Monday, March 17, 2008

AKU ANAK BANGSA!

Nak menyedarkan orang melayu bukan satu perkara mudah, walaubagaimanapun, mengurangkan hak istimewa orang melayu bukanlah cara terbaik nak mengatasi penyakit bangsa... kerana khuatir, belum sempat penyakit diubati, bangsa sudah pun mati... bukan isu kemunduran, tak ambil peluang yang aku bicarakan.. tetapi kelebihan yang harus dipertahankan.. kalau diikut kewajaran..mungkin kelebihan orang melayu perlu ditarik seawal rancangan selepas merdeka - kelebihan pada orang melayu pada rancangan asalnya hanya diberi 15 tahun selepas tempoh merdeka...tetapi hingga ke hari ini...itu yang masih kita rai... Mungkin pada hakikatnya, DEB sebenarnya telah lama mati di Penang...tetapi apa yang aku cuba sedarkan ialah tentang lucutnya hak dari tangan anak bangsa kita secara perlahan-lahan tanpa kita sedari... Isu DEB yg mungkin aku tidak punya pengetahuan cukup luas tentangnya cuma sekadar sebagai satu sentimen yang mengerakkan nadi-nadi pendekar dalam diri orang Melayu... Ah, mungkin ini yang dikatakan sudah terantuk baru terngadah.. tapi kukira, masih belum terlambat...Mengubah sikap orang melayu merupakan usaha yang tak pernah surut, tapi kesanya seolah tiada... Penarikan DEB yang mungkin dikatakan tidak relevan pada hari ini seolah memperjudi kemampuan bangsa pada saat kelebihan sangat diperlukan... Bukanlah aku langsung suka melihat bangsa dimandul upaya tetapi satu-satunya jaring penyelamat bangsa terutamanya ditenagh kelompok yang ditujah serang, disamun sangak oleh bangsa dagang...apa lagi yang kita punya???

1 comment:

kimkatkeblack said...

cek, I've got no place to put this, but nway I had to tag u along this tagging business - read my blog