Aku anak deka... maksudku, aku anak merdeka..tidak mahu kubicarakan tentang dia, tidak ingin ku cerita tentang mereka..ini luahan hatiku, seorang anak deka, yang sedang, mahu, dan akan memerdekakan dirinya daripada belenggu segala bentuk penjajahan. Ramadhan dan merdeka, bukan sekadar secoret tarikh sebulan tempoh, hadirnya tidak sia-sia, keduanya punya makna, untuk diriku..seorang anak deka. 31 Ogos 2008, pada tahun ini jatuh sehari sebelum menjelangnya ramadhan. Aku tidak percaya pada kebetulan, namun ku yakin ini ketentuan tuhan, tertulis semenjak azali, sebelum aku wujud, sebelum buana ini wujud. Maka aku percaya, setiap sesuatu, itu ketentuan, dan setiap ketentuan, ada maknanya. Merdeka, aku anak muda yang tidak merasa perih perjuangan deminya. Aku anak muda yang tidak menyaksi tumpah darah nenda-nenda tercinta. Aku anak muda yang lahir dipeluk selesa didakap mewah harga merdeka. Aku anak muda yang tahunya cerita dahulu dari buku-buku dan coret-coret sejarah. Maka terkadang aku l...