PENAT
Sesat di rimba penuh ranjau
Janggal pada redup semuanya hijau
Rindu pada lampu
Bosan, benci, sakit hati bagai nak keriau
Kejut budaya rimba
Asing, lebih dari sumbang si kera
Memang rasa diri sebatang kara
Bicara: Ah! Ini hanya mula
Tamatnya entah bagaimana
Sedang yang dirasa hanya seksa
Pohon besar, akarnya menjalar-jalar bak ular
Biar batang boleh dibuat bersandar
Tapi tersadung lalu bercalar-balar
Aduh! Pedihnya bagai dikelar-kelar
Bedebah! Mau saja ditebang dan dibakar
Bicara: Sabar! Sabar!
Bila matahari tenggelam
Malam pastinya hitam
Datanglah nyamuk menerkam
Mujur bukan harimau membaham
Kaki lenguh, urat terseliuh
Sesaat mengeluh
Sesaat mengaduh
Badan hanyir bau peluh
Sudah, jangan nak mencemuh
Tunggu saja menjelang subuh
ASR’22092007- 11 Ram 1428, Melbourne
*herm..puisi kali ini temanya lain sikit dari tema2 biasa posts kat blog ni..huhu.. ni sekadar monolog dalaman seorg pelajar archi yg kerjanya bertimbun...kerja design yg begitu byk... puluhan drawings belum siap..bila buat asyik silap...penat la jugak! huuhu...
Comments
hati hancur
sedih kerana dunia
sedih lagi kerana akhirat
silap dalam design
tak kuhiraukan
silap dalam langkah mengetuk hati
lebih ku takuti
jangan pergi
jangan..
antara dua jalan
jalan itu tak mungkin sama...
jangan...tolong...
kerana, aku sayang kamu...