Hari ini... daku isytiharkan sebagai hari kena potong
Begini ceritanya....
1. Daku ke RMIT mahu me'laser cutter' sesuatu... sudahlah daku datang terlebih dahulu... tunggu punya tunggu.. 'sebuah' perempuan telah mengambil kesempatan dengan menggunakan larian pecut 10000 m/s untuk mengambil giliran ku... tahniah kepada beliau... maka daku.. merajuk hati.. (sudah tidak larat mahu tunggu, esok pagi boleh datang lagi) pergi ke Safeway... mahu beli ubat gigi~
2. Ketika di Safeway, saat mahu membayar... daku berdiri di tepi deretan kaunter bayar sendiri.. menunggu ada yang kosong untuk melangsaikan pembayaran... tiba-tiba.. dari arah yang berbeza... muncul 'sehelai' jejaka lantas meredah keberdiriannya aku di situ... dan beliau membayar dahulu... tahniah kepada beliau~
3. Setelah angin berpusar-pusar di kepala.... daku pun berkira-kira mahu membeli bubble tea untuk meredakan putaran angin di kepala... sewaktu sedang beratur dari arah sisi... tiba-tiba.. dengan tidak diduga.. muncul 'setangkai' pasangan meluru meminta order terlebih dahulu... dan daku... terpingga-pingga di situ.... tahniah kepada mereka berdua~
Demikianlah... daku 'kena potong' sebanyak tiga kali dalam masa sehari.. owh.. lupa di masuk kira.. terpotong sedikit kulit jari pagi tadi sewaktu cuba menjahit sesuatu~ (-_-")
Pengajaran;-
1. Kalau tak mahu kena potong.. pastikan anda mampu berlari dengan kelajuan lebih 10001 m/s
2. Jika mengalami kekeliruan dari segi barisan... jangan beratur di tepi... berdiri sahaja di tengah.
3. Jangan beli bubble tea!
*Dalam hidup ini... kadangkala... kita diuji dengan pelbagai perkara yang tidak diduga... dan setiap ujian itu menyediakan kita untuk situasi sama tetapi mungkin yang lebih besar skalanya... Mungkinkah akan ada pemotongan yang lebih besar pada masa hadapan???!!!
*Dalam byk keadaan juga... peluang yang kita ada... dirampas di depan mata... sama ada kita merebut semula.. atau sekadar pasrah lagi redha.. terpulanglah pada nilaian keadaan... Apa yang lebih utama... ialah.. sabar~

Comments