Cantik
Semua orang mahu jadi cantik bukan?
Terutamanya perempuan.
Sebab itu...
Ramai betul yang buat pembedahan sekarang
Plastik sana, plastik sini
Silikon sana, silikon sini
Cantik.
Sebab seperkara ini...
orang sanggup buat macam-macam
Sanggup berhabisan wang
Sanggup menahan kesakitan
Sanggup menjadi bahan kajian
Alahai cantik...
Cantik.
Sebab cantik jugalah terjadinya macam-macam perkara
Lelaki boleh hilang pedoman kerana si cantik
Cinta sejati dikhianati kerana si cantik
Maruah dijual beli kerana perasan cantik
Alahai cantik...
Tak cantik.
Ya... memang,ada orang tak cantik.
tapi mungkin hanya bagi kamu
yang tak cantik bagi kamu
mungkin cantik bagi aku...
Kamu? TAK CANTIK
Eh! Kata aku pula...
kalau aku cantik pun bukan untuk kamu ya!
Tak kisahlah...
Tapi...
Aku memang mahu jadi cantik
Lebih cantik daripada model iklan kereta
Lebih cantik daripada bintang-bintang yang kamu puja
Lebih cantik daripada puteri-puteri raja
Lebih cantik daripada bidadari syurga...
Dan kamu tidak tahu, itu adalah janji
Dari Dia yang Tercantik...
Comments