Puasa.
Bulan puasa begini rindu sama keluarga menjadi-jadi. Kalau boleh tiap-tiap hari nak telefon mak, Tanya mak masak apa. Siapa buka puasa di rumah, kak long bang ngah bangki semua balik ka? (abg ngah rumah sebelah tu boleh kira kategori ‘balik’ kah? Mak masak enak-enak untuk iftar di Al-Qayyim.. hari itu mak masak gulai tulang dengan sambal belacan yang best. Semalam telefon mak buat ayam masak cabai (bahasa standard ayam masak merah kot), resepi baru mak kata. Terkenang anak2 saudara duduk melukut kerumun makanan sementara tunggu tok siak ketuk gendang. Oh, tapi sekarang mereka sudah besar-besar. Tiga tahun sudah tidak berpuasa bersama. InshaAllah kesepatan hanya akan tiba selepas 2 tahun lagi. Moga usia kita dipanjangkan untuk kebaikan.
Tetamu.
Dapat berita, ada tetamu tak diduga datang bertandang. Oh, cerita lama. Cerita hati yang luka. Cerita fitnah yang menguja. Terima kasih ya tuhan, hantari aku jauh-jauh ke sini. Sungguh, Dia tahu yang terbaik utnuk hambanya.
Rumah.
Bagi yang pernah sejenak bernafas di desa, seharusnya tahu betapa indah suasananya. Sungguh. Rindu amat pada suara desa. Pada hiruk pikuk yg hanya terbuak dari lintasan motor kapcai sekali sekala. Rindu dengan suara azan dari masjid berdekatan. Rindu dengan jeritan jiran datang minta sedikit daun pandan untuk di buat haruman. (oh, teringat Long Bedah…dengan motornya yang cool…) Rindu dengan senyuman bebas maksud tersirat. Dan rumah.. rumah kampung yang kian tua..mungkin menjangkau 40 tahun sudah. Ruang-ruang simple tanpa perabut dan dekorasi mewah tetap mesra suasana. Enak bersantai di tikar mengkuang sambil sembang petang dengan keluarga tidak sama dgn ambal tebal yg dingin dan sebal.
Melbourne.
Sebenarnya harus banyak syukur. Nikmat kemari galang gantinya rindu di hati. Tapi bukankah dengan izin tuhan esok mungkin lebih sempurna. Lagipun… bukan kah disini.. di sini telah ditamu sebuah cinta yang memudar saat di Malaysia. Puasa di sini juga indah. Sungguh tiada masakan mak yang hebat itu, tapi masih berbuka dengan senyuman bersama sahabat handalan. Tarawihnya.. mashaAllah. Pasti..pasti.. pasti menjadi rindu pabila kembali ke tanah air…
Masak.
Balik kepada cerita telefon emak. Tanya resepi. Haha.. resepi bihun mak yg sedap itu tapi semalam buat cara lain.. Fusion dgn resepi kawan-kawan maka rasanya lain tapi sedap juga. Tanya resepi kuah kacang, nasi daging dsb untuk majlis iftar. Terlau banyak bertanya sehingga mak pun berkata, semua tak reti macamana nak kahwin? Eh! Pula! Sbb mahu belajar la bertanya ni mak.. Lagipun bukan semua tak reti, Cuma nak masak yg lain pula.. lalu diungkit mee kuah yg pernah dibuat dengan jayanya sewaktu pulang ke Malaysia hari itu (cubaan kedua krn pertama kali buat di sini kurang jadi.. di malaysia ketam murah..hhehe). Dan ayah memuji-memuji tidak jemu.Ah, memang unexpectedly berjaya.. hehe.. Bila dikata sama emak, mee kuah sudah terer..lalu mak pun membalas..”kembung la laki adik bg makan mee kuah tiap2 hari”.. laaa… sapa nak buat tiap2 hari… “payah sgt, adik tak reti dia la masak, mak” ujarku..
Kaklong.
Kaklong dari segi istilah berasal daripada frasa Kakak Sulong dan dari segi makna merujuk kepada anak sulung atau anak pertama yang dilahirkan dalam sebuha keluarga. Dan kakak mengikut pengertian bahasa melayu Malaysia adalah panggilan hormat kepada perempuan muda yang lebih tua yang belum sesuai dipanggil mak walaupun kadangkala perasan tidak sesuai. Ok. Tak ada apa-apa.. Cuma rindu.. rindu amat sama Kak Long.

Comments
encik aris, trima kasih