Skip to main content

Senibina Islam Dari Sudut Pandangan Kasar Seorang Pelajar Senibina Tahun 3

Apabila ‘senibina Islam’ atau Islamic Architecture dibawa bicara, gambaran utama pada kebanyakan minda adalah reka bentuk bangunan dengan megahnya kubah, ukiran-ukiran mewah, menara gah dan motif bintang. Perletakan imej Islam pada elemen-eleman harfiah (literal) ini secara tidak langsung telah mewujudkan sekularisme dalam senibina.

Islam itu sendiri bersifat syumul, pengaplikasiannya mampu bahkan harus wujud dalam semua hal termasuklah senibina. Pencemaran wajah Islam yang berlaku hari ini telah menjadikan aplikasinya dalam senibina bersifat materi dan hanya pada gapaian mata kasar sahaja. Sedangkan aplikasi nilai yang seharusnya dimaknakan dalam sesebuah rekabentuk itu dipandang lupa. Arkitek-arkitek Islam tidak ramai yang mampu ketengah bersama imej Islam, menjadikan rekaan senibina sebagai medium dakwah. Bahkan seorang arkitek yang tinggi fikrah Islamnya apabila bicara tentang senibina sukar menghubungrangkaikan rekaan dengan Islam tanpa melibatkan unsur-unsur materi. Pengaplikasian unsur-unsur materi seperti motif bintang dan kubah juga pada masa kini tidak lagi mengambarkan identiti arkitek tersebut sebagai Islam kerana sudah ramai arkitek-arkitek bukan Islam yang turut mengguna pakai unsur-unsur sedemikian. Di mana istimewanya kita?

Senibina Islam itu harus wujud pada nilai dan fungsi sesebuah rekaan, bukan pada unsur semata dan arkitek peranannya bukan sekadar mengisi alam dengan hutan besi dan batu yang luar biasa rekaannya tetapi melestari kesejahteraan manusia dan semesta.

Apabila membicarakan tentang nilai, nyata sekali Islam itu dipenuhi dengan pelbagai nilai-nilai murni. Bahkan semua nilai murni itu adalah Islam. Sungguh menyedihkan apabila hari ini nilai-nilai murni tidak lagi dilihat sebagai nilai Islam lantaran orang Islam sendiri jauh dari pengamalannya. Sebagai suatu contoh mudah lagi dekat, bersih. Islam itu agama yang menyeru kepada kebersihan dan keindahan. Maka apabila sesuatu bangunan itu direkabentuk supaya tampak bersih dan mudah dibersihkan, maka secara maknawinya, sudah ada pengaplikasian senibina Islam di situ.

Dalam memburu kemajuan, pelbagai bangunan gah semakin hari semakin bercambah. Namun adalah menyedihkan apabila wujudnya sesetengah bangunan hebat ini secara diam mencambahkan benih-benih kasta dalam masyarakat. Orang-orang besar dengan rumah-rumah agam di tengah taman hinggakan tiada terintai oleh rakyat golongan biasa. Kemewahan binaan telah memisahkan raja dan rakyat, menjauhkan pemimpin dari pengikut, menjadikan yang kaya semakin bangga dan yang miskin semakin hina. Nilai mulia kejiranan turut terbunuh dek tembok-tembok gah dan lorong-lorong payah yang memisahkan sesebuah rumah. Walaubagaimanapun, bukanlah menjadi halangan untuk berumah besar, lebih besar daripada rumah orang lain jika sumber belanja modalnya halal, namun perancangan sesuatu binaan itu harus mengambil kira implikasi sosial terhadap kawasan kejiranan bukan sekadar ‘building site context’ semata. Pelestarian nilai islamik kejiranan juga terutamanya dalam perancangan bandar dan kampung pastinya dapat menyumbang ke arah perpaduan yang kita semua harapkan.

Selain itu, dalam perlumbaan merekabentuk bangunan hebat, belanja yang besar ditabur hambur semata-mata untuk sebuah bangunan yang kadangkala hanya berfungsi untuk sekali dua dalam setahun. Sedangkan di hujung kota ada insan yang tidur di bawah atap bocor setiap hari. Pembaziran melampau sekalipun untuk binaan rumah ibadat atau masjid adalah tidak wajar bahkan harus dijauhkan.Apa guna jika masjid dibina dengan gah lagi hebat, tetapi saban masa lengang daripada ibadat. Bahkan pengadaan dekorasi melampau masjid menjadikan kita sama seperti kristian dan yahudi yang menghias gereja dan rumah-rumah ibadat mereka. Mereka juga gemar menghasilkan monumen-monumen atas nama agama. Maka apa bezanya kita dengan mereka?

Di banyak negara maju, sustainable architecture atau senibina mesra alam sudah lama dibawa pakai dalam rekabentuk. Senibina jenis ini menjadikan alam sekitar sebagai fokus utama sesebuah rekabentuk. Setiap sesuatu keputusan yang diambil dalam reka dan bina mengambil timbal kesan terhadap alam sekitar untuk jangka panjang terutamanya merujuk kepada pemanasan global yang semakin menjadi-jadi. Sungguh memalukan apabila pelestarian alam sekitar dari sudut senibina ini tidak teramal oleh orang kita yang agamanya menuntut supaya menjaga alam sekitar.

Antara pengaplikasian murni sustainable architecture adalah dari sudut fungsi ruang. Unsur ruang fleksibel atau serbaguna diaplikasi bagi meminimakan saiz binaan dan memaksimakan penggunaan ruang. Sesuatu ruang itu boleh diguna pakai untuk pelbagai fungsi dan tidak terbiar pada suatu jangka masa tanpa fungsi. Aplikasi ini seharusnya mampu wujud sekalipun dalam binaan masjid. Sebagai contoh; sebuah masjid yang direka untuk memuatkan 500 untuk sekali waktu solat pastinya akan lengang tanpa guna diluar waktu solat. Jika ada yang menggunakan ruang solat, mungkin hanya sekelompok lima atau enam orang. Pengaplikasian ruang fleksibel dengan keupayaan meletakkan dinding pemisah boleh laras bagi mengecilkan ruang dan dijadikan fungsi lain misalnya untuk kelas-kelas atau ruang rehat bagi musafir meningkatkan fungsi masjid itu sendiri sekaligus mengelakkan pembaziran ruang. Pada waktu-waktu lain, masjid juga boleh dijadikan dewan mesyuarat setempat tanpa perlu mewujudkan dewan serbaguna yang asing. Menjadikan masjid sebagai pusat himpun atau dewan am sesebuah kawasan juga meletakkan limitasi terhadap program-program sosial yang dianjurkan. Jika lokasi penganjuran sesebuah majlis adalah masjid, maka kecenderungan wujudnya unsur munkar dalam majlis tersebut sudah pasti dapat dielakkan.

Namun begitu, penulisan ini bukanlah menolak secara total aplikasi unsur motif dan lahiriah yang cukup sinonim dengan senibina Islam. Sebaliknya menegaskan bahawa pengaplikasian senibina Islam adalah luas seluas Islam itu sendiri. Cukup kesal apabila sesebuah bangunan itu senibinanya dikatakan berasal dari Islam, kelihatan sungguh islamik tetapi di dalamnya menjadi sarang kemaksiatan. Misalnya bangunan yang asalan reka plannya dari bintang lapan yang melambangkan islam tetapi di dalamnya diisi dengan kedai arak dan judi, juga sarang-sarang maksiat untuk muda-mudi. Ruang sesuai solat juga hanya wujud pada satu tingkat untuk keseluruhan 60 tingkat yang ada. Islamikkah begini?

Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan sedang menuju maju harus mula memandang serius aspek senibina. Resam dunia juga telah menjadikan binaan-binaan sebagai ukuran tamadun dan modenisasi sesebuah budaya. Sebagai sebuah Negara islam, neraca ukur ini harus dimanipulasi untuk maju bersama identiti bukan sekadar bangga apabila menara tercatat dalam senarai tertinggi tetapi tiada gambaran identiti Islam yang dicanang setinggi menara itu. Arkitek-arkitek serta individu alam bina harus tahu apa yang mendominasi pembinaan mereka. Janganlah sekadar mengejar untung dan nama semata sedangkan dalam masa yang sama peluang dakwah itu wujud di depan mata.

Comments

Anonymous said…
d
a
h
s
y
a
t
Pok Kam said…
Salam,

A nice, "eye-opening" article which sadly is true in our local architecture scenes. Like the the commentator before me - dahsyat!
Anonymous said…
wslm
Thanks fira, thanks pokkam...
Hopefully, one day I'll be able to change this sad reality...
Anonymous said…
anda mungkin boleh menulis sebuah buku dengan hanya berbekalkan idea di atas. lakukan sedikit penjelajahan ke nagara asing yang lain, seperti Europe dan middle east dan rasai sendiri. rasanya kesedaran seperti ini yang negara kita perlu ketika ini untuk sebuah revolusi.
hanya sekadar cadangan.
isu ini boleh di perluaskan dengan sedikit sentuhan tentang isu perkauman atau pun agama lain untuk menjawab persoalan tentang bagaimana mengaplikasikan idea di atas berlatarkan kondisi malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk dan pelbagai agama yang dilihat scara kasarnya diadili berdasarkan bangsa. bukan menyerang, tetapi satu cadangan sebagai titik mula untuk mematahkan pendapat rakyat dan juga orang atasan yang sering mengunakan imej islam untuk bermegah (seperti dinyatakan di dalam post di atas).
Assalamualaikum wbt.

Apa itu seni bina Islam. Bagi saya arkitek yang membuat masjid berjaya apabila seni bina beliau itu bermanfaat bagi manusia, ya memudahkan urusan manusia.

Masjid yang berkubah besar tetapi menyukarkan manusia untuk tidur di dalamnya kerana bentuk seni binanya adalah satu masjid yang kurang Islami kerana ia tidak memudahkan orang untuk ibadah.

Popular posts from this blog

Transition

Sometimes I wonder if I would still blog after I go back for good since it always turns out that I don’t really blog whenever I return to Malaysia. I’m back in Melbourne again. Despite everything I said about this place. I'm always thankful that I’m studying here. 8 hours is long enough, can’t imagine going further. Let alone going back during a short winter break like I just did. Haha… However, regardless how good Melbourne is, coming back here is never easy. It is not the place, it’s the transition. Travelling is tiring. Yes, like yesterday, I had to take two flights, one from Penang to KL, then KL to Melb, it is a lot more tiring for someone like me who could barely sleep in a plane. That’s why I enjoy traveling during the day and taking a window seat. I enjoy day dreaming while staring at those fluffy white clouds. Haha.. Weather change changes everything. I had never went back during winter before. So that was my first time experiencing an abrupt change from a...

2

Well, 2 posts in a day... the reason is.. well, no particular reason, my previous post was on the world current issue and this is on my current issue.. it's a warm summer night which restrains me from shutting the window and makes the free melody from the jazz club next door sounds louder than ever... I was really trying to do my tech assignment, trying to figure out the structure and bla..bla..bla.. but sticking my brain on that for the whole day really exhausts me...so, i decide to write a post... Last night, i had a chat with a friend, Malaysian Chinese who is a christian, well, i consider him as a religious christian as he himself proclaimed that he is religious. Anyway, religious or not, that wasn't my main concern.. But, what was really provoking is that he proudly announced that he loves Israel. I know, everyone has own right to side in any side he prefers. But, for him who is, I suppose should be able to see right from wrong, shall be able to tell who is the villain and...

Against all odds...

I haven't written about school in here for moons... So, I have a couple of things to share... To begin with, I'm currently doing a design studio called Woven... The studio is basically about making beautiful building.. well, it does sound very general.. Every studio sort of has that intention... Anyway, but the different is, what is behind the design.. I mean, the driving idea... because it could be, the site, programs, occupants etc..etc... but for this studio.. It focuses more on the structure... How does the structure influence the design in making it a good and beautiful building... It's about the relationship between the structure and ornaments.... does structure itself serve as the decorative element of the building.. or is it traditional and the decorations stay independent from the structure... It is a decision to be made... Initially, I was really excited about the idea of making the structure ornamented and beautiful.. so instead of serving as structure, it could...