Kita mengharap yang terbaik. kita mahu yang terbaik... dalam hidup.. dalam mati.. kita mahu yang terbaik... tp selalunya yang terbaik itu kita tidak tahu.. sehinggalah terbuktinya akan sesuatu...kerana itu kita perlu kembali pada alquran.. pd sirah nabi junjungan dan sahabat teladan... pd kisah generasi salaf juga zaman kegemilangn..
"if we are not affected by history, what are we affected by?" Daniel Libeskind (Arkitek Yahudi yg mereka Jewish Museum of Berlin... kita perlukan arkitek Islam sebegini.. yang mampu merasuk fikiran manusia melalui rekaan bangunan.. yang mampu membuat manusia terkesan dengan sejarah.. lantas bertindak atas kesan penghayatan sejarah... tetapi yang tidak gila nama selepas menjadi ternama)
Sungguh hidup ini berlandaskan kalam tuhan dan sunnah rasul. ibadat biar ada sandaran contoh pegangan.. jgn dicipta reka sesuka rasa.. sia-sia seperkara.. dosa lagi tambah pula... Amal seharian pula biarlah bersederhana.. namun jgn ditegah manusia jika tiada larangan dari tuhan... Jangan pula disuruh yang tiada faedah.. berpada-padalah...
Ya.. yang terbaik.. byk hal.. yang terbaiknya tetap rahsia.. hingga kadang kita rasa takdirnya penuh derita.. lupakah kita pada janjiNya.. kita ini teruji pada kekuatan yg sudah ada.. yang sudah Dia beri pada kita, kita manusia selalu buta dengan cinta tuhanNya...dan akulah itu manusia.. yang selalu merungut sana... merungut sini.. hai teman.. jangan seperti aku ya!
Si Laila yang jelita.. padanya terhimpun segala rahmat tuhannya.. mana lelaki tidak penasaran? sedang wanita jua tergilakanya.. ayuh teman.. kita buru dia...selamat semua!
p/s: nak kad raya klasik.. ada siapa-siapa sudi hantar?
Comments