Assalamualaikum Aku mahu bercerita... semalam aku makan durian! Semalam, rakan serumah bernama Oya .. teringin nak makan durian... lalu beliau pun membeli... memandangkan aku si anak kampung ini tahu mengopek durian... maka dapatlah turut serta makan sama... secara percuma... heee...terima kasih Oya... Ah... alangkah nikmatnya dapat makan durian.. alangkah teringatnya pada kampung halaman... Di Malaysia, lebih spesifik... Penang... Lebih spesifik, Bukit Mertajam.... lebih spesifik... Mengkuang... rumah aku dipagari pohonan buah tempatan... punya manggis, rambutan, langsat (Oya kata, kalau 'duku' ada 'dukung', 'langsat' ada 'langsang' tak? -_-") , betik, pisang, duku, rampara (pulasan tapi dah nak mati pokok tersebut, tak tahu sama ada masih berbuah atau tidak) , ubi kayu (susah rupanya mencabut ubi kayu, pernah disuruh ayah kerana mahu diberi pada jiran mengandung yang teringin, takkan nak biar makcik tu yang mencabut pula) , sawa, seghawa (...
"Be kind, for everyone you meet is fighting a hard battle."