Assalamualaikum
Aku mahu bercerita... semalam aku makan durian!
Semalam, rakan serumah bernama Oya.. teringin nak makan durian... lalu beliau pun membeli... memandangkan aku si anak kampung ini tahu mengopek durian... maka dapatlah turut serta makan sama... secara percuma... heee...terima kasih Oya...
Ah... alangkah nikmatnya dapat makan durian.. alangkah teringatnya pada kampung halaman... Di Malaysia, lebih spesifik... Penang... Lebih spesifik, Bukit Mertajam.... lebih spesifik... Mengkuang... rumah aku dipagari pohonan buah tempatan... punya manggis, rambutan, langsat (Oya kata, kalau 'duku' ada 'dukung', 'langsat' ada 'langsang' tak? -_-"), betik, pisang, duku, rampara (pulasan tapi dah nak mati pokok tersebut, tak tahu sama ada masih berbuah atau tidak), ubi kayu (susah rupanya mencabut ubi kayu, pernah disuruh ayah kerana mahu diberi pada jiran mengandung yang teringin, takkan nak biar makcik tu yang mencabut pula), sawa, seghawa (buah mentega) dan juga durian.... itulah... seronok berumah di tengah dusun.. masih menikmati kasih sayang arwah tok wan sekalipun beliau telah sekian lama pergi...
Teringat kenangan mencari durian sewaktu musimnya... teringat si abang yang suka makan durian atas bumbung rumah tok... oh, teringat durian duri halus paling dekat dgn rumah yg susah amat dikopek, tetapi teramat sedap rasanya.... teringat juga kesedapan rangupnya durian mangkar yang hanya berpeluang makan apabila apabila ada dahan patah kerana terlalu berat menahan berat buahan yang bergantungan...
Dahulu.. waktu musim.. boleh lagi memilih mana buah mahu di makan.. banyak karenah, buah pokok ini suka.. buah pokok itu tidak... sekarang... hahaa... hampir 10AUD (aprox. RM30) sebiji... T_T
Sekarang kalau pulang ke tanah air pun hujung tahun... bukan musimnya... alahai....
Rindulah pada waktu itu....
Ada orang tak suka durian... busuklah katanya... ah, tak kisahlah... terpulanglah... aku tak suka taugeh, rasa macam plastik!
Comments