Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2008

A CUP OF MILK & ROTI CANAI

Feels like writing in english... i know my english is horrendous...and obviously...No..No..No to ryhthmatic, poetic and enigmatic sentence like i used write in previuos posts which in Malay... Anyway, i always wish that i could write on the same style regardless what language im writing in...ok! A cup of milk and roti canai - that was my breakfast, this morning...well, its kinda inappropriate to say its a breakfast, a brunch maybe... Milk and Roti Canai- these two things are quite significant to me... why? Well, first of all, for those who wonder where on earth do i get this roti canai, stop guessing... u could find it in any asian groceries around melbourne, Laguna, IGA...an its instant! enjoy it in a minute...hahaha...erm..i should be give some comission for this statement..hahaa.. - It seems to me that roti canai has a new scandal with milk... where does teh tarik go? ( i have no time to pull the tea....) - For decades, roti canai and teh tarik have been together..a famous couple in...

DIALOG SWASTA LA KICAP

-SATU- Kemboja: Sarung bantal! Kekwa: Kemboja, mari kita serve. Di lewat senja, bunga-bunga menguntum bicara.... Kiambang: Apa ni, aku tak bisa mengerti, alang-alang berpusing..biar orang pening... Kantan: Ha.....ha....ha.....dia, sudah buka... Kekwa: Memang, Buka. Tutup. Buka. Tutup Kemboja: .... Kiambang: Tutup lagi cantik. Kemboja: Setuju. Kantan: Teruntun juga hatiku... Ada lagi, buka. Tutup. Buka. Tutup. Kerana kumbang.. Kiambang: Apa? Kumbang? Kantan: Ya. Kerana kumbang. Kiambang: Kerana kumbang... buka. Tutup. Buka. Tutup. Buka. Tutup. Tak diterima akal. Kemboja: Akal tak terima Kiambang: Terima akal tidak Kemboja: Tidak akal terima Kiambang: Ada benar. Harus menyebelah. Jika tidak mungkin parah, mungkin padah. Cuma, menyebelah bukan akur, setiap kita punya cara, Adaptasi. Kekwa: Benar. Terpulang pada diri. Adaptasi. Kiambang: Adaptasi. Jangan taksub yang sudi. Jangan musuhi yang pergi. Kantan: Syukur... Kiambang: Syukur... Kekwa: Syukur... Kemboja: Syukur... Santap. Hirup. Sant...

LEGAR-LEGAR

Legar-legar tanpa hala, tiba di cerok rahsia, bukan rimba bukan samudera, bunga-bunga berpesta, senyum suka gelak ketawa, melakar bicara mewarna cinta, sedetik tika takkan dilupa... Mana bunga, mana nama...????

DIALOG SWASTA LA KICAP

PROLOG Kekwa: Blog tempat luah perasaan! Kantan: Ishk, bahaya ooo cerita hidup kat org Kekwa: Rafidah Aziz turun dah dia Kiambang: Kemboja, mai la sini! Kantan: Menyanyi...malam ni ja ka depa menyanyi? Ooo Friday night Kemboja: Apa aku cakap? Di suatu cerok di Pekan Malibun, di lorong La Kicap, di sebelah Kabaret Lagu Klasik, di pangkin pondok usang... 4 kuntum bunga bersiut, berlagu, mengilai, meratap...ah, ngeri! Kantan: Haa..nanti pi sana jangan cari kumbang! Sungguh, jangan! Kekwa: Nanti dah siap...status! Kemboja: Hiak! (Badak diayun beralun-alun) Kiambang:.... Senyap.... 3568 saat yang lalu... Kantan: I feel like something is missing! Kiambang: Agree Kekwa: Agree Kemboja: Agree Kelip-kelip berkeliaran...bunga-bunga terpesona...jeda. Kiambang: Air? Baja? Tanah? Kantan: Entah, susah nak dikata. Kekwa: Rasa macam tahu. Mungkin. Ya. Tahu. Faham. Kemboja: Aku juga. Kantan: Kantuk. Kiambang: Aku juga! Kelip-kelip, jeda. Kekwa: Sepagi sepetang. Kantan: Kasihan kau seorang Kekwa: Aku tak...

HIDUP BERSAMA

Kita sudah sampai di lereng amat indah, di bawah pelangi, dalam ufuk yang masih mencabar; dan kita ikhlas berjanji untuk bermaruah, tenang dalam segala uji cabar dan debar. Kita mencari hanya yang tulen dan jati, sekata hidup, mengerti dan berbudi. Kita wajar mendaki lagi kerana puncak yang jauh. Dalam gelora dan taufan tak tercalar tekad kita kerana kemerdekaan mengasuh kita bersuara dalam sopan, yakin menyanggah musuh, tulus menambah kawan, inti tunggak dan menara kebahagian. ~ A Samad Said

1234

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu, masihkah tunduk tersipu-sipu? jangan takut melanggar pantang jika pantang menghalang kemajuan jangan segan menentang larangan jika yakin kepada kebenaran; jangan malu mengucapkan keyakinan jika percaya kepada keadilan. USMAN AWANG

AKU ANAK BANGSA!

Nak menyedarkan orang melayu bukan satu perkara mudah, walaubagaimanapun, mengurangkan hak istimewa orang melayu bukanlah cara terbaik nak mengatasi penyakit bangsa... kerana khuatir, belum sempat penyakit diubati, bangsa sudah pun mati... bukan isu kemunduran, tak ambil peluang yang aku bicarakan.. tetapi kelebihan yang harus dipertahankan.. kalau diikut kewajaran..mungkin kelebihan orang melayu perlu ditarik seawal rancangan selepas merdeka - kelebihan pada orang melayu pada rancangan asalnya hanya diberi 15 tahun selepas tempoh merdeka...tetapi hingga ke hari ini...itu yang masih kita rai... Mungkin pada hakikatnya, DEB sebenarnya telah lama mati di Penang...tetapi apa yang aku cuba sedarkan ialah tentang lucutnya hak dari tangan anak bangsa kita secara perlahan-lahan tanpa kita sedari... Isu DEB yg mungkin aku tidak punya pengetahuan cukup luas tentangnya cuma sekadar sebagai satu sentimen yang mengerakkan nadi-nadi pendekar dalam diri orang Melayu... Ah, mungkin ini yang dikatakan...

APA ITU?

DASAR EKONOMI BARU LATAR BELAKANG Dilihat dari perspektif sejarah Malaysia, penjajah British menggalakkan perkembangan masyarakat secara 'plural' melalui amalan 'pecah' dan perintah. Pihak British telah menggalakkan kedatangan tenaga buruh dari negara China dan India untuk kepentingan ekonomi penjajah dalam sektor perlombongan bijih timah, perdagangan dan perladangan. Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan bandar, jalan-jalan, rel-rel keretapi dan pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan bandar dan luar bandar bertambah besar. Selepas mencapai kemerdekaan, Rancangan Malaya...

CITRA CINTA BUAT KEKANDA

Terasa lama tak ke temu, aku di hutan batu memburu cita-cita yg entah bila kan bertamu dan kau di lautan ilmu melayari perjuangan penuh liku...Pada sejenak pertemuan lalu, ku rangkul sebakul ilmu dan pesanmu yang sempat ku jala di teluk bicara antara kita..kau kakandaku... ku coret citra tentang dirimu sekalipun aku sebenarnnya tidak cukup tahu... Lahirmu di cerok desa bukan di sibuk kota...Kau putera pertama buat keluarga...Ibu bilang kau luar biasa...tapi aku tidak tahu mengapa...Sungguh, ibu itu lebih kenal anaknya...bila aku mendewasa, maka aku sendiri bilang, kau kekandaku, kau luar biasa... Seawal sang mentari menjengah diri, sealur cahaya merangkak di kaki langit...kau sudah berdiri...ke rumah tuhan kau bertamu, mencari secebis kekuatan untuk bekalan sepanjang jalan... Siang hari, hari-hari, hari minggu... kau memerah minda mencari idea...tiada cuti atau ruang henti...tika mana idea bertandang, saat itu kau berjuang... Sungguh, kau seorang pejuang..kendatipun bukan parang dan se...

SUDAH!

Dan aku...ingin menjadi manusia yang menghargai...hentikan!...hentikan!...hentikan!...hentikan segala sungutan.....angkat kaki, pandang depan, terus jalannnnnnnnnnnnnnn!

SIFAT SOLAT NABI

Bismillahirrahmanirrahim.. Herm..post kali ini merupakan sesuatu yang sangat aku ingin kongsi dengan setiap individu muslim yang membaca blog ini..Mungkin ada teman yang telah ku sampaikan melalui perkataan dan tindakan..dan ini, untuk yang tidak ku berkesempatan...mana yang salah sila betulkan, mana yang bertepatan sila amalkan... Sungguh, aqidah yang sejati itu antara cabangnya adalah ibadat yang soheh dan salah satu ibadat terpenting dalam kehidupan seorang muslim ialah solat... sabda nabi " solatlah sebagaimana kamu melihat aku solat" (Hadith Riwayat Al-Bukhari). Maka aku ingin sekali menggariskan tatacara solat nabi yang sering ku lihat kurang menjadi amalan ramai di antara kita, termasuk aku pada suatu ketika dahulu. Tidaklah aku akan menghuraikan dengan cukup teliti dan mendalam, dengan cetek ilmu yang ku punya dan sumber rujukan yang terhad, akan ku beritahu sekadar yang ku mampu. Mungkin juga ramai yang sudah tahu bahkan lebih tahu dari aku. Justeru, bagi yang mahu...

MAKAN!!!

Pagi! Aku sudah bicara bukan... post seterusnya tak tunggu lama... masih memerah sel-sel otak... meregang-regang akal sejengkal menjadi berkilometer....sungguh! idea itu dariNya...namun, bukanlah aku menantinya datang menerpa tanpa sepalit usaha pada kanvas minda... sebenar-benar cerita.. mindaku ini laksana belantara idea...idea-idea menjalar menjadi belukar... hinggakan memilih keluar terlalu sukar...aduh...ke sukma ku tanya yang mana satu ku mahu... ke tubuh ku tanya yang mana satu ku mampu... Saban-saban sepanjang usia, meniti kehidupan yang bakal terhenti bila-bila masa, hidangan pilihan mengisi lapar dahaga perjalanan...enak atau tidak, manis, masin, masam, pahit, pedas, tawar disantap ditelan jua..terkadang termuntah keluar...sudah tak upaya dikemam dimamah, apakan daya...citarasa tidak sama, lantas manusia memilih menu berbeza... yang mampu bersantap mewah, jangan la pula berpongah-pongah, yang sekadar murah dan mudah, syukurlah... semua itu dari Allah...kelak disentap rezeki.....

ASSALAMUALAIKUM...

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM... I'm back! haha... it has been so long, huh... really thought no one give a damn bout this blog o mine...i do think of just leaving this blog in limbo! haha.. there's a point in ma life when i think that personal blogging is too much of self exposing.. sort of a foolish thing..opss no offend, im saying out loud my thought coz this is ma blog... yet, i spin my head around...err..literally...haha.. how eerie if i can really spin my head...haha..think..again n again..i gotta reposition maself back to those days when i started writin' this blog... n remind masef of my 'niat'.... herm... this is a self reminder sort of thing which i wish can really benefit masef n others as well... then, why stop??? So, what this post should be about??? Well.. this is sort of a homecoming testimony... im welcoming masef to my blog... hahah... At the moment, im leaning on this black wall (i pasted black sugar papers onto one side of the walls in my room for my de...