Sunday, July 18, 2010

Kesimpulan Sebuah Cuti

Amboi… tiap2 hari update blog… well, ni la kerjanya bila takda kerja… haha… rasa macam tulis blog ok la jugak daripada duk tulis surat-surat misteri yang takkan ada siapa baca tu… opss! Haha… kurang-kurang kat sini ada la sorang dua jengok2 dak? Takpun baca tajuk.



Baiklah kanak-kanak… hari ini ialah hari terakhir cuti sekolah! Aaa…. Dah habis dah cuti! Mari kita lihat kembali apakah pengalaman atau pengajaran cuti musim sejuk ini.

1. Kalau nak balik, beli tiket awal… ada orang tu kata… setahun awal!

2. Beli souvenir jangan duk simpan dalam almari, nanti lupa nak bagi.

3. Mesin tandatgn dan cap jari Maybank sangat kuno. Kena ketuk-ketuk baru berfungsi… lepas tu nak buka akaun berejam-rejam… jadi bawa-bawa la sembang dgn makcik-makcik yg duk sebelah… mana tau kot-kot dia nak buat menantu… eh!

4. Celcom mahal! Lepas tu tak cool sungguh pakai iphone tapi asyik2 kena topup. Hahaa…

5. Isi masa lapang dengan menolong ibu spt mengecat bilik air… bila tak larat, boleh buli anak saudara…

6. Jangan main sms tengah malam…terutama waktu emosi… buruk padahnya!

7. Banyak perkara boleh ketinggalan kalau tak ada internet…

8. Some people change when they start working…

9. Orang sekarang dah maju, bahulu tak bentuk ikan lagi… dalam cawan cupcake…

10. Sama ada dulu-dulu depa tak cerita, atau mmg sekarang banyak berlaku… letihnya dengar pasal orang kawen dua… kakak-kakak makcik-makcik… spare me such stories… I’m not even married!

11. Air Asia tak best… dahla delay tak bagitau… kalau dak hari tu boleh gak duk smbg dengan orang yang hantaq sejam lagi…

12. Sedang berlangsung pameran Titanic dan Tim Burton… ramai org ckp Titanic lagi best.. tapi saya suka keduanya!

13. Oh… cerita Toy Story 3 seronok…!!!

14. Terharu jumpa kawan lama dan sembang2 pasal zaman sekolah sambil makan aiskrim… thanks for the icecream… ada sapa-sapa lagi nak datang Melbourne?

15. Tak sempat jugak nak pergi galeri dan pantai sorang-sorang…

Winter ni macam tak berapa nak sejuk… global warming! Tapi boleh jadi jugak separuh jiwa tertinggal kat negara beriklim tropika… hahaa.. tu laa… gatai lagi balik kerap-kerap.. padan muka!

Takut sebenarnya nak mula semester baru!

No comments: