Skip to main content

APA ITU?


DASAR EKONOMI BARU

        

LATAR BELAKANG

Dilihat dari perspektif sejarah Malaysia, penjajah

British menggalakkan perkembangan masyarakat secara

'plural' melalui amalan 'pecah' dan perintah. Pihak

British telah menggalakkan kedatangan tenaga buruh dari

negara China dan India untuk kepentingan ekonomi

penjajah dalam sektor perlombongan bijih timah,

perdagangan dan perladangan.

Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan

ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan bandar,

jalan-jalan, rel-rel keretapi dan pembahagian kelompok

kaum mengikut sektor ekonomi. Keadaan ini telah

menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan

bandar dan luar bandar bertambah besar.

Selepas mencapai kemerdekaan, Rancangan Malaya 5

tahun telah diperkenalkan. Rancangan Malaya Pertama,

kedua dan Rancangan Malaysia Pertama dirancang untuk

menitikberatkan kepada segi pertumbuhan dan pembaharuan

ekonomi. Rancangan ini telah menunjukkan kelemahan dari

segi strategi di mana corak atau sistem semasa

penjajahan masih berterusan.
   RASIONAL
                Dari banci penduduk tahun 1970 didapati 49.3% dari semua

keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan

di bawah garis miskin.Dari jumlah semua keluarga miskin

86% berada di kawasan luar bandar dan 14% di kawasan

bandar. Kadar kemiskinan mengikut kaum pula adalah

saperti berikut:
                kaum         kadar kemiskinan        pendapatan purata

(%) keluarga sebulan

Melayu 64.8 Å“172.00

Cina 26.0 Å“394.00

India 39.2 Å“304.00

Lain-lain 44.8 Å“813.00
                       Dari kajian Tahunan  Hakmilik  Syarikat-syarikat

Berhad yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan dan

rekod dari Pendaftar Syarikat adalah didapati hakmilik

dan penguasaan sektor syarikat-syarikat pada tahun 1971

adalah seperti berikut:
                  Pemilikan                  Jumlah Pemilikan     %

( Å“ juta )

1. Bumiputera perseorangan 279.6 4.3

dan agensi amanah

a) Bumiputera Perseorangan 168.7 2.6

b) Agensi Amanah 110.9 1.7

2. Bukan Bumiputera 2,233.2 34.0

Warganegara asing 4,051.3 61.7

--------- -----

Jumlah 6,564.1 100.0

--------- -----
                    Dilihat dari sudut pembahagian pekerjaan pada tahun

1970 pecahan mengikut kaum adalah seperti berikut:
                Sektor                Melayu   Cina   India   Lain-lain

1.Pertanian 67.6 19.9 11.5 1.0

2.Perlombongan 32.1 58.7 8.5 0.7

3.Perniagaan/ 42.6 45.5 10.7 1.2

Perdagangan,

Pentadbiran Awam,

Pelajaran,

Pertahanan dan

Kemudahan Awam.
                      Kepincangan di atas dipercayakan telah  merupakan

suatu sebab utama berlakunya peristiwa 13 mei 1969.

Peristiwa ini merupakan satu perusuhan perkauman yang

telah memaksa satu dasar yang bersepadu diwujudkan.

Dasar yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru ini

adalah satu dasar yang dilancarkan oleh kerajaan dalam

tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)

untuk membetulkan ketidakseimbangan sosial ekonomi yang

wujud di Malaysia di antara kaum-kaum, di antara

wilayah-wilayah dan di antara kawasan di wilayah yang

sama.
 OBJEKTIF
                Menyedari  kedudukan  ketidakseimbangan  sosial ekonomi

itu , kerajaan telah mengusahakan supaya satu

pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang

melibatkan program 20 tahun yang dikenali sebagai Dasar

Ekonomi Baru. Matlamat utama dasar ini diperkenalkan

ialah bagi mewujudkan perpaduan negara dengan

mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan,

penempatan dan sebagainya.
 STRATEGI PELAKSANAAN
                Rancangan-rancangan  pembangunan di bawah Dasar Ekonomi

Baru adalah disusun dan dijalankan menerusi strategi

serampang dua mata:

i. Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan

memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua

rakyat tanpa mengira kaum.

ii. Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan

seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut

fungsi-fungsi ekonomi.
        Membasmi kemiskinan   



    Kemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan

    perasaan tidak puashati di kalangan rakyat. Ianya bukan

    sahaja terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar.

    Keadaan ini boleh menggugat perpaduan negara kerana

    masalah kemiskinan adalah mengikut kaum dengan kadar

    kemiskinan paling tinggi di kalangan orang Melayu yang

    tertumpu kepada aktiviti pertanian tradisional. Usaha

    telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial

    ekonomi dan projek pembangunan telah dirangka supaya:
          i.    Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan

    rakyat yang menganggur.

    ii. Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.

    iii. Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di

    sektor yang rendah daya pengeluarannya kepada

    sektor yang lebih lumayan.

    iv. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara

    kaum antara kawasan bandar dan luarbandar dan

    antara wilayah.

    v. Memodenkan kehidupan di luarbandar.

    vi. Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan

    bumiputera.

    vii. Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan

    komposisi kaum di Malaysia.

    viii. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat

    melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan

    kemudahan infra-struktur dan lain-lain.
          Penyusunan Semula Masyarakat



    Adalah menjadi hasrat kerajaan supaya menjelang

    tahun 1990 pemilikan saham / ekonomi Malaysia akan

    melambangkan komposisi kepentingan kaum di negara

    ini , di mana penyertaan Bumiputera sebanyak 30% , 40%

    bukan Bumiputera dan 30% terdiri dari pelabur-pelabur

    luar negeri.

    Dalam mencapai matlamat penyusunan semula

    Dasar Ekonomi Baru, strategi berikut telah disusun :
          i.   Meninggikan daya pengeluaran dan  taraf  kehidupan

    golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan

    luarbandar.
          ii.  Mengurangkan keadaan yang tidak   seimbang  dalam

    struktur guna tenaga yang terdapat sekarang ini dengan

    cara yang progresif dan menerusi pertumbuhan ekonomi

    seluruhnya supaya pada tahun 1990 kedudukan tenaga

    buruh mencerminkan bilangan kaum.
          iii.Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat

    Malaysia dalam pemilikan modal dalam stok syarikat dan

    pertumbuhan ekonomi.
          iv. Membentuk sebuah masyarakat perdagangan  dan   per-

    industrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera

    supaya dapat membentuk dan memiliki 30% ekonomi dalam

    tahun 1990 dan menubuhkan beberapa agensi saperti MARA,

    Bank Pembangunan,Bank Bumiputera,Amanah Saham Nasional.
          v.  Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap  mundur

    melalui pembangunan wilayah baru seperti DARA,KESEDAR,

    KEJORA dan sebagainya.
  Pencapaian 
          Pencapaian semasa dan masalah.



    Beberapa kejayaan telah dapat dikesan semenjak Dasar

    Ekonomi Baru dilaksanakan dalam usaha mewujudkan

    perpaduan melalui penghapusan kemiskinan dan penyusunan

    semula masyarakat.

    Dari lapuran kajian separuh penggal Rancangan

    Malaysia Keempat telah menyatakan bahawa pendapatan

    purata sebenar isi keluarga telah bertambah baik

    seperti berikut:

    Melayu _ $ 290.00

    Cina _ $ 565.00

    India - $ 455.00
          Kadar kemiskinan  juga telah menurun daripada  49.3 %

    pada tahun 1971 kepada 29% pada tahun 1980 dan kadar

    ini dijangka akan menurun kepada 16.7% pada tahun 1990.

    Dari segi menghapuskan pengenalan kaum mengikut

    bidang kerja, penglibatan Bumiputera dalam semua sektor

    didapati juga telah meningkat. Bilangan pekerja

    disektor pembuatan telah bertambah dari 29% kepada 33%

    dan di sektor perdagangan pula bertambah dari 23.5%

    kepada 34%. Sebanyak 28 buah bandar baru telah

    dibangunkan dalam kawasan pembangunan wilayah di Johor

    Tenggara, Kelantan Selatan, Pahang Tenggara, Jengka dan

    Terengganu Tengah.

    Agensi-agensi kerajaan yang dilantik untuk membantu

    Bumiputera di dalam soal perdagangan dan pemilikan

    ekonomi juga telah berjaya meningkatkan bilangan

    Bumiputera di sektor tersebut. Penyertaan bumiputera

    telah bertambah dari 4.3% atau 279.6 juta dalam tahun

    1971 kepada 12.4% atau $3273.7 juta dalam tahun 1980

    Bilangan bumiputera yang terlibat dalam perniagaan juga

    telah bertambah dari 25,000 orang kepada 62,000 orang

    pada tahun 1980.

    Memandangkan kepada hanya tinggal kira-kira 5 tahun

    sahaja lagi tempoh masa DEB, pencapaian DEB hingga kini

    tidaklah begitu memuaskan seperti yang dirangkakan.

    Sehingga tahun 1984 hanya 18% penyertaan Bumiputera

    sahaja yang tercapai. Usaha untuk menambahkan

    pendapatan golongan miskin yang terdiri dari

    pekebun-pekebun kecil, pekebun getah, nelayan serta

    penanam padi masih tidak begitu berjaya sepenuhnya.

    Kadar kemiskinan telah naik sedikit dari 29% pada tahun

    1980 kepada 30.2% semasa kajian semula Rancangan

    Malaysia Keempat dijalankan.

    Menyedari kepada hakikat-hakikat inilah, pihak

    kerajaan telah memperkenalkan beberapa dasar baru

    di dalam dan luar negeri saperti Dasar Pengswastaan,

    Persyarikatan Malaysia, Sogoshosa, Perindustrian Berat,

    Bersih, Cekap dan Amanah, Kepimpinan Melalui Teladan

    dan sebagainya dalam proses mempercepatkan pencapaian

    Dasar Ekonomi Baru itu. Dasar-dasar baru ini jika

    dipraktikkan dengan sepenuhnya akan memberi

    peluang-peluang yang lebih cerah untuk mencapai

    objektif negara iaitu perpaduan dan kemakmuran.
Penutup  
          Dasar Ekonomi Baru yang bermatlamatkan perpaduan negara

    melalui prosespembasmian kemiskinan dan penyusunan

    semula masyarakat didalam konteks keselamatan negara

    yang kukuh. Segala program pembangunan negara dan Dasar

    kerajaan semasa yang diperkenalkan adalah dirancang

    dan dilaksanakan untuk mencapai tujuan-tujuan diatas.

    Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih

    dari kerajaan dan kakitangannya, malah ianya memerlukan

    perubahan sikap, tenaga dan pemikiran rakyat dari

    sektor swasta.





       Sumber : Pejabat Perdana Menteri

Comments

Anonymous said…
lewl...as statistic shows, NEP is maybe just relevant in the 70's~

40 yers of implementation, but still the malays seem to be malfunctioned towards the nation growth for their economic value.

uncompetitive, meaning their(malay) participation in RnD, critical work field i.e medicine n law etc,are merely disillusioned for such IKS and local works for half a decade.

above all,NEP is not an act that need all MPs' approval for changes.it is just a policy or program under article 153 made by government for malay n bumiputera 'hak istimewa'.

it is a pity for malay n bumiputera
dats only look NEP as their only privilege right whilst not concerned that all malaysian are held together with the solidness of
the Constituency.

maybe not "lepas pergi",but to improvising NEP for more transparent in-making government policies.xD

p/s~saje nk komen.bored b4 pegi klas :p

Popular posts from this blog

Asrama

Oh, my dear nephew is enrolling to Maahad today. Oh, I could see his murky face when he kissed me goodbye… Sorry dear, makcik tak hantaq, malas nak menyempit kereta… the thought of being sent away from home for the first time must be dreadful… oh, I know it well… masuk asrama memang tak best. Anyways, you’re a boy, you must do well… It reminds me of my first day being away from home. I rushed for a shower the moment I saw my ayah’s car left the school yard. It was still early for a late noon shower, but all I wanted was just to cry (out of anyone sights, since that I found shower is a great place to shed my tears)… haha… I couldn’t sleep at nights, found it so hard to make friends and follow the rules… For a year, I scribbled everywhere a note ‘ adik nak balik, adik benci asrama ’… wishing that my parents would read and get me out of there… hahaa… Oh, I made it through though… Eventually, a bunk bed did give me some good sleeps, I made lot of friends….oh, but I never really succeede

Transition

Sometimes I wonder if I would still blog after I go back for good since it always turns out that I don’t really blog whenever I return to Malaysia. I’m back in Melbourne again. Despite everything I said about this place. I'm always thankful that I’m studying here. 8 hours is long enough, can’t imagine going further. Let alone going back during a short winter break like I just did. Haha… However, regardless how good Melbourne is, coming back here is never easy. It is not the place, it’s the transition. Travelling is tiring. Yes, like yesterday, I had to take two flights, one from Penang to KL, then KL to Melb, it is a lot more tiring for someone like me who could barely sleep in a plane. That’s why I enjoy traveling during the day and taking a window seat. I enjoy day dreaming while staring at those fluffy white clouds. Haha.. Weather change changes everything. I had never went back during winter before. So that was my first time experiencing an abrupt change from a

Creepy Me in my Poems

For the first time in my architecture-life, I'm bringing my poems into architecture. What's more interesting is, I use my poems in their original form, by this I mean, in Malay language. Now everybody in my class knows how Malay language sounds like. ahaha... The project is pretty much investigating the space between poems. The atmosphere of hearing two poems recited simultaneously. Sounds that make space, space that's defined by sound. Seriously, I don't really know how it'll work out... but hey, just having some experimentation with stuff a bit off-architecture... a break from my headache major project. Plus, I kinda enjoy making people listen to my poems without expecting them to understand a word... rather then, reciting to a bunch of people who understand but couldn't 'appreciate' them... and yeah, I receive some flattering comments from 'mat-salleh' course mate like... "when something is well written, even you can't understand it..