Friday, May 10, 2013

Rintihan Hati Rakyat

Seperti kebanyakan daripada kita, saya turut merasa rimas dengan isu-isu pilihanraya yang bertebaran di setiap media dan dunia maya, seolah-olah tiada kesudahan.

Saya juga menjadi hairan dengan beberapa orang kawan-kawan yang selama saya kenal akan mereka tidak pernah berminat isu negara tiba-tiba menjadi penganalisa politik terkemuka. Menyebar cerita dan membenarkan segala yang dia percaya, seolah-olah tiadalah yang betul melainkan apa yg ada dalam kepalanya dan sehaluan saja.

Saya mohon perlindungan tuhan supaya saya tidak begitu. Sedaya upaya saya cuba tidak menyebar sebarang berita di facebook twitter atau mana-mana tanpa usul periksa. Ah! Nak mengusul periksa pun begitu seksa rasanya dengan kacau kicau bilau semua orang berkata.

Orang muda. Orang muda seperti saya, ya, saya rasa saya muda biarpun ibunda saya sering mengomokkan tidak lama saya akan jadi anak dara tua, saya bersangka orang muda seperti saya boleh terima, yang Barisan Nasional itu sekalipun mereka menang pilihan raya, tidaklah mereka itu betul semuanya. Ada juga yang tak kena. Saya juga percaya. Anwar Ibrahim, sehebat mana perjuanganya, dia tetap tidak maksum. Segala tindakannya masih boleh dipersoal dan dipertikai. Khilafnya ada.

Tetapi saya silap, manusia itu, tidak mengira usia, kalau fanatik, fanatik juga.

Kita semua, sebagai rakyat, perlu buka mata, tapi tak bermakna semua orang perlu buka mulut. Pilihanraya13 mengajar saya untuk menjadi pemerhati atau bak kata orang kampung saya 'more observant'.

Alhamdulillah, saya rasa saya masih berkenalan dengan dunia. Banyak kejutan tentang manusia.

Oh ya, kuasa. Sebagai rakyat, kita memang kena mampu tunjuk kita ada kuasa terhadap pemimpin, bukan pemimpin terhadap kita. Kena mampu ajar pemimpin. "Kau tak boleh buat kerja?, jaga kau next election".

Tahniah orang Kedah. Biarpun ada yang tak gembira dgn keputusan, tapi saya rasa teruja sebab berjaya tukar kerajaan negeri setiap penggal. Saya rasa negara pun patut macam tu. Tapi bila kali tu tak tahulah.

Letih dan Kecewa. Saya dah tak percaya mana-mana. Cuma yang dah ada kuasa, janganlah menjadikan kekecewaan rakyat seperti saya ini semakin parah.

...dahla gaji belum naik... harga barang dah... baru haritu ingat boleh balik kampung tak payah bayar tol... ah! 


No comments: