Adop. Sudah lama nak kuceritakan tentang Adop. Maka kali ini aku akan bercerita tentang Adop. Penerbangan KLIA-Penang menemukan aku dengan Adop. Aku duduk sebelah tingkap. Adop duduk sebelah lorong, di antara kami, kosong. Mulanya aku sungguh letih, tak mahu bicara, tak mahu apa-apa, lebih 8 jam penerbangan Melbourne-KLIA telah menyerap seluruh tenaga ku, dalam mindaku saat itu hanyalah..emak,emak,emak. Entah bagaimana, bermula dengan Adop membantu bertanya minuman apa yang ku mahu untuk dimaklumkan kepada petugas kabin, sembang-sembang aku dengan Adop bermula. Sebelum bercerita tentang sembang-sembang aku dan Adop, ingin kau gambarkan rupa fizikal Adop. Adop orangnya tinggi, badannya sedikit gempal dengan perut sedikit kehadapan, sedikit saja, tidak banyak, jangan pula membayangkan lebih-lebih. Kulitnya putih, kemerah-merahan. Matanya hijau kebiruan, rambutnya yang sudah tidak berapa lebat itu keperangan. Aku berpakaian sederhana, namun kemas, lagak seperti seorang usahawan. Aku kira ...