Terasa lama tidak mengomel cerita di sini... Walaupun hakikatnya tidaklah begitu lama... Tidak pasti juga apa mahu aku kisahkan... Secangkir kopi di atas meja masih panas.. dan sepotong kek keju baru sedikit terusik.. aku sungguh mahu menyambung kerja semalam... hari pembentangan sudah tidak lama... namun sakit-sakit belakang akibat terbongkok-bongkok membuat model semalam masih garang berbekas... mungkin berhenti seketika bermodelan~
Saat rindu masa lalu bertamu... terimbau zaman kanak-kanak... Suatu masa dahulu, aku pernah ditegur ibu kerana doakan sesuatu yang pelik sungguh.... untuk memulakan cerita, aku semasa kecilnya tidak punya ramai kawan... mahu bermain di rumah teman adalah suatu tegahan... maka dengan duniaku... memanjat pokok rambutan dan bermain dengan semut dan ulat.... cuma aku punya keinginan... aku ingin punya sayap.. kerana aku ingin terbang...
Maka suatu hari, aku berdoa (mungkin dengan nada yang kuat maka ibu bisa dengar)... memohon pada Tuhan agar aku dikurniakan sepasang sayap.... Ibu menegur,, aku tidak ingat apa yang ditegur...
* * *
Sekadar 'snippet' dari kenangan...Saat rindu masa lalu bertamu... terimbau zaman kanak-kanak... Suatu masa dahulu, aku pernah ditegur ibu kerana doakan sesuatu yang pelik sungguh.... untuk memulakan cerita, aku semasa kecilnya tidak punya ramai kawan... mahu bermain di rumah teman adalah suatu tegahan... maka dengan duniaku... memanjat pokok rambutan dan bermain dengan semut dan ulat.... cuma aku punya keinginan... aku ingin punya sayap.. kerana aku ingin terbang...
Maka suatu hari, aku berdoa (mungkin dengan nada yang kuat maka ibu bisa dengar)... memohon pada Tuhan agar aku dikurniakan sepasang sayap.... Ibu menegur,, aku tidak ingat apa yang ditegur...
* * *
Cumanya.. menjadi kanak-kanak itu sememangnya naif... sungguh aku tidak pasti apa tujuanku mahu terbang... mungkin supaya aku bisa memanjat lebih tinggi dahan pokok rambutan dan makan buahnya yang lebih ranum.. atau mungkin mahu memanjat pokok manggis yang susah sungguh untuk dipanjat... apapun.. doaku pada masa itu mungkin sungguh harfiah (literal)...
Namun tuhan itu maha mengerti... Dia tahu apa yang anak kecil itu perlu sewaktu anak itu merasa dia mahu... Mungkin aku ingin terbang secara harfiahnya... tetapi apa yang perlu untuk diriku adalah terbang secara maknawi... Dan sungguh hari ini... aku mengerti....
Terima kasih oh tuhan... mungkin sayap ku ini kecil.. tetapi suatu hari nanti... akan melebar menjadi kuat dan teguh.... Mungkin aku juga masih tidak bisa betul-betul terbang... namun.. aku sungguh tidak akan pernah berhenti mencuba.. dengan izinMu pengurnia sayap....
Sedang mencuba terbang~ :) Doakan sayapku tidak pincang...

Comments
terharu nye bace..
amin..
tapi t terbang la kat area2 klang..
ni xsmpai lagi klang,
dh g aus dulu..
haish~~