Tuesday, April 7, 2009

mengarut

sorong papan tarik papan
buah keranji atas papan
suruh makan saya makan
suruh mengaji, nanti la dulu saya nak makan

dua tiga kucing berlari
mana nak sama kucing yang tak berlari
dua tiga boleh dicari
semunya sama kalau dah pencuri

tuai padi antara masak
esok jentera datang tolakkan
intai kami antara nampak
oi, apa intai-intai, tak takut tuhan?

pisang emas di bawa belayar
buruk ranum di dalam peti
hutang emas boleh dibayar
hutang along membawa mati

tinggi-tinggi si matahari
anak kerbau mati tertambat
kejam gila kau orang ini
biar kerbau mati tertambat

lompat si katak lompat
lompat la tinggi-tinggi
dah setiap hari aku lompat
tak juga tinggi-tinggi
(hahaa...love this)

kalau ada jarum yang patah
hati-hati nanti tercucuk jari
kalau sudah terbuat jenayah
panggilah polis datang gari

buah cempedak diluar pagar
ambil galah.. oi' jgn jolok la cempedak orang
saya budak baru belajar
kalau salah, minta maaf la sekarang

2 comments:

pok-kam said...

Salam,

Ni bukanlah yang asli tp terdengar dari hp kawan:

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kenapa suruh saya jolok...

~Ki@MbaNg~ said...

haha.. good one