Skip to main content

KATA TAK DIKOTA

Di sini ingin ku berkongsi...

RMiT... Letaknya di tengah kota metropolitan, bandar 'hybrid' pelbagai jenis bangunan... alangkah syukurnya berpeluang melanjutkan pelajaran disini, apa yang lebih aku senang hati ialah kemudahan yang tersedia di RMiT.. sekalipun di negeri orang putih, RMiT masih menyediakan kemudahahn untuk, seruang tempat yang tidak sebesar mana namun cukup selesa untuk menunaikan solat, bertemu sua dengan 'sisters' dari pelbagai negara, berehat-rehat sementara menunggu kelas seterusnya, menjamah bekal yang dibawa, terkadang sempat pula aku lena terutamanya jika malam sebelumnya aku berjaga...

Pada penghujung 2007, surau tersebut telah diubahsuai dan proses pengubahsuai tersebut telah sempurna pada februari 2008 yang lalu.

NAMUN...
Sesudah proses pegubahsuaian tersebut sempurna, Muslim tidak lagi dibenarkan menggunakan kemudahan tersebut selama dua bulan berturut lantaran komplain dari sesetengah pihak yang kononnya mengadu bahawa Muslim seolah 'membuat hak' kemudahan tersebut. Hairan sama sekali hairan, bagaimana bisa komplain disalurkan tidak melalui proses komplain formal yang seharusnya dilayan dan diambil tindakan. Hairan dan sungguh hairan, mengapa kami harus dilabel 'membuat hak' kemudahan tersebut sedangkan kemudahan tersebut pada asalnya sememanganya milik muslim semejak 1994? Bayangkan, selepas 15 tahun, tidak semena-mena hak tersebut dirampas, mengapa?

Sehinggalah pada 18 Mac 2008, kami mendapat tahu bahawa kemudahan tersebut yang sebelumnya dikenali sebagai 'Muslims Prayer Room' (MPR) telah diubah menjadi 'Spiritual Centre' (SC), sedang SC yang sedia ada tidak jauh dari situ boleh dikatakan 95% lengang sepanjang masa.

Maka perwakilan pelajar Islam menghubungi arkitek dan pengurus projek tersebut untuk memastikan tujuan asal pengubahsuai kemudahan tersebut samaada untuk MPR atau SC dan tidak ada keraguan bahawa projek tersebut sememangnya untuk menaiktaraf MPR. Maka kontrak asal projek tersebut yang ditandatangani oleh pihak RMiT sendiri dibentangkan kepada pihak RMiT untuk mengingatkan kembali objektif asal projek tersebut.Pihak RMiT mengakui bahawa adanya perubahan pada saat akhir mahukan kemudahan tersebut dijadikan 'multi-faith spaces' dan mereka enggan untuk kembali mengikuti perjanjian asal kontrak tersebut.

Diam bukanlah pilihan. Dalam masa seminggu 1100 tandatangan telah diambil untuk menentang tindakan merubah kemudahan tersebut untuk 'multi-faith', bahkan ada pelajar non-muslims yang turut serta berkempen. Diikuti dengan usaha memboikot kemudahan tersebut, tiada lagi pelajar muslim yang menggunakan kemudahan tersebut biarpun dibuka untuk semua agama. Bayangkanlah, mana mungkin seorang muslim untuk bersolat dengan seorang buddha sedang menyembah tokong disebelahnya. Terutamanya bagi 'sisters' tiada lagi kemudahan untuk berehat lantaran tiada lagi pengasingan sempurna untuk bahagian lelaki dan perempuan. Antara usaha memprotes lain, lebih 400 brothers menunaikan solat jummah secara terbuka di 'Bowen Street'.Pernah suatu ketika, sewaktu para brothers sedang bersolat, hujan turun mencurah-curah, dan sungguh, mereka tegar teguh tiada berganjak, solat dijalankan dengan sempurna. Sungguh menyentuh hati dan non-muslims berdiri dibawah kanopi bangunan berdekatan menyaksikan penuh takjub. Antara usaha lain, surat mohon sokongan turut dihantar kepada Mufti of Australia, Australian National Groups dan Mimar Groups ( Arkitek untuk projek tersebut)

Isu ini bukanlah sekadar isu autoriti mahupun kelebihan untuk muslim di RMiT. Namun, mempunyai kemudahan surau merupakan keperluan bukan kelebihan. Bilangan pelajar islam di RMiT bukanlah sedikit, dan waktu kelas yang berlarutan sepanjang hari memerlukan suatu tempat yang sempurna untuk memudahkan para pelajar menunaikan solat. Selain itu, untuk 'sisters', sangatlah rumit untuk bersolat dan berehat disuatu ruang yang tiada pengasingan antara lelaki dan perempuan. Situasi sekarang, 'sisters' bersolat di suatu bilik yang diberi nama 'womyn' yang merupakan suatu ruang untuk wanita di RMiT. Ruang tersebut dipelopori oleh golongan feminis yang kononya memperjuangkan hak wanita seperti hak menggugurkan anak dan hak hubungan sesama wanita (lesbian). Namun memandangkan tiada ruang yang lebih sempurna daripada bilik tersebut maka disitulah kami bersolat. Sepanjang Ramadhan tahun ini, kami bersolat di dewan serbaguna kecil yang dipenuhi meja dan kerusi, dan sepanjang ramadhan doa dipanjatkan bertalu-talu. Pastinya sehingga kini, mahupun sebelum Ramadhan lagi, doa tidak pernah putus.

Hal ini juga bukan sekadar isu sebuah surau namun isu hak orang Islam. Dewasa ini kita melihat merata-rata hak umat Islam dicabuli sewenang-wenanganya. Bosnia, Palestine, Iraq, Afghanistan, Thailand dan dimana-mana sahaja, kita menyaksikan hal yang serupa. Sekecil-kecil isu sebuah surau hinggalah isu tanah, kita tidak harus memandang remeh bahkan seharusnya sensitif dengan perkara sebegini. Apatah lagi apabila perkara ini dialami sendiri, dapat dirasakan ini merupakan suatu tamparan yang cukup hebat. Hingga ke hari ini, usaha untuk mendapatkan kembali surau tersebut tidak pernah terhenti. Rasa hormat jua pada komuti RMiT Islamic Society (RMiTIS) yang habis-habisan berjuang untuk hak kami. Mesyuarat demi Mensyuarat, surat demi surat, kempen demi kempen, mungkin kemenangan belum dicapai namun yang pasti Allah bersama kami. Kepada yang diluar sana, doakanlah kami dan jika punya jalan mahupun saranan nyatakan. Hari ini di RMiT, mungkin esok lusa di universiti anda. Apapun keadaanya, hak kita harus dipertahankan. Teguhlah demi agama. Ini juga merupakan ujian dari Allah untuk kami Muslim di RMiT. Moga dugaan ini menjadikan kami lebih teguh dan tegar membela agama dan hak kami. Ameen.

Comments

pech said…
bagus a bdak aussie.
klau kt sini,mmg susah a nk buat cmtu.

smoga dapat blik surau tu.

Popular posts from this blog

Asrama

Oh, my dear nephew is enrolling to Maahad today. Oh, I could see his murky face when he kissed me goodbye… Sorry dear, makcik tak hantaq, malas nak menyempit kereta… the thought of being sent away from home for the first time must be dreadful… oh, I know it well… masuk asrama memang tak best. Anyways, you’re a boy, you must do well… It reminds me of my first day being away from home. I rushed for a shower the moment I saw my ayah’s car left the school yard. It was still early for a late noon shower, but all I wanted was just to cry (out of anyone sights, since that I found shower is a great place to shed my tears)… haha… I couldn’t sleep at nights, found it so hard to make friends and follow the rules… For a year, I scribbled everywhere a note ‘ adik nak balik, adik benci asrama ’… wishing that my parents would read and get me out of there… hahaa… Oh, I made it through though… Eventually, a bunk bed did give me some good sleeps, I made lot of friends….oh, but I never really succeede

Transition

Sometimes I wonder if I would still blog after I go back for good since it always turns out that I don’t really blog whenever I return to Malaysia. I’m back in Melbourne again. Despite everything I said about this place. I'm always thankful that I’m studying here. 8 hours is long enough, can’t imagine going further. Let alone going back during a short winter break like I just did. Haha… However, regardless how good Melbourne is, coming back here is never easy. It is not the place, it’s the transition. Travelling is tiring. Yes, like yesterday, I had to take two flights, one from Penang to KL, then KL to Melb, it is a lot more tiring for someone like me who could barely sleep in a plane. That’s why I enjoy traveling during the day and taking a window seat. I enjoy day dreaming while staring at those fluffy white clouds. Haha.. Weather change changes everything. I had never went back during winter before. So that was my first time experiencing an abrupt change from a

Creepy Me in my Poems

For the first time in my architecture-life, I'm bringing my poems into architecture. What's more interesting is, I use my poems in their original form, by this I mean, in Malay language. Now everybody in my class knows how Malay language sounds like. ahaha... The project is pretty much investigating the space between poems. The atmosphere of hearing two poems recited simultaneously. Sounds that make space, space that's defined by sound. Seriously, I don't really know how it'll work out... but hey, just having some experimentation with stuff a bit off-architecture... a break from my headache major project. Plus, I kinda enjoy making people listen to my poems without expecting them to understand a word... rather then, reciting to a bunch of people who understand but couldn't 'appreciate' them... and yeah, I receive some flattering comments from 'mat-salleh' course mate like... "when something is well written, even you can't understand it..