Aku sebuah R&R…sebuah tempat henti rehat persinggahan ramai yang dalam perjalanan ke destinasi tertentu… Ramai yang suka berhenti padaku, terutama mereka yang dalam perjalanan jauh… ada yang berhenti untuk makan dan minum, bersolat ataupun semata untuk ke jamban… antara yang berhenti, ada yang memuji, ada yang mengkeji… yang memuji, suka akan makanan sedap-sedap belaka yang terjual… kalau pun tidak makan… gembira saat meninggalkan ku kerana telah beroleh sebuah kerehatan…
Namun nasib ku si R&R… pelbagai manusia datang mengunjungi, berkereta mewah mahupun berbas sekolah… semuanya… akan pergi… yalah, tiadalah yang mahu berumah di R&R kerana masing-masing punya destinasi ditujui…
Alangkah… alangkah aku mahu menjadi sebuah rumah… tidak perlu menjadi rumah mewah, tetapi yang sederhana dan punya penghuni yang bukan sekadar tiba dan berlalu seusai masa… tetapi menjadikan aku destinasi hari… ke mana pun ia pergi.. bersiar ke kota indah dan mahligai mewah, rumahnya tetap di hati… penghuninya setia… mana rumah dia bertandang, ke rumahnya juga dia mahu pulang….sungguh rumah tidaklah meriah seperti di R&R.. ramai sekali datang saban hari… tetapi, mampu memayungi yang dicintai pada siang dan malam hari…
Oh, alangkah indahnya menjadi sebuah rumah…. Pabila atapnya bocor dan rangkanya goyah… penghuninya sedaya upaya membaiki.. bukan kerana mahu orang datang lagi, tetapi untuk dirinya.. kerana ia tahu, jika aku hampir tumbang, ia akan menjadi hilang… rumah itu begitu diperlukan… begitu dijagai dan dihargai… dihiasi dengan bunga matahari….
Kalaulah aku sebuah rumah, biar apa musim menjengah… akan aku berdiri sasa, selagi tuhan memberi usia… akan aku menua dengan khidmatku yang teramat setia…
Sayangnya… aku hanyalah R&R yang bermimpi di siang dan malam hari saat menyaksi sebuah kereta putih yang dulunya sering kembali, berlalu pergi untuk yang terakhir kali…
Comments
tp point dia kat sini muaz, takmau jadi rnr dah, nak jadi rumah pulak.