Skip to main content

Cita-Cita Saya

Waktu kecil dahulu, aku suka panjat pokok. Pokok rambutan banyak di sekeliling rumah, tapi yang kurang seronoknya ada kerengga, nanti kena ketit. Kadang tu lagi la, ada penyengat atau tebuan. Dulu tak ramai kawan, mak kata, jangan bagi biasa pergi menempek di rumah orang, jadi memang tak dapat lah peluang pergi rumah kawan-kawan macam orang lain. Kalau panjat pook, selalu rasa macam nak terjun, lepas tu keluar sayap dan terbang. Memang, dari dulu lagi, cita-cita aku, hanya mahu terbang… dan terbang…

Bila dah besar sikit, masuk sekolah, cikgu tanya nak jadi apa? Tak ingatlah apa yang dijawab… adala tu burung, power rangers, ahli silap mata etc… tapi yang macam dah lojik sikit tu, asalnya cakap nak jadi pensyarah, bila ditanya pensyarah apa, taktau. Lepas tu lama sikit, taktau la dari mana dapat idea, tapi ingat la, bila tanya pensyarah apa dah boleh jawab dah, pensyarah falsafah. Ya, FALSAFAH… haha… istilah falsafah tu bunyi macam best kot untuk lidah budak umur 7 tahun.

Dulu mak selalu marah sebab suka buat semak, suka gunting. Mak kata “adik, kalau jumpa gunting dengan kertas, habih penuh rumah” haha… lepas tu dulu, ayah pernah heran, sebab tiap-tiap minggu beli buku lukisan kadang berkali-kali. Lukis ka makan? Masa tu takda kesedaran sivik, guna kertas banyak, tak kitar semula pula tu. Dalam linkungan masa tu juga waktu duk berangan-berangan nak jadi pelukis jalanan, mak pun berpesan “belajar pandai-pandai, jangan kerja duk lukis ja, nanti besar jadi la doctor”. Lepas tu yang ingat, aku pun lukis la gambar pempuan bertudung dengan steteskop, mak pun gembiralah kerana telah diberi gambaran visual masa depan anak bongsunya ni.

Masa 6 tahun, ustazah tadika pernah suruh buat persembahan sajak. Lepas tu rasa macam suka baca ruangan sajak-sajak dalam majalah kanak-kanak, seperti asuh, kuntum, Disney etc. Bila dah darjah 4-5 tu, mula la perasan nak jadi sasterawan, mula la mereka tulis segala benda, sajak prosa dan puisi yang tak pernah jadi… merepek saja banyak, tapi satu file la jugak. Ingat lagi, file tu warna biru, mana pergi agaknya. Masa itu juga perasan punyai kefahaman yang tinggi, lalu bacalah segala buku cerita karya terulung (tak layan novel picisan tu! Berlagak bukan main!!!) seperti orang tua di kaki gunung, senjakala, ayahanda, awang sabdu dan tok guru, jibam, shit yg kontroversi tu pun baca, tapi kebanyakannya tak faham sangat pun. Perasan saja lebih.

Ada sekali tu, pergi kedai Pak Teh (kedai runcit dekat rumah), beli aiskrim. Lepas tu masa jalan balik rumah sambil makan aiskrim duk terbayang kalau dapat buat kilang aiskrim, seronoknya… tiba-tiba teringat juga iklan ice sculpture kat tv tu, jadi terbayang sculpture tu daripada ais yang boleh di makan. Sejak dari tu memang nak buka kilang aiskrim.

Masuk sekolah menengah, terus rasa nak jadi ustazah! Haha.. maksud sekolah agama kot. Tapi lama-kelamaan jadi tak ketahuan dah nak jadi apa. Lepas tu masa tingkatan 3, ingat lagi, duk mengarut-ngarut dalam kelas time cikgu takdak ka waktu prep tah, tiba-tiba datang idea nak jadi arkitek… rasa macam time tu ada buat menara straw bentuk A… herm, sebab apa tah tu… tak ingat… tapi rasa macam segala idea nak jadi pensyarah, sasterawan, ahli falsafah secara tak pastinya telah menyumbang ke arah keinginan untuk menjadi arkitek, jadi masa nak masuk tingkatan empat, mohon la bidang sains teknikal.

Tapi masa tingkatan dua, suka tengok cerita cina kung fu kat tv 2 yang petang-petang tu. Lepas tu rasa macam kostum-kostum mereka menarik, teringin pula nak reka baju. Lepastu pula ditambah dengan kedai baju sebulan yang dibuka bersama kakak. Haha.. sekejap saja, tapi seronok la benda fesyen ni. Dah rasa nak buka butik pula dah.

Dekat seberang jaya, ada perpustakaan yang aku suka pergi. Masa baru buka dulu excited ooo.. perpustakaan negeri, tapi tak adala besar sangat… tapi lepak di perpustakaan sangat best, tapi tula, tak boleh makan dalam perpustakaan. Taktau la sekarang macaman undang-undang, tak pernah dah lepak situ, hari tu balik pergi sekejap saja. Jadi terfikir la, kalau lah ada kedai kopi ala perpusatakaan kan seronok. Kedai kopi tempat bergosip tu, diubah jadi tempat org lepak dan membaca. Satunya, budaya lepak kedai kopi tu dah memang ada, tapi kalau la boleh dimanipulasi untuk semai budaya membaca, kan bagus macam tu… oh, hari tu dah sambung angan-angan ni dengan sorang kawan yang rajin melayan… hahaa… ada juga orang mau layan angan-angan.

Tapi sejak dah habis sekolah, dah memang tekad dahla nak jadi arkitek, dah dapat tawaran apa semua. Cumanya masa kat intec tu, suka la pergi kedai hardware section 18 kat shah alam tu, macam ada keseronokan luar biasa. Lepas tu dulu selalu pula ikut bapa saudara pergi Ace hardware. Ada yang besar dekat mid valley ka klcc entah, tak ingat. Benda-benda yang dijual di hardware sangat menguja. Datang sini, berkenalan dengan bunnings warehouse, best oooo pergi jalan-jalan bunnings… apa lagi, teruslah tertanam minat nak buka hardware. Nama kedai dah ada, “small people selling big things”… panjang sangat ka?, okla, nanti fikir lain…

Balik cuti, tengok abang buat construction macam best… rasa macam nak join dia jadi kontraktor pun ada. Tapi duk bayang nak pekik dekat mat-mat indon dan bangle, oh…hilanglah keayuanku… hahaa.. dakla, macam tak sopan la pula rasa… taktaula…

Now? Hermmm…. I’m a first year student, doing Master in Architecture. Tiba-tiba rasa macam tak larat nak jadi arkitek. Hahaa… habih tu nak jadi apa?

Suri rumah sepenuh masa. Hahaa!

Taklah, aku memangla rasa tak larat, lagipun masih belajar lagi sekarang… tapi kalau sebenar-benarnya ditanya dan ditanya… dan seikhlas-ikhlas jawapan…. Nak jadi apa?

Arkitek. 




Panjang betul mengarut. Terima kasih la siapa yang baca sampai habis tu.

Comments

Faraha Hamidi said…
hahaha. nice one.
indulging in childhood innocence is so my camp. once i dreamt of becoming a "wonderwoman", the cartoon. haha. my parents used to ask me about that ambition every other time just to muse them. hehe.

masters in archi? wow. brilliante! good luck!
Unknown said…
haha.. wow! wonder woman?! that is so sexy... muahaha!

tq, faramidi!
Anonymous said…
yup abis baca..
interesting..it is so u...
all the best ;-)
muslim architect in the making..definitely right?

k hana
Zada said…
apeng nak jadi arkitek since darjah satu hmmmmmm no turning back (-_-") selalu fikir tak larat tapi rasanya kalau takde architecture susah gak nak teruskan hidup hehe. salam sejahtera :D
Unknown said…
heeee... terima kasih kak hana, inshaAllah..ke arah itula hendaknya.

OMG Apeng, advance nya u! as tak igt kalau as kenal perkataan 'arkitek' masa darjah satu... haha... tp tula, kita komplen2, tapi architecture juga di hati~
ztie said…
hai! terserempak dengan u punya blog! nak tanya. master kat ne ni? dulu study kat ne?
Unknown said…
hi,

dulu study RMIT University

and master kat tempat yg sama:)
ztie said…
erm..okla tu. er.. ada suggestion on archi? archi ni ada text book ke? or.. just subjektif? drawing skill perlu mantap ke? biasanya kalau 1st year dah design ke for dig or deg?
Unknown said…
as far as I'm concerned, it really depends on the institution... some uni only teach basic stuffs to first year students, like in RMIT we have design studio since first year of degree.

dwg skill tak kisah sgt. lgpun now byk guna software but if u're good at it, it'll be an advantage.

no, we don't really have a text book as our references cut across disciplines... but we do have must-have books like metric handbooks... and other great books of your own particular interest.

Popular posts from this blog

Asrama

Oh, my dear nephew is enrolling to Maahad today. Oh, I could see his murky face when he kissed me goodbye… Sorry dear, makcik tak hantaq, malas nak menyempit kereta… the thought of being sent away from home for the first time must be dreadful… oh, I know it well… masuk asrama memang tak best. Anyways, you’re a boy, you must do well… It reminds me of my first day being away from home. I rushed for a shower the moment I saw my ayah’s car left the school yard. It was still early for a late noon shower, but all I wanted was just to cry (out of anyone sights, since that I found shower is a great place to shed my tears)… haha… I couldn’t sleep at nights, found it so hard to make friends and follow the rules… For a year, I scribbled everywhere a note ‘ adik nak balik, adik benci asrama ’… wishing that my parents would read and get me out of there… hahaa… Oh, I made it through though… Eventually, a bunk bed did give me some good sleeps, I made lot of friends….oh, but I never really succeede

Transition

Sometimes I wonder if I would still blog after I go back for good since it always turns out that I don’t really blog whenever I return to Malaysia. I’m back in Melbourne again. Despite everything I said about this place. I'm always thankful that I’m studying here. 8 hours is long enough, can’t imagine going further. Let alone going back during a short winter break like I just did. Haha… However, regardless how good Melbourne is, coming back here is never easy. It is not the place, it’s the transition. Travelling is tiring. Yes, like yesterday, I had to take two flights, one from Penang to KL, then KL to Melb, it is a lot more tiring for someone like me who could barely sleep in a plane. That’s why I enjoy traveling during the day and taking a window seat. I enjoy day dreaming while staring at those fluffy white clouds. Haha.. Weather change changes everything. I had never went back during winter before. So that was my first time experiencing an abrupt change from a

Creepy Me in my Poems

For the first time in my architecture-life, I'm bringing my poems into architecture. What's more interesting is, I use my poems in their original form, by this I mean, in Malay language. Now everybody in my class knows how Malay language sounds like. ahaha... The project is pretty much investigating the space between poems. The atmosphere of hearing two poems recited simultaneously. Sounds that make space, space that's defined by sound. Seriously, I don't really know how it'll work out... but hey, just having some experimentation with stuff a bit off-architecture... a break from my headache major project. Plus, I kinda enjoy making people listen to my poems without expecting them to understand a word... rather then, reciting to a bunch of people who understand but couldn't 'appreciate' them... and yeah, I receive some flattering comments from 'mat-salleh' course mate like... "when something is well written, even you can't understand it..