Sunday, January 17, 2010

"anak pakcik nak hidup lama lagi"

Situasi 1
Encik-saya-tak-kenai: Din, anak pempuan hang yang kecik tu belajaq mana?
Ayah: Oh, yang tu duk mengaji kat Ostolio (Australia)
Encik-saya-tak-kenai: Hang buleh biaq anak hang mengaji sekolah-tempat orang kapiaq (kafir)!

Situasi 2
Seorang bapa sanggup membiarkan anak-anaknya tidak bersekolah. Alasan, tidak punya cukup wang untuk membayar yuran sekolah bukan kerajaan. Apabila ditanya mengapa tidak dihantar ke sekolah kebangsaan, katanya… “tu sekolah sekular, sekolah kapiaq!”

Situasi 3
“Anak aku takpa, mengaji sekolah blajaq tauhid-feqah sudah, besaq esok dia ambik alih bisnes aku saja, dpd dok p skolah kerajaan” – sekolah tersebut tidak langsung menyediakan mata pelajaran akademik seperti matematik, sains, bahasa inggeris dll.

Before I proceed, I would like to state that I’m neither pro or against any political movement… I’m writing my personal views; my thoughts are generated through my observations and others opinion. And if I were to really write about this, well… it could turn out to be a never-ending essay… so I’ll try to make it brief, in exchange… there might me some misunderstandings… and I wish that, nobody will get butt hurt about this!

Macam nilah…

1
Encik-saya-tak-kenal, memanglah… Australia atau negara2 barat atau negara2 bukan islam bermajoritikan orang kafir. Tetapi, belajar di negera demikian tidak menjadikan seseorang itu kafir. Sungguh, di mana kita berada mempengaruhi kekuatan Iman kita, tapi berada di Malaysia tidak menjamin kesolehan peribadi muslim. Saya melihat begitu ramai teman-teman sepengajian, di negara2 demikian lebih dekat dan kenal dengan al-quran, lebih mengenali hadith dan sunnah rasulullah… bahkan ramai di antara mereka, semakin dekat dengan agama setelah merantau di sana… tidak kurang juga muda-mudi kita yang rosak agamanya sekalipun tidak pernah ke negara ‘kapiaq’. Lagipun, hidayah itu milik Allah… dianugerahkan kepada sesiapa yang dikehendaki, tak kiralah di hutan belantara, di tgh-tgh kota orang kafir mau pun di mana2…

2.
Pakcik… dengarla nasihat saya baik-baik… Pertama sekali, kita tak boleh mengkafirkan orang sesuka hati… apatah lagi selagi orang itu sah-sah mengucap dua kalimah syahadah… saya tidak menyebelahi mana-mana parti… tapi saya sedih tgk anak-anak pakcik… kesian kat depa… depa kalau tak mengaji sekolah, nak jadi apa? Pakcik dah la susah, pakcik nak anak-anak pakcik susah macam pakcik ka? Memang la system pendidikan kita ni ada kelemahan, tapi saya rasa sudah cukup baik utk menyediakan masa depan yang lebih sempurna untuk anak-anak pak cik… ramai dah orang mengaji sekolah kerajaan, tak jadi kapiaq pun… duk Islam lagu tu la…Alhamdulillah… kalau pakcik rasa sekolah kerajaan tu kapiaq, pakcik lepas ni jangan guna jalan raya la pakcik, kerajaan yang buat tu… nanti kapiaq pulak… saya ni tak sebelah mana-mana parti.. tapi saya ingat la masa kecik-kecik dulu, ada poster kat stesen bas dekat rumah… ada gambar nik Aziz, lepas tu ada slogan “bagi gula, ambil…bagi kain, ambil…bagi undi, kita pangkah bulan” … lebih kurang macam tu la… jadi, pakcik..pakcik nak pangkah mana pun pangkah la.. tapi anak-anak pakcik tak sekolah tu nak jadi apa? Nanti depa duk nganga dah tu p hisap dadah.. baru pakcik tau.. lagi satu, apa pakcik ingat kalau depa tak p skolah, boleh esok besaq nak ambik alih kerajaan ka? Dah dok kata kerajaan la kapiaq, suruh la depa ambik alih.. tapi mcmana nak ambik alih, sekolah pun dak? Pakcik dah tua… anak-anak pakcik, jauh lagi masa depan… bawak-bawak la pikiaq pakcik oi..

3.
Encik bisnes berjaya, if you are so religious, you should know that rizq is in Allah’s hand. How could you guarantee that your business will last until tomorrow? And think of this, how on earth is your son/daughter is going to run your business if he doesn’t know any math? And even if he knew (yala, boleh belajar sendiri) but don’t you expect your business to grow? Don’t you think that it’s good on him to have more knowledge and skills? Encik jangan salah faham, bukannya saya menolak pentingnya belajar agama… penting sangat… tapi kurang-kurang, sekolah rendah ni… bagilah dia belajar lebih sikit… I’m not condemning sekolah agama rakyat… it’s quite a lame issue, anyway… ada banyak sekolah agama rakyat yang bagus… but still there are some crappy schools out there… trust me about one thing, even if you’re a successful businessman, that doesn’t make your son/daughter as same as you… he/she might have other dreams/ambitions… and if that happened, your son/daughter will grow up resenting you for that…

Look…

I’m not saying that studying overseas or having great achievements in secular fields will make you a better person, no; it’s never like that… in fact, a-high-doctorate degree from the world’s best university couldn’t buy you paradise… but all I’m trying to say is that… we Muslims have to fight for our future, acquiring various knowledge and skills is important, we need doctors, engineers, architects, accountants, lawyers as much as we need shaikhs, muftis and imams… we keep hearing whines of how we’ve been manipulated by the west…Forgive me for my profanity, but acting victim is bullshit...but how on earth are we going to rise from this fall if we ‘tgk orang putih pun perak nak mampuih!’ Let alone to stand up against them. .

Nanti ada orang kata… “yang hang dok sebok2 pasai anak orang pasai pa?”… Saya bukan sebok pakcik-pakcik sekalian, nanti kalau saya jadi menteri hal ehwal keluarga dan wanita, anak-anak pakcik kafirkan saya pulak, lepastu… saya juga kena bela nasib cucu-cucu pakcik yang terabai…

Dalam otak ni banyak benda nak kata, tapi tak apalah.. saya sudahlah dulu… saya balik dulu, assalamualaikum!

5 comments:

enjelinajolipit said...

mentaliti. susah nak ubah. dulu dia sekolah mana agaknya...sebab mak bapak, masa dpan anak2 jugak tegadai

Ariff Arifin said...

hahahahaha~ the 1st one is funny..

hey.. is that real conversation? hehe~

KIAMBANG said...

sungguh bagai di kata cik enjelina...
yes mr ariff, all the above are real...

Pok Kam said...

Salam,

Sad isn't it? It will take years to change one's perception or worse still - never. Still there's hope for the younger generation but futile and pointless if being blocked by their "well-meaning" parents.

KIAMBANG said...

wslm Pok-Kam
indeed.. very sad... i guess it's a long way to go... *sigh~*