Bismillahi ArRahman ArRahim
Hoho.. tulis blog lagi, bukan baru semalam sudah tuliskah? Kamu tak ada kerja lain kah kiambang? Sungguh, kerja aku banyak amat… sampai tak lalu nak buat… tapi ada seperkara meronta-ronta minta untuk dikongsi… semalam, tak mahu tulis… tentang ini.. lalu cadangkan supaya Mr Aris tulis.. lalu beliau pun menulis.. tiba-tiba gatal tangan nak tulis juga… Asriah…Asriah…
Facebook
Ya… Mahu bercerita tentang laman kegemaran ramai ini...itulah topiknya.. sebenarnya aku ini agak kolot juga… baru tahun lepas buat akaun.. itu pun pada asalnya tak mahu sekalipun melihat teman-teman ramai yg guna.. aku mula buat akaun fb ini krn groupmate aku yang sorang ini berhubunggan melalui fb. Jadi, nak bincang apa-apa senang….lalu aku pun buatlah satu akaun.. kalau aku cakap orangnya ini jewish.. mesti kalian di luar sana kata “haaa.. kau dah jatuh dalam perangkap yahudi…” hahaa.. tapi kalian yang tak disuruh sesiapa pun buat juga… bak kata Mr Aris “yang kata Fb proxy yahudi pun asyik mengadap Fb”… pinjam quote ya encik…
Adab
Dahulu masa muda-muda… ada orang perturun ilmu rumah tangga, katanya kalau nak menegur keburukan pasangan, sebut dahulu tujuh kebaikannya… yang kelapan baru sebut salahnya… tp kalaulah yang buruk ada 5, perlu sebut 35 kebaikan…
nanti ada yang kata berleter pula.. sudah la orang lelaki tidak suka dengar orang berleter panjang.. tak apalah, kebenaran teori mak cik itu, kita kupas lain kali sahaja… apapun, Fb ini ada kebaikannya, satunya itulah.. senang nak buat kerja… (mcm niat awal aku buat Fb dulu).. Fb ini juga buat aku dapat keep in touch dgn ramai kawan-kawan… terutamanya kawan-kawan lama… Ya, aku ini tidak pandai berkawan… maka jangan haraplah utk secara isitmewanya mengirim surat atau email.. juga jarang-jarang sekali memulakan perbualan di messenger, melainkan ada perkara perlu… jadi bila ada Fb boleh juga sekali sekala bertegur sapa tanpa batas waktu dan tempat… Fb juga laman ilmu… kalau yang jd fan dgn hadithoftheday itu.. mesti kalian hargai betapa indahnya tanpa perlu berusaha keras boleh mendapat sepotong hadith setiap hari… tak perlu susah-susah buka kitab.. di laman sosial juga boleh belajar… ada juga kawan-kawan rajin buat note ilmiah..kemudian tag org.. yang tak ditag pun boleh baca.. indahnya apabila Fb menjadi medium dakwah… aku juga suka kadang-kadang orang suka kongsi berita dan komen ringkas isu semasa di Fb…maka dari situ ada isu-isu yang aku terlepas pandang menjadi perhatian…. Juga aku suka apabila orang pamer hasil karya seni mereka… ini bagi aku yang meminati seni sungguh aku tidak berseni…Ok, sudah.. tak payah sampai 7… siapa-siapa minat mahu tambah..tambah sendiri…

Buruk
Maka, sesudah memuji.. ini buruknya mahu ku cerita… Banyak kalau mahu senarai… Cuma mahu focus seperkara… iaitu ‘kuiz’…. Ya.. kuiz-kuiz yang berlegar-legar melampaui pelbagai isu… melibatkan kelucahan dan kemaksiatan.. banyak juga yang berunsur penilikan… pada awalnya.. sesetenagh kuiz ini secara pandangan peribadi berunusur hiburan ringan seperti lawak-lawak jenaka yang tidak melampau, aku kira itu tidak mengapa … aku tidak mahu komen banyak tentang itu… tetapi lama-kelamaan, semakin banyak dan pelbagai kuiz-kuiz yang ada… aku menjadi hairan apabila orang yang menyeru dakwah di sana sini juga di blog turut melakukan kuiz seperti ‘bilakah anda akan berkahwin?’ dan apabila mendapat keputusan tarikh tertentu, dikomen pula disertai Alhamdulillah… sudahlah tilikan itu haram.. kemudian perletakkan erti syukur pada sesuatu yang haram itu bukankah jelik amat… aku juga merasa terkilan apabila ada antara kawan-kawan yang mengukur skala apakah kamu malaikat atau syaitan.. kemudian apabila mendapat keputusan yang peratusnya mendekati syaitan, boleh pula ketawa suka.. main-main dengan kemungkinan nanti masuk neraka… astaghfirullah… dan yang terbaru.. yang betul-betul membuatkan aku menulis panjang-panjang begini ialah kuiz tentang ‘adakah anda sebenar ahli sunnah?’… sudah… mula-mula aku gelihati dengan kejahilan orang yang sanggup memperlekehkah isu aqeedah dijadikan kuiz… namun melihat keputusan seorang rakan yang membuat kuiz tersebut.. lantas aku menjadi jelik.. Fitnah!... apabila keputusan kuiz yang diberi menentukan sesorang itu jahil atau alim..lantas..aku menjadi panas… ya.. ini menjadi fitnah kepada ASWJ. .. fahamkah si pembuat kuiz apakah yang dimaksudkan dengan ‘ahli sunnah’… sekadar mengetahui satu dua isu fekah yang disoal dalam kuiz tersebut tidak menentukan seseorang itu alim atau tidak..jauh lagi ahli sunnah atau tidak… sudahlah.. kemudian dikaitkan pula dengan Dr. Maza…. Ada pula yang bertanya apakah Dr. Maza yang buat kuiz tersebut… sekali lagi.. Fitnah!...pertamanya, aku yakin Dr Maza tak reti pun macamana nak cipta kuiz… Sekalipunlah beliau reti… tidak mungkin beliau melakukan sesuatu yang sebodoh dan semerapik itu… aku lantas ke aplikasi kuiz tersebut sehingga dapat menemukan pencipta kuiz tersebut… melihat pencipta kuiz itu, semakinlah hati aku menjadi sadis….
Kamu si pembuat kuiz
Pertamanya… inshaAllah… niat kamu baik… sungguh… telah aku adukan tindakan kamu kepada Dr. Maza dan dia juga bersangka baik dengan kamu.. pastinya kamu punya kecenderungan kearah sunnah… Malangnya.. tindakan kamu itu tidak kena tempat dan cara… Dan… bukan kamu yang menilai manusia… kita ini berusaha untuk sedaya upaya menjadi ahli sunnah.. jika tidak itu.. apa lagi… tetapi sejauh mana seseorang itu ahli sunnah atau ahli bidaah… bukan kamu yang menentukan… Juga, tiada jalan mudah untuk sesuatu yang indah.. dan sungguh.. sunnah itu adalah indah.. tetapi menjadi ahli sunnah itu tidak semudah memahami satu dua perkara fekah… sekali lagi aku tegaskan untuk kamu… ini melibatkan aqeedah…
Aku yang cuba menyampaikan…
Aku mula merasa kekok dengan tulisan ini… aku budak masih belajar, malas pula belajar… ilmu tidak mampu membasahkan lidah sang semut… apatah lagi untuk bercakap panjang tentang suatu perkara yang cukup besar bagiku… Aku juga tidak cukup baik pada laku dan kata untuk menjadi contoh pada sesiapa.. amal tidak banyak untuk ku cagarkan pada sebuah tulisan tanpa makna… Cuma, ini adalah apa yang terkesan dihatiku.. juga menjadi kesedihan melihat teman-teman mengambil mudah isu ini… aku menjadi sayu….
Baiklah.. aku kira..sudah panjang amat tulisan ini… sungguh.. sekecil-kecil perkara boleh menjadi kontroversi.. tetapi sebesar-besar kontroversi ialah yang menjadi fitnah terhadap Agama…
Sekian..wassalam…
Comments