Wednesday, January 21, 2009

OBAMA

Yaa..Sekarang dia sudah bergelar presiden, nanti dulu... Lihat siapa disekelilingnya... Orang bilang, jika mahu kenal siapa diri kamu, lihatlah orang-orang disekelilingmu....

Hillary Clinton - Secretary of State
Mungkin kembalinya ke White House mengimbas kenangan lamanya di situ sebagai First Lady dalam lingkungan tahun 1990an. Jangan lupa pentadbiran Clinton yang sungguh militan dan polisinya yang brutal. Semasa berkempen dahulu Obama sendiri bercerita betapa HC mendokong perang ke atas Iraq bahkan HC sendiri semasa berkempan lterang-terangan enggan bertolak ansur terhadap isu Iran. Aduhai sayang..

Robert Gates - Defence Secretary
Jawatan dikekalkan semenjak pentadbiran Bush. Bahkan pernah menjadi Direktor CIA. Bos lama takkan dilupa..

Rahm Emanuel - White House Chief of Staff
Pro-Israel tegar!!

John O Brennan - Adviser on Intelligence Matters & Co-leader of Obama's transition team
Semasa pentadbiran Bush, Brennan mendokong tindakan menangkap dan menyiksa tahanan di tempat rahsia seluruh dunia sebagai kaedah penting penyiasatan. Huh??!!

General James Jones - calon National Security Advisor
Merupakan teman rapat Mc Cain dan terang-terangan menentang sebarang rancangan menarik keluar tentera Amerika dari Iraq.

Ramai lagi dalang-dalang lama Bush dan Clinton disekeliling Obama termasuklah Robert Rubin dan Lawrence Summers. Sudahlah, wahai dunia, jangan gembira tak terkata, lihat dari tindak dan kerja. Sungguh rakyat Palestin lebih realistik, bila ditemuramah tentang Obama, mereka langusng tak punya harap, kerana bagi mereka pemimpin Amerika semua sama. Apapun, moga keajaiban berlaku dengan izin tuhan..moga polisi tidak menjadi basi dan biar siapa pun disekeliling dia tetap menerusakn misi..Namun..eloklah jangan terlalu berharap...

2 comments:

Pok Kam said...

Salam,

Nice observation. Let's not get carry away too much yes? Remember Bush - what he was pre and post 9/11?

BTW good luck in your studies.

~Ki@MbaNg~ said...

Wslm...
Yaa, i believe that Bush himself got somethg to do with 9/11 itself..
thanks