Salam
Bahasa adalah satu medium komunikasi yang utama. Tanpa bahasa, susahlah saya menulis di blog ini.
Bahasa ibunda saya (mungkin lebih tepat, bahasa ayahanda) saya adalah bahasa melayu. Sejak kecil saya bercakap bahasa Melayu, kemudian masuk sekolah dan belajar bahasa Inggeris. Di rumah, bahasa yang digunakan adalah bahasa Melayu... sikit-sikit bahasa Inggeris dengan kakak dan abang... Sebab itu saya ini kurang mahir berbahasa Inggeris... Sejak datang sini baru betul-betul menggunakan bahasa tersebut.. kerana itulah bahasa Inggeris saya lintang pukang... saya juga belajar asas bahasa Arab kerana pernah bersekolah agama.. juga bahasa Mandarin.. yang saya tak ingat apa-apa...
Apapun.... saya sungguh sayang Bahasa Melayu... sekalipun, saya tidak menyertai tunjuk perasaan menentang PPSMI...
Dan...
Saya mula merasa muak dan meyampah dan rasa nak berkung-fu (mungkin patutnya bersilat) dengan sesetengah manusia yang terlebih pandai mengeja.
Ya... saya bercakap loghat utara...Dengan kawan-kawan utara, saya eja juga air sebagai 'ayaq'... lapar sebagai 'lapaq'... itu adalah loghat... ya.. loghat
Saya juga tidak kisah apabila kawan-kawan selatan mengeja kuda sebagai 'kude'... Kerja sebagai 'kerje'...makanan sebagai 'mekenen'...
Saya juga tidak marah apabila orang Terengganu merampas 'g' orang utara.. sehingga kami menyebut kambing sebagai 'kambin', kucing sebagai 'kucin'.. dan mereka menyebut makan sebagai 'makang', minum sebagai 'minung'
Tapi... saya pantang betul dengan arus kemodenan melampau...
Situasi 1
A: berapa harga buku yang kamu beli itu?
B: 12 jew...
Hah! Pertama, saya tak sempat nak bertanya Hitler berapakah harga seorang Jewish untuk dikaligandakan dengan 12. Kedua, kalau mengikut kelas perkataan yang betul, saya faham Jew adalah suatu agama dan bangsa... Satu itu sajalah... Nak darab 12 macamana?
Situasi 2
A: susah tak kerja itu?
B: x susah pown...
Sudah...... saya tahu perkataan 'pwn'... did u just mean that I've been pwned? Maka kalau mengikut konteks ayat tersebut, jawapan tidak susah itu adalah penipuan untuk mengenakan saya.. Ahhh.. apa niiiii?
Situasi 3
B: aq nak makan nasi...
"aq"? Saya tahu singkatan AQ digunakan untuk Al-Quran... Lalu, Al-Quran nak makan nasi? Panjang sangat kah 'aku' untuk dieja? yang pun tadi, rajin pula ditambah huruf....
Situasi 4
B: aq bese jew, ko chat kew?
Itu memang satu ayat yang saya tak tahu bahasa apa... tapi kalau dicuba tafsir...
aq= oklah, saya faham 'aku'
bese= apa tu? mungkin mahu eja 'besen' tapi tertinggal n
jew= yahudi
ko= oklah, kau
chat= msn? ym? fb? 'sembang' lah kira
kew= itu nama tempat di sini... di St Kilda...
maka... maksudnya
"aku besen yahudi, kau sembang Kew?"
jadi kalau saya perlu jawab... tak.. saya tak tinggal di Kew, jadi saya tak bersembang di situ...
dan kamu itu, apahal pergi jadi besen yahudi?
Banyak lagi contoh boleh diberi.. tapi saya tak hafal vocabullary bahasa baru itu... Tolonglah... saya ini kolot orangnya.. kalau mahu bersembang dgn saya.. guna bahasa Melayu atau Inggeris ya... Lain-lain.. tolong bawa translator...
nota kaki: saya tidak bermaksud meminta semua bercakap Bahasa Melayu baku... bukan kah saya sudah cakap saya tidak kisah bercakap loghat.. itu identiti..cakaplah kelate, ganu, minang, mami..jawo.. saya cuma tak berkenan dengan bahasa ciptaan yang terlampau moden sehingga tidak tahu asal usulnya dan menyusahkan kefahaman ramai... harap maklum.. oh satu lagi.. kalau saya tersalah eja... saya bukan mencipta bahasa baru atau pun mahu mencanggihkan perkataan... saya cuma... SALAH eja...
Minta maaf jika ada yang terasa.
Terima Kasih
Wasslam

Comments
haha..besen mai mana ntah
apa kuno2? besen ada dalam kamus dewan tau!