungkin suatu hari nanti aku mampu mengelilingi dunia tetapi bukan sekarang kerana aku bukan dari keluarga berada. Adop tanya pengalaman aku di Melbourne. Aku cerita, secara keseluruhannya aku suka Melbourne, cuma kadang-kadang layanan terhadapku sebagai seorang Muslim kurang baik, aku cerita tentang surau yang dirampas (baca:Kata tak di kota). Adop cerita tentang surau pula. Adop cerita, Adop punya beberapa buah pejabat dan apabila Adop mendapati pejabatnya punya pekerja Islam maka Adop akan menyediakan surau atau bilik solat. Namun, sampai kini, semua surau yang pernah Adop sediakan telah ditutup kembali. Belum sempat aku tanya mengapa, Adop cerita, pekerjanya sering menyalahgunakan kemudahan tersebut. Masa kerja dihabiskan di surau. Mereka tidur dan lari dari tugas. Adop kata, bukan sahaja di Malaysia tetapi rata-rata negara Islam yang Adop punya pejabat, keadaannya sama. Pang!!! Rasa terpukul. Bukanya apa, mungkin ini salah satu sebab Adop gagal melihat peribadi Islam yang sebenar. Aku tidak tahu apa mahu dikata kerana aku yakin Adop bicara benar. Aku percaya situasi begitu sememangnya berlaku. Curi tulang kononnya sembahyang. Cuma, aku bicara sama Adop, aku mahu Adop tahu, perangai sebegitu bukan peribadi sebenar seorang Islam. Islam hari ini, rata-rata imejnya baik dalam segala hal telah dicemari pelbagai unsur luar namun dilakukan oleh seorang yang melabelkan dirinya Islam. Maka sikap tersebut menjadi seolah-olah wajah umat Islam. Adop tahu.

Lebih kurang 50 minit, kapal terbang yang Adop dan aku naiki mendarat. Maka penumpang dimuntahkan dari perut kabin ke dalam terminal. Aku dan Adop turun beriringan. Kami berjalan beriringan ke karosel bagasi. Adop memang suka bercerita nampaknya. Adop sambung.

Adop: Awak tahu bagaimana berurusniaga dengan orang Arab?
Aku geleng kepala.
Adop: Bila mula-mula awak bertemu mereka. Mereka akan bertanya, "Unta awak bagaimana? Sudah berapa ekor, sihatkah unta awak?" Kemudian awak bertemu mereka lagi, mereka akan bertanya lagi "Unta awak bagaimana?"

Adop senaraikan beberapa lagi soalan yang sungguh kelakar, tapi sayangnya aku sudah tidak berapa ingat, tapi sungguh masa itu aku ketawa sungguh-sungguh. Aduhai, Adop.

Kami tunggu bagasi sama-sama, dan ketentuan tuhan, bagasi kami berturutan. Maka kami seiringan ke ruang ketibaan. Adop cerita, isteri yang baru, seorang Thailand, sedang menunggu. Adop tanya siapa menuggu aku, aku yang kurang pasti ketika itu menjawab mungkin ayahku. Lantas

Adop: Mahu kita buat kejutan?
Aku: Kejutan apa?
Adop: Kita jalan bersama-sama dan beritahu ayah awak, saya teman lelaki awak dari Australia.
Aku: hahahaah (Aku ketawa besar sambil berjenaka) Saya harap awak lebih muda.

Aku berjalan keluar bersama Adop, namun tidak mebuat kejutan yang Adop cadangkan kerana aku sama sekali tidak berminat dengan cadangan itu.

Aku berharap aku punya masa sembang yang lebih panjang maka aku punya lebih peluang untuk cerita sama Adop apa yang patut, tapi sayang, cerita Adop banyak ku dengar namun tak sempat ku berpendapat. Banyak lagi sebenarnya yang Adop ceritakan namun, aku pula ssudah letih mahu cerita. Apa pun, cerita Adop banyak mengajar dan aku sedar apa yang harus ku belajar. Terima kasih Adop, aku harap kau jumpa jalan pulang.


Comments

Popular posts from this blog

Transition

Sometimes I wonder if I would still blog after I go back for good since it always turns out that I don’t really blog whenever I return to Malaysia. I’m back in Melbourne again. Despite everything I said about this place. I'm always thankful that I’m studying here. 8 hours is long enough, can’t imagine going further. Let alone going back during a short winter break like I just did. Haha… However, regardless how good Melbourne is, coming back here is never easy. It is not the place, it’s the transition. Travelling is tiring. Yes, like yesterday, I had to take two flights, one from Penang to KL, then KL to Melb, it is a lot more tiring for someone like me who could barely sleep in a plane. That’s why I enjoy traveling during the day and taking a window seat. I enjoy day dreaming while staring at those fluffy white clouds. Haha.. Weather change changes everything. I had never went back during winter before. So that was my first time experiencing an abrupt change from a...

Willful Ignorance

I was too busy with architecture for the last few weeks.. . haven’t really got a chance to get my head around what’s going on in the world, especially back home in Malaysia. I felt detached from reality. I felt like I was living in ignorance. I felt guilty. Therefore, since I finished my final presentation yesterday (still got 2 submissions coming though)… Today, I decided to take a day off from architecture. I went out for a good lunch with a friend, had some retail therapy… and came back, get on the internet and try to update myself with some of the current issues. I read. I read. I read and I read. As a result. I feel sick. And I still feel guilty, way worse… I feel guilty and hopeless for knowing things I could never really do anything about. I know... I know...I know I’m a little behind. But I still need to put more efforts in understanding the following issues, I’m feeling lost and mentally constipated just by reading one or two news/articles/blogposts about them. 1. ...

Kerja Tak Siap Lagi!

I guess one of the real problem with Malaysian Architecture is it lacks of publication even on the internet. I have been browsing for Malaysian architecture these few days and surprisingly I found that there are many amazingly great projects back home. I stumbled upon many photos of interesting designs that I wish I could dig further for my assignment. But it is frustrating that how brief most of the information is. I also wonder if having a website is such a big deal (expensive, is it?) since not many firms have a website, let alone a good one. Some websites I have to say are not inviting at all. Many use dark/navy blue as the primary color, why is it? I don’t hate blue, but it’s not tasty at all as an architecture website… I also found some real good architects who keep blogs, but the problem with a blog is, it depends on the updates. Therefore, even if it is a current project (since some projects run for years), but if the post was 7 months ago, the blog seems abandoned. Besides, it...