Wednesday, December 24, 2008

Tuesday, December 23, 2008

Saturday, December 20, 2008

Sapa Makan Cabai, Dia la rasa pedas..


Aku Bukan Musuh Harta - KopratasaHaa... RTM gam dah lagu dia..huhu... kena batang hidung la tu.. kedekuk kata bunyi....
Apa daa.. yang tergedik-gedik sana sini, hampa takmau nak haram, tula... yang tuhan haram hampa buat takpa..yang nak bagi sedaq org, hampa galak nak haram... apapun, dalam album tu, lagu ni la favourite.. hat yang len tu slow sket... beli-beli album...hehe..promote sket.. depa taktau, lagi depa haram, mesti lagi ramai rasa nak beli...xpa rtm haram, banyak lagi stesen len..

Wednesday, December 17, 2008

ADOP

Adop. Sudah lama nak kuceritakan tentang Adop. Maka kali ini aku akan bercerita tentang Adop. Penerbangan KLIA-Penang menemukan aku dengan Adop. Aku duduk sebelah tingkap. Adop duduk sebelah lorong, di antara kami, kosong. Mulanya aku sungguh letih, tak mahu bicara, tak mahu apa-apa, lebih 8 jam penerbangan Melbourne-KLIA telah menyerap seluruh tenaga ku, dalam mindaku saat itu hanyalah..emak,emak,emak.

Entah bagaimana, bermula dengan Adop membantu bertanya minuman apa yang ku mahu untuk dimaklumkan kepada petugas kabin, sembang-sembang aku dengan Adop bermula.

Sebelum bercerita tentang sembang-sembang aku dan Adop, ingin kau gambarkan rupa fizikal Adop. Adop orangnya tinggi, badannya sedikit gempal dengan perut sedikit kehadapan, sedikit saja, tidak banyak, jangan pula membayangkan lebih-lebih. Kulitnya putih, kemerah-merahan. Matanya hijau kebiruan, rambutnya yang sudah tidak berapa lebat itu keperangan. Aku berpakaian sederhana, namun kemas, lagak seperti seorang usahawan. Aku kira usia Adop dalam lingkungan awal 50-an.

Bait-bait awal aku sudah tidak berapa ingat namun sembang-sembang aku dengan Adop lebih kurang begini;

Aku: Awak dari mana?
Adop: Penang
Aku: Biar betul, awak dari Penang?
Adop: Ya, benar, saya dari Penang.
Aku senyum janggal, biarpun aku tak dapat melihat wajahku saat itu, aku pasti memang pastinya wajah aku aneh sekali saat itu bercampur riak-riak bingung.
Adop: Hahahah...(Adop senyum dan ketawa kecil menyedari kebingungan aku)... Saya berasal dari England tetapi sudah tiga tahun menetap di Penang atas urusan perniagaan.

Barulah aku faham. Adop bertanya tentang aku, maka kuceritakan asalku dan serba sedikit tentang pembelajaran di Melbourne.

Adop: Belajar di luar negara, apakah mengubah awak?
Aku: Sudah tentu tapi mungkin awak tidak percaya kerana belajar di luar negara menguatkan kepercayaan agama saya. Menjadikan saya seorang yang mahu mengamalkan Islam dengan lebih baik. Di samping itu, saya juga menjadi seorang yang agak kritikal.
Adop: Tidak, saya tidak terkejut. Saya boleh nampak. Awak kata kritikal? Kritikal yang bagaimana?
Aku: Ya, kritikal terhadap segala-galanya, orang-orang disekeliling saya, bangsa saya, segala-galanya yang saya rasakan tidak kena. Oh ya, apa yang boleh saya panggil awak?
Adop: Nama saya (Oppps, aku dah lupa, sungguh) tapi orang panggil saya 'ADOP'.
Aku: Saya Asriah
Adop: Gembira bertemu awak.
Aku: Gembira bertemu awak juga!

Adop memulakan ceritanya.
Kisahnya begini. Adop dahulu pernah menikah dengan seorang Islam, atau dengan kata lain, pernah menjadi seorang Islam. Namun kini Adop sudah tidak percaya lagi pada mana-mana agama dan sudah tidak tahu mana agama yang harus dipercayai. (Oh, tidak, maksudnya Adop seorang yang murtad!) Aku bertanya pada Adop samaada sewaktu menjadi seorang Islam apa dia pernah menghayati ajaran Islam, membaca Al-Quran dari kulit ke kulit. Pernah, yakin Adop menjawab, namun itulah, membaca dan menghayati jauh beza dan impaknya. Bicara tentang Al-Quran, Adop cerita lagi, dulu isterinya yang merupakan seorang warga timur tengah, sungguh menghormati Al-Quran namun bukan isinya. Adop juga cerita isterinya hanya menghormati Al-Quran dalam bahasanya iaitu Arab tetapi tidak versi translasi bahasa Inggeris yang Adop baca. Adop binggung kerana fikirnya jika benar Al-Quran itu mulia maka apa sahaja versinya harus dimuliakan. Aku ujar pada Adop bahawa Al-Quran dalam bahasa diturunkan tidak sama dengan versi translasi bahasa lain, juga aku cerita versi bahasa lain itu hanyalah terjemahan dan tafsiran bukan sebenar-benar makna. Namun, tidak patutlah jika tidak dihormati naskhah tersebut, lagi tidak patut jika isinya tidak diamali. Bagi Adop hanya sekali sahaja Adop merasakan Islam itu sungguh benar iaitu sewaktu Adop menghabiskan masa berminggu bersama badwi di tengah-tengah padang pasir. Adop cerita, saat itu dirinya mengalami ketenangan yang luar biasa dan segalanya tentang Islam Adop rasa benar belaka. Sayang, perasaan Adop itu sementara seperti juga rumah tangganya. Namun sempat aku ingatkan Adop, Aku manusia bertuhan dan Aku yakin tuhan tidak mensia-siakan pencarinya. Aku tahu dari cara cara Adop bicara Adop masih tergapai-gapai mencari pegangan. Aku kira, Adop tidak berpeluang menghayati Islam sepenuhnya. Bekas isteri Adop mengikut ceritanya merupakan seorang pelakon teater, Adop dan keluarga pernah dibuang negara kerana isterinya melakukan persembahan pentas yang mencabar nilai keislaman negara Timur tengah tersebut. Maka dengan itu, Adop bilang mereka KOLOT!

Adop sambung cerita, Adop menjalankan perniagaan, merata-rata tempat sudah Adop pergi. Adop kata, hidup ini harus merantau melihat dunia maka kita dapat melihat dan belajar banyak perkara. Namun aku cerita, aku bukan dari keluarga berada, mungkin suatu hari nanti aku mampu mengelilingi dunia tetapi bukan sekarang kerana aku bukan dari keluarga berada. Adop tanya pengalaman aku di Melbourne. Aku cerita, secara keseluruhannya aku suka Melbourne, cuma kadang-kadang layanan terhadapku sebagai seorang Muslim kurang baik, aku cerita tentang surau yang dirampas (baca:Kata tak di kota). Adop cerita tentang surau pula. Adop cerita, Adop punya beberapa buah pejabat dan apabila Adop mendapati pejabatnya punya pekerja Islam maka Adop akan menyediakan surau atau bilik solat. Namun, sampai kini, semua surau yang pernah Adop sediakan telah ditutup kembali. Belum sempat aku tanya mengapa, Adop cerita, pekerjanya sering menyalahgunakan kemudahan tersebut. Masa kerja dihabiskan di surau. Mereka tidur dan lari dari tugas. Adop kata, bukan sahaja di Malaysia tetapi rata-rata negara Islam yang Adop punya pejabat, keadaannya sama. Pang!!! Rasa terpukul. Bukanya apa, mungkin ini salah satu sebab Adop gagal melihat peribadi Islam yang sebenar. Aku tidak tahu apa mahu dikata kerana aku yakin Adop bicara benar. Aku percaya situasi begitu sememangnya berlaku. Curi tulang kononnya sembahyang. Cuma, aku bicara sama Adop, aku mahu Adop tahu, perangai sebegitu bukan peribadi sebenar seorang Islam. Islam hari ini, rata-rata imejnya baik dalam segala hal telah dicemari pelbagai unsur luar namun dilakukan oleh seorang yang melabelkan dirinya Islam. Maka sikap tersebut menjadi seolah-olah wajah umat Islam. Adop tahu.

Lebih kurang 50 minit, kapal terbang yang Adop dan aku naiki mendarat. Maka penumpang dimuntahkan dari perut kabin ke dalam terminal. Aku dan Adop turun beriringan. Kami berjalan beriringan ke karosel bagasi. Adop memang suka bercerita nampaknya. Adop sambung.

Adop: Awak tahu bagaimana berurusniaga dengan orang Arab?
Aku geleng kepala.
Adop: Bila mula-mula awak bertemu mereka. Mereka akan bertanya, "Unta awak bagaimana? Sudah berapa ekor, sihatkah unta awak?" Kemudian awak bertemu mereka lagi, mereka akan bertanya lagi "Unta awak bagaimana?"

Adop senaraikan beberapa lagi soalan yang sungguh kelakar, tapi sayangnya aku sudah tidak berapa ingat, tapi sungguh masa itu aku ketawa sungguh-sungguh. Aduhai, Adop.

Kami tunggu bagasi sama-sama, dan ketentuan tuhan, bagasi kami berturutan. Maka kami seiringan ke ruang ketibaan. Adop cerita, isteri yang baru, seorang Thailand, sedang menunggu. Adop tanya siapa menuggu aku, aku yang kurang pasti ketika itu menjawab mungkin ayahku. Lantas

Adop: Mahu kita buat kejutan?
Aku: Kejutan apa?
Adop: Kita jalan bersama-sama dan beritahu ayah awak, saya teman lelaki awak dari Australia.
Aku: hahahaah (Aku ketawa besar sambil berjenaka) Saya harap awak lebih muda.

Aku berjalan keluar bersama Adop, namun tidak mebuat kejutan yang Adop cadangkan kerana aku sama sekali tidak berminat dengan cadangan itu.

Aku berharap aku punya masa sembang yang lebih panjang maka aku punya lebih peluang untuk cerita sama Adop apa yang patut, tapi sayang, cerita Adop banyak ku dengar namun tak sempat ku berpendapat. Banyak lagi sebenarnya yang Adop ceritakan namun, aku pula ssudah letih mahu cerita. Apa pun, cerita Adop banyak mengajar dan aku sedar apa yang harus ku belajar. Terima kasih Adop, aku harap kau jumpa jalan pulang.


Best Scene Of The Year




HAHAHAHAHHAHAAAAHHAAAAAHAAAAAHAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, December 15, 2008

Sayangku, ALAM


Sunyi malam sering buat manusia berfikir. Fikir punya fikir, banyak pula benda yang terfikir. Alahai minda, sakit-sakit kepala begini banyak pula yang bertandang di benak. Ujian kesihatan yang tuhan berikan membuatkan mata ini sukar lelap. Jika ini kifarah dosaku, maka aku redha. Lewat senja tadi, sekeluarga awan hitam bertandang di langit desaku, namun belum sempat memuntahkan isinya, terus mereka berlalu. Namun anginnya sempat meribut jemuran.

Melihat kelakuan alam, aku sujud penuh syukur lantaran bicara sang alam terhadapku masih sopan. Hujan yang ku rindu, datangnya penuh syahdu, kadang berlalunya buat aku cemburu. Namun, riuh rendah di ibu kota, amukkan sang alam sungguh dahsyat dan di timur tanah air hujan bukan lagi pengubat rindu tetapi bencana penuh sendu.

Peristiwa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Cukuplah media mengulas, spekulasi demi spekulasi...adalah lebih wajar memikirkan tindakan seterusnya daripada menuding jari kepada mana-mana pihak. Apapun, yang terjadi tetap terjadi. Cumanya peringatan untuk diri yang bakal berkecimpung dalam bidang pembinaan harusnya tahu mana yang patut mana yang tidak. Jangan ketamakan mengadai indah ciptaan tuhan. Bila tuhan beri amaran, baru terngadah mohon keampunan, namun kesakitannya kekal berpanjangan. Seperkara lagi, betapa jika kejadian ini berlaku 3 atau 4 tahun yang lalu, mungkin aku juga mangsanya. Masih basah lagi kenangan berkampung di rumah saudara di Bukit Antarabangsa sewaktu menuntut di Intec dahulu. Hampir saban minggu di situlah tempatku. Syukur juga keluarga saudaraku itu telah berpindah dari situ.

Sungguh, aku diberi peluang untuk terus bernafas tenang setenang alam di sekelilingku. Namun derita mereka, aku tak pernah lupa. Manakala pada sang alam, suara mu, nyanyikan lagu merdu untukku, dengan izin tuhan kita, aku akan menjaga kamu, inshaAllah.

Sunday, December 14, 2008

MISSING

(missing columns in redesigned Villa da' ll Ava)


Sometimes, we missed the most important thing in this life.. Yet, we could still breeze through... As long as Allah wills... :)

Thursday, December 11, 2008

Hope

It reminds me of my desktop back in Melbourne where a 'HOPE' sticker is stuck onto my monitor. I find its true when people said that the best teacher in life is life itself. we learned through experiences and the best part is, it is real. I'm talking about good experiences or maybe not-so-bad experiences here. well, I'm pretty sure for a dark experience, we might rather wish for it to be a fiction or a dream..wouldn't we??? I'm not really sure about that, but i do learned lot of things through my bad experiences...maybe my bad experiences weren't really bad..

Anyway, life is full of hopes. When I think of hopes, i could feel that there is so much to live for, yet, i could still say, there is so much to die for. I love the fact that I'm a Muslim, therefore I would never loose hope. Faith and hope, do come hands in hands.

Architecture. Last months, I wrote about my working experience, since that, I begin to pay more attention toward Malaysian Architecture. I would say, this is one of my Quest for Hopes..hee.. I need some sort of motivation, so that i would be more motivated to walk on this journey, a journey to be an architect, inshaAllah.

Here is one of the hopes that I've found. Pretty mesmerizing. Putrajaya waterfront residential development. But, too bad that the project is by an Italian architect (Manfredi Nicoletti). Where are the locals???? By the way, Hijjas Kasturi is in the team yet, they are just taking charge. Herm...

Tuesday, December 9, 2008

KORBAN: PAHIT YANG MANIS


Seuntai dua kata sempena hari raya korban. Mahu bicara tentang korban lembu kambing unta, ramai yang sedia maklum, fiqhnya aku tidak pakar, menghurainya aku tidak lancar. Cuma seperkara, suatu versi korban yang aku bisa cerita, korban rasa. Tak kisah apa jenis rasa, masam manis masin pahit..mungkin juga rasa suka cinta duka benci..segala macam rasa yang bisa difikirkan oleh yang membaca..

Korban rasa. tak nampak dimata, tapi bisa berairmata. Tak hilang harta tapi bisa bawa derita. pastinya, setiap manusia itu pernah melakukan korban rasa, namun soalnya rasa bagaimana yang dikorbankan?

contoh; KORBAN CINTA

si jejaka A telah jatuh hati pada seorang gadis, maka jejaka A ini berhempas pulas melakukan apa sahaja untuk mendapatkan gadis tersebut, sehinggakan sanggup tak tengok bola sebab nak berdating dengan si gadis tersebut, maka rasa cintanya terhadap bola dilepaskan demi cintanya terhadap si gadis..

si jejaka B juga telah jatuh cinta pada seorang gadis, namun menyedari dirinya yang belum punya upaya untuk bernikah dengan gadis tersebut, maka cintanya dibisukan lantaran cintanya yang satu lagi dikhuatiri tergugat jika dia cuba mendekati gadis tersebut. rasa cintanya terhadap si gadis diketepikan demi cintanya pada Pencipta segala cinta.

Maka, korban cinta manakah yang lebih mulia?

Sungguh, jika korban itu demi Si Dia, walau apa pun rupanya, korban itu pasti beroleh cinta. Kadang pahit itu bertahun lamanya, namun menyedari pahit itu ubat rasa sebelum menjadi lebih perit, maka jiwa menjadi lega. Menghadam-hadam kepahitan semalam jika diiringi dengan percaya bahawa korban demi Si Dia tidak sia-sia, pasti menjemput hadir manisnya hari esok titis demi titis. Percaya, Si Dia tahu apa yang dirasa biar sepedih mana korban rasa.

Sekian, coretan raya korban! Esok kerja, korban....moga khidmat membawa manfaat pada umat. Ameen.

Sunday, December 7, 2008

Abang

Kasih tak pernah padam,
Cinta tak pernah kelam.

Jauh engkau pergi
Hatimu tetap serupa
Kapan kau kembali
Ku yakin tetap sama
Kendati apapun galang gantinya
Kasih tak dagang
Cinta tak kecundang
Biar remuk repuh tulang belulang
Cintamu takkan hilang
Biar mengah lelah urat saraf
Kasih terus dijulang
Biar hancur lebur hati
Cinta dan Kasih terus gemilang.

Tiba disambut derita
Kelibat tak menancap sebarang mata
Dentum dentam kau bercerita
Tentang cinta
Maka berolehlah sebuah nama

Pergi diiring tawa
Pergi diiring airmata
Diizin tuhan kau kan kembali
Kembali bercerita tentang cinta.

Pedulikan tentang mereka.
Kasih tak pernah padam,
Cinta tak pernah kelam.

Thursday, December 4, 2008

BISAKAH AKU SPT MEREKA?

Kembali menghabiskan masa di tanah air, corak carik kisah politik sudah muak mauku ambil pusing. Lebih menarik perhatianku, perjuangan yang tiada penghujungnya, perjuangan yang didokong oleh insan-insan disekelilingku. Perjuang Sunnah Rasulullah. Ya, bukan mudah, mendokong misi mengembalikan Islam seperti hari diturunkan. Sadis meruntun jiwa melihat korupsi agama oleh sesetengah pihak sekalipun pihak yang mengelarkan diri mereka golongan agama. Rosak robek kepercayaanku mendengarkan kisah-kisah orang tinggi agama menjaja fatwa untuk puaskan yang memegang takhta. Ah, andai dunia menyaksikan rahsia yg tersimpan pasti mereka kecut bak sekeping papan.

Namun, harapan tetap bersinar. Bahkan semakin hari semakin terang. Perjuangan sunnah di tanah air diribut sokongan yang menguja, Serata IPTA dan IPTS tempatan punya pendokong yang setia. Maha suci Tuhan yang berkuasa, sungguh, perjuangan ini di bawah lembayung rahmatNya. Aku kagum, sungguh kagum, rata-rata mereka muda-muda, tetapi ilmu dan usaha menguja jiwa. Saban aku merasa sungguh kerdil, keringat tak ku berjasa, usaha tak pula seberapa, ilmu pun tak setinggi mana, oh Tuhan, ingin aku seperti mereka.

Entah bagaimana, aku tak punya kelompok yang sama. Bukan mempertikaikan bi'ah yang sedia ada. MashaAllah, mereka semua baik-baik belaka. Sayangnya, cara dan gaya tidak serupa. Niat memang sempurna, namun ini perkara agama, hati dan tubuh harus seiring patuh. Sungguh aku tidak tahu bagaimana, sedang manusia itu sering lupa, oh tuhan, andai mereka mengerti. Siapa aku untuk berbicara tentang perjuangan ini, namun aku punya persepsi tersendiri, aku melihat ketaksuban kumpulan menjadikan manusia hilang pedoman. Maka aku bimbang, bimbang akan teman-teman yang ku sayang jika jalan yang mereka bilang terang menjadikan mereka hilang. Oh, tuhan...terangilah....

Seperti yang aku bicara...sungguh, mereka yang di IPT tempatan sungguh-sungguhan mendokong perjuangan sunnah ini. Sekali lagi, aku yang di IPT luar negara merasa kerdil dan terpencil, sekalipun perkumpulanan agama ada, usaha dan tekadnya tidak sama. Apa yag disampaikan berbeza. Kejelasan fakta dan keluasan pemikiran jauh berbeza hinggakan aku tertawa sendiri, bagaimana yang diluar negara bila tiba isu agama lebih jumud pemikirannya. Sunguh, aku tidak mengata sesiapa, sekadar pandangan peribadi bahkan mungkin aku termasuk jua.

Ingin aku seperti mereka, turut sama memperjuangan agama, megembalikan wajahnya seperti hari diturunkan. Namun bisakah aku?

RINDU


"they flew to UK a couple of days ago and I'm dreadfully missing her..ibtihal"