Thursday, April 23, 2009

Siapa aku dihatimu...???

Pernah tak rasa rindu? Rindu yang teramat-amat, kalau boleh nak sahaja bertemu pada saat itu juga, tetapi dalam masa yang sama risau kalau orang itu tidak mahu bertemu dengan kita sebab kita tak cukup baik...

Pernah tak rasa cemburu? Pernah tak rasa cemburu bila tengok seseorang itu lebih dekat dengan orang yang kita sayang, lebih sama cara dan gaya... lepas tu, orang yang kita sayang pun suka pada tingkah dan peribadinya... cemburu yang kalau boleh kita nak jadi lebih baik daripada orang tu, supaya orang yang kita sayang akan sayang dekat kita jugak.. tapi kadang... kita malas..

Pernah tak rasa suka dan sayang pada seseorang, tetapi berat sangat nak memenuhi dan patuhi apa yang ditunjuk arah oleh orang itu.. kadang-kadang rasa rindu yang luar biasa, tapi kadang-kadang boleh pula lupa... bila waktu kita terlupa dia, kemudian kita rasa bersalah, sebab kita tahu kita sayang dia... tapi peliknya besok-besok, lupa lagi...

Pernah tak rasa teramat cinta dengan seseorang... sampaikan kita tidak dapat melihat keburukannya langsung... tambahan pula jika orang itu memang tidak punya sebarang keburukan, ramai pula yang merebut cintanya... Pastinya rugi jika kita tidak turut sama merebut cintanya....

Pernah tak rasa kagum dengan orang yang bermatian kerana cinta... sanggup tergadai harta, nyawa dan darah... semuanya kerana cinta... alangkah berharapnya dapat menjadi seperti mereka...

Pernah tak rasa marah meluap-luap sebab ada orang ejek atau kritik orang yang kita sayang... tapi kadangkala marah itu bersifat sementara... sesaat kemudian kita lupa dan kembali bergelak suka...

Pernah tak rasa obses dengan seseorang, sampaikan sebarang cerita tentang dirinya kita bersemangat mendengar, tetapi kadang kala, lupa pula mahu menapis terlebih dahulu sejauh mana kebenaranya...

Pernah tak rasa mahu tunjuk tahu tentang orang yang kita sayang sangat itu, padahal kita kadangkala belum cukup kenal dengan dirinya...

Pernah tak kita berharap kita menjadi salah seorang yang wujud dalm bicara manis orang yang kita sayang, dalam janji-janji yang dia ungkapkan...

Rasa bermacam rasa... perasaan bercampur baur... rasa sayang, cinta, rindu... tetapi perilaku tidak cukup mendekatkan aku ke hatimu... aku sering gundah, kerana aku tahu kau yang ku rindu... namun aku resah, kerana tingkah mu tak ku tiru... aku tahu kau yang ku sayang... tapi aku sering hilang dalam angan sendiri, mebiarkan sayang ku malayang... aku tahu kau yang ku cinta... namun, cinta ku tidak cukup luar biasa, seperti mereka.. yang bergadai segala keranamu... aku tahu, kau ingin ku ketemu, di suatu tempat yg teramat indah, kerana disitu kau hidup.. namun, aku tidak tahu sama ada di tempat indah itu dapat ku bertamu... Aku ingin lebih baik, aku ingin lebih seperti mu.. supaya jika kita bertemu... kau dapat mengenali aku.... aku sungguh bimbang.. risau yang teramat... bahawa aku tidak termasuk di antara mereka yang kau khabarkan berita gembira... pada situasi ini.. hingga aku ke akhir nanti.. aku bimbang... letakku di hati mu... layakkan aku di situ... ya rasulullah.. layakkah aku bertamu kasihmu?

2 comments:

Pok Kam said...

Salam,

Nice piece. You know how to "berayat-ayat". Honestly, it's quite good. :)

~Ki@MbaNg~ said...

wslm~... tq...