Wednesday, March 12, 2008

SIFAT SOLAT NABI

Bismillahirrahmanirrahim..
Herm..post kali ini merupakan sesuatu yang sangat aku ingin kongsi dengan setiap individu muslim yang membaca blog ini..Mungkin ada teman yang telah ku sampaikan melalui perkataan dan tindakan..dan ini, untuk yang tidak ku berkesempatan...mana yang salah sila betulkan, mana yang bertepatan sila amalkan...
Sungguh, aqidah yang sejati itu antara cabangnya adalah ibadat yang soheh dan salah satu ibadat terpenting dalam kehidupan seorang muslim ialah solat... sabda nabi "solatlah sebagaimana kamu melihat aku solat" (Hadith Riwayat Al-Bukhari). Maka aku ingin sekali menggariskan tatacara solat nabi yang sering ku lihat kurang menjadi amalan ramai di antara kita, termasuk aku pada suatu ketika dahulu. Tidaklah aku akan menghuraikan dengan cukup teliti dan mendalam, dengan cetek ilmu yang ku punya dan sumber rujukan yang terhad, akan ku beritahu sekadar yang ku mampu. Mungkin juga ramai yang sudah tahu bahkan lebih tahu dari aku. Justeru, bagi yang mahu huraian dan penjelasan yang lebih mendalam, sebaiknya mengkaji dan melakukan rujukan sendiri.
  1. Niat- dilaksanakan dalam hati (ijtimak ulamak) tanpa diucapkan dengan lisan.
  2. Berdiri bila mampu (2:238), mengarahkan pandangan ke tempat sujud dan menghadap kiblat. (Al-Bukhari, Muslim, Abu Khuzaimah)
  3. Takbir- Allahuakbar, diucapkan (Muslim, Ibn Majah) dan mengangkat kedua tangan sama ada bersamaan, sebelum atau selepas takbiratul ihram (Al-Bukhari) Tangan diangkat sebatas bahu atau telinga, jari lurus ke atas (Abu Dawud, Ibn Khuzaimah)
  4. Meletakkan tangan di atas tangan kiri (Muslim, Abu Dawud) atau mengengam pergelangan tangan kiri (AnNasaei, AdDaraQuthni)
  5. Meletakkan tangan di atas dada (Ibn Khuzaimah, Abu Dawud, Ahmad)- biasa yang sering dilakukan ialah yang meletakkan tangan senget ke kiri, di atas perut dan di bawah pusat.
  6. Membaca doa Iftithah- terdapat beberapa jenis riwayat tentang bacaan antaranya yang diriwayatkan oleh Muslim, Abu Dawud dan AlHakim
  7. Membaca Ta'awwudz (A'udhzubillah.......) spt yg diriwayatkan oleh Abu Dawud, Ibn Majah, AdDaraQuthni, AtTirmidzi.
  8. Membaca basmallah (AlBukhari, Muslim, Abu Dawud dan tidak dikeraskan (Bukhari dan Muslim)- Antara kebiasaan basmallah di keraskan terutamanya oleh imam bahkan kadangkala siap dialun lagukan sedangkan sepatutnya didiamkan bahkan ada yang melagukan ta'awwudz.
  9. Membaca Al-Fatihah-Faatihah merupakan rukun solat (Bukhari, Muslim)
  10. Mengucapkan Amin (Bukhari, Abu Dawud)
  11. Membaca Surah dari Al-Quran (Ahmad) kecuali apabila menjadi makmum, cukup dengan hanya mendengar bacaan imam (Malik, Abu Dawud, Ahmad)- pernah juga waktu solat berjemaah aku dengar orang sebelah sokseksoksek duk ikut bacaan pak imam.-boleh juga membaca Fatihah saja tanpa surah tambahan (Ibn Khuzaimah, AlBaihaqi)
  12. Ruku'- seraya mengucap takbir dan mengangkat kedua tangan (AlBukhari, Muslim)- hendaklah meratakan punggung (Ahmad, AbuDawud) dan mengengam lutut dengan jari jemari diregangkan, kepala tidak ditegakkan dan tidak ditundukkan, thuma;ninah (diam sejenak) hingga tulang-tulang menepati posisinya (Ibn Khuzaimah)
  13. I'tidal- bangkit dari rukuk, tangan diangkat seperti bertakbiratul ihram membaca "samiAllahulimanhamidah"-kalau menjadi makmum tak perlu membaca.(Muslim, Ahmad, Abu Dawud)
  14. Thuma'ninah dalam posisi i'tidal.
  15. Sujud- takbir terlebih dahulu (AlBukhari, Muslim), meletakkan tangan sebelum kedua lutut (Ibn Khuzaimah, ADaruthqutni, AlHakim) dalam keadaan terbuka (tidak mengepal), jari jemari rapat dan meghadap kiblat serta diletakkan sejajar denagn bahu dan telinga, (Abu Dawud, AnNasaei) , siku diangkat hingga ketiak terlihat (AlBukhari, Muslim) kecuali jika menggangu orang ketika solat berjamaah. Kedua kaki ditegakkan, posisi ujung jari jemari menghadap kiblat dan tumit dirapatkan satu dengan yang lain (Ibn Khuzaimah), Hendaklah sujud dengan 7 anggota badan iaitu- dahi berserta hidung, kedua telapak tangan, kedua lutut dan kedua ujung jari jemari kaki.(AlBukhari, Muslim) Thuma'ninah sebagaimana dalam ruku' dan i'tidal. (ALBaihaqi, AthThabrani dan lain-lain)
  16. Bangkit dari sujud seraya mengucap takbir.(AlBukhari, Muslim)
  17. Duduk Iftirasyi- duduk dengan bertumpu di atas telapak kaki kiri dan menegakkan telapak kaki kanan . Hendaklah meletakkan tangan di atas paha denagn hujung-hujung jari tangan pada lutut atau meletakkan tanagn kanan di atas lutut kana dan tangan kiri di atas lutut kira seolah-olah mengengamnya, boleh juga duduk dengan cara iq'aa (Muslim)
  18. Bangkit dari sujud- bertakbir (AlBukhari, Muslim), duduk sejenak lalu bangkit dengan tangan dalam keadaan mengepal (macam menumbuk lantai) (AlBaihaqi)
  19. Tasyahud- duduk sebagaimana duduk iftirasy. Bagi tasyahud akhir boleh duduk dengan cara tawarruk iaitu menegakkan telapak kaki kanan dan menempatkan telapak kaki kiri di bawah betis kanan dengan menjadikan lantai sebagai tempat bertumpu (Muslim) Jari kanan mengengengam jari kelinking dan jari manis, menautkan jari tengah dengan ibu jari serta mengerak-gerakkan jari telunjuk ketika bertasyahud sehingga salam (Abu Dawud, AnNasaei, Ibn Hibban)- kebiasaan antara kita jari digerakkan sewaktu syahadatain sahaja, ada beberapa pendapat tentang bab ini tetapi seeloknya ikutlah mana yang paling jelas dari segi dalilnya. Telunjuk diarahkan ke kiblat dan pandangan diarahkan ke telunjuk (Muslim, Ibn Khuzaimah)
  20. Mengucap salam dengan berpaling ke arah kanan, kemudian kiri. Seringkali aku lihat ramai yang sering meyapu muka selepas salam, tidak pasti dari mana datangnya tetapi tidak punya sebarang dalil tentang perbuatan tersebut.
Suatu perkara yang perlu ditegaskan, tidak ada dalil yang menyatakan perbezaan tatacara solat antara lelaki dan wanita, maka sebagaimana nabi solat, sebegitulah seharusnya kita solat tidak kira lelaki atau wanita..
Mungkin juga banyak pertikaian tentang tatacara solat, maka terpulanglah..

Untuk penjelasan lebih lanjut, boleh rujuk kitab Sifat Solat Nabi karya Syaikh Muhammad Nasirruddin al-Albani, kalau sukar untuk mendapatkan kitabnya mungkin online book ini berguna
http://www.qss.org/articles/salah/toc.html

Apa yang aku tulis mungkin terlalu ringkas, antara rujukan lain terutamnya dari segi bacaan, boleh merujuk, AlQuran AlKarim, Sifatusolah karya Syaikh Abdullah bin Abdul Rahman Al-Jibrini dan AlQaulul Mubiin FI Akhthaa IlMusolahin karya Syaikh MAsyur Hasan Salman

Sebahagian besar dari tulisan ku ini diambil dari ringkasan kesemua rujukan tersebut melalui buku tatacara solat nabi edisi khusus, pustaka imam-asy-syafi'i..siapa nak pinjam boleh minta...

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum..

These are some hadith that I extracted fr Kitab al-Salah, Sunan Dawud

Narrated Ali ibn AbuTalib:
AbuJuhayfah said: Ali said that it is a sunnah to place one hand on the other in prayer below the navel.

Jarir ad-Dabbi reported: I saw Ali (Allah be pleased with him) catching hold of his left hand) by his right hand on the wrist above the navel.

Narrated Tawus:
The Apostle of Allah (peace_be_upon_him) used to place his right hand on his left hand, then he folded them strictly on his chest in prayer.



Wallahua'lam.. I do not have sufficient knowledge in this area to comment further..

thanks for sharing