Friday, December 3, 2010

Miskin Melarat

Kadang-kadang bila tgk cerita org miskin, ala-ala bersama mu… kesian pun ada, menyampah pun ada. Bukan nak belagak, saya bukan org kaya, budak kampong hidup sederhana, skrg hidup pun mengharapkan org tua… belum ada kerjaya yang sempurna. Cuma terlalu byk juga cerita yg kedengaran dan reality yang kelihatan membuka mata dan minda.

Malang.
Sesetengah manusia diuji dgn kemiskinan. Rumah buruk. Duit tak ada. Tapi yg aku peliknya, kadangnya miskin, lepas itu tak ada pekerjaan. Ok. Tak kerja langsung. Duduk nganga mengharap ehsan manusia, anak-anak tak mampu disekolahkan. Ada yang kelahiran tak mampu didaftarkan. Kalau dah tak ada kelulusan utk kerja kerajaan, usahalah kearah lain. Duduknya di kampong, ambillah upah cuci rumah ka, tak pun tanamlah sayur, belalah ayam ka… buat lah kuih jual. Jgn la duduk goyang kaki buat muka sedih dekat pintu saja. Masalahnya diaorg ni bukan cacat atau kurang upaya. Kaki tangan sempurna. Haish, tak faham.

Kotor.
Ada suatu kawasan ni di negeri utara tanah air dihuni oleh org miskin. Rumah-rumah mereka teruk amat… lalu kerajaan negeri pun buatlah rumah utk mereka, bagi free punya. Memanglah tak hebat, tapi jadilah teres setingkat. Setahun setelah kawasan itu dihuni, kawasan rumah ehsan itu menjadi teramatlah kotor dan busuk. Dahla rumah org bagi percuma, bawa-bawa la jaga kebersihan. Lepas tu timbul la isu, miskin terbiar, ramai sakit tak mampu berubat. Dahla miskin, pengotor pulak tu. Sikap tu tak boleh nak ubah, nak jaga kebersihan pun malas… sebab tu la miskin.

Ayam.
Satu keluarga ni miskin, selain daripada bantuan kewangan, kerajaan bagi la anak ayam utk dipelihara dan dijual. Telur pun boleh jual. Setelah ayam-ayam itu membesar, dtg lagi minta bantuan… habis ayam dijual, datang lagi..datang lagi dan datang lagi… bukannya nak bela elok-elok, sebahagian telur tu dieram, kemudian jadi ayam… maksudnya pandai-pandai la putar modal. Tak faham sungguh. Kena duk suap selalu tu pasaipa? Sampai bila pun tak maju.

Tak Malu.
Pantang ada siapa-siapa baik hati… buka kaunter pertolongan… setiap bulan datang minta wang tuk bayar bil letrik, telepon dan sebagainya. Setiap bulan okay…. Bertahun-tahun lamanya.. yang minta bantuan untuk meniaga tu takpala… ni yang minta ehsan nak bayar bil la sebagainya... Tak malu ka tiap-tiap bulan mai minta bantuan?

Keutamaan.
Tahu tak, ada setengah rumah… miskin papa… rumah nak roboh…. Tapi masuk masuk dalam rumah tgk, tv besar-besar. Dapat wang, bukan nak dibelanjakan kearah yang membina… beli tv, beli vcd player, beli speaker besar-besar..pakai telefon canggih-canggih…  Tak fahammmm… tak faham… anak sekolah buku tak ckup... 

Saya bukan nak mengata orang miskin susah. Kalau dah usaha, dah buat apa yg patut… masih susah, ujian Allah… saya simpati dan saya kasihan…  tapi ini tentang mereka, yang miskin tak sedar diri… dan kebanyakan mereka melayu… tak ada usaha nak tingkatkan taraf hidup… orang usaha bagi bantuan dan sebangainya, kalau mereka tetap takda usaha sendiri.. masalah kemiskinan orang kita sampai bila pun tak sudah… lepastu kita bising la, orang cina dapat subsidi, depa maju kita tak… kadang benda ni bukan takat dapat bantuan ja, apa yg jadi dgn bantuan yg diterima tu kena soal jugak.. agak-agak la org nak bantu pun… faeza herba poni (mcmana eja?) pun larat nak sponsor beras seumur hidup hampa… bawak-bawak la usaha… jgn la duk bising nak bantuannnn ja… usaha apa pun takmau… usaha la usaha…

“Allah does not change the condition of people until they change what is in themselves”
Ar-Ra’ad 13:11

3 comments:

Miasuraya said...

I know of cases macam ni. Bila duit ada spend dekat home theatre. Lepas tu complain tak dapat nak sewa or beli rumah.

Reminder to self - jangan jadi macam tu.

I rasa post ni agak ganas. But it's somewhat the truth.

Faramidi said...

agree. biar keje kutip sampah, kutip tin, jual tin, cuci longkang, drpd duduk rumah mengeluh nasib diri.
thanks, nice entry.

alynn said...

saya sokong