Monday, October 22, 2007

PUISI HARI LAHIR

KURNIA

Celik mata disapa suria

Sekalung usia merangkak dewasa

Kelak esok dan esok yang menjelma

Maka dewasa menjadi tua

Ini fitrah kita

Namun bukan janji pasti setiap jiwa

Kerana esok yang menjelma

Bukan milik kita

Hari ini yang diberi nyawa

Bukan milik kita

Semalam yang mencoret cerita

Bukan milik kita

Setiap jiwa ada tarikhnya

Persis segala perkara ada luputnya

Seawal jiwa dberi nyawa

Semurni janji didepan pencipta

Seluhur bersih saat nafas pertama

Seredup cinta si bonda

Ruh dan jasad bersatu mula jejak pertama

Jejak ke sebuah dunia

Ahh.. dalamnya ada pelbagai perkara

Indahnya sementara

Namun kita manusia

Sering lupa dan tergoda

Bergolak dengan dosa pahala

Diiring sedar dan lupa

Benar…kita hanya manusia

Tapi kita didunia, bertamu sahaja

Itu jangan kita lupa

Sekalipun kita pelupa

Jiwa akan kembali ke penciptanya

Ditimbang amal seusia nyawa

Tiket ke syurga mahal harganya

Maka usia janga dipersia

Syukur pada sehari usia yang ada

Esok tidak tahu bagaimana

Usia itu kurnia

Kelak bakal ditanya

Moga nafas sehela menjadi saksi kesyurga

Bukan seabad usia menempa neraka.

ASR’ OCT 22, 2007



Sekalung puisi untuk kakanda (k. akma) di ulang tahun kelahirannya....22 Oct 2007... Moga dalam rimbun kasihNya selalu...

No comments: