Monday, August 31, 2009

Rapik Si Anak Deka

Bismillah...
31 0gos... mana mungkin anak deka senyap sahaja... :)

Merdeka.
(merd├ęka) bebas (drpd penjajahan, kurungan, naungan, dll), lepas (drpd tebusan, tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pd yg lain: Malaysia ialah sebuah negara yg ~ dan berdaulat; besok ia jadi seorang awam yg ~ dan tidak lagi menjadi perajurit yg dikongkong oleh undang-undang dan di-siplin; ~ ayam bebas sama sekali (boleh me­lakukan sesuatu sekehendak hati); akhbar ~ akhbar yg tidak terikat pd mana-mana parti politik; memerdekakan memberi kebebasan mele­paskan drpd penjajahan (kurungan dll), mem­bebaskan: India telah dimerdekakan pd bulan Ogos 1947; bagaimana dia boleh ~ dirinya drpd kapitalis-kapitalis kecil itu? kemerdekaan perihal merdeka (bebas), ke­bebasan: kita telah berjaya mencapai ~ pd 31 Ogos 1957; pemerdekaan perihal (perbuatan, usaha dsb) memerdekakan, pembebasan; pemerdeka orang dll yg membebaskan drpd penjajahan (kurungan dll). (Kamus Dewan Edisi ke-Empat)

Retorik.
"Merdekakah kita?" "minda masih terjajah""bangsa jadi murah"
Ya..ya.. kita bertanya.. minda-minda yangs sedar bertanya tentang sejauh mana kita merdeka.. tentang teruna dara yg masih dijajah minda... gaya hidup yg menyundal agama dan budaya, mabuk kuasa yg meracun politik negara.. ya.. ya... kita bertanya... semua bertanya.. siapa menjawabnya? terlalu kerap ditanya terlalu kerap dihina.. balik-balik teriak sana teriak sini.. mana jawabnya? mana....?


Jawab.
Anak Deka tak punya jawab.. Anak Deka juga bertanya...

Tetapi....
Jangan nafi keringat bapa kita. Jangan nafi hakikatnya... Kita adalah bangsa dan negara merdeka. Jangan nafi sebuah kemerdekaan yang sekali apapun tohmahan..sekali apapun keadaan.. kita adalah merdeka. Ada bisik-bisik di hujung sana kata Anak Deka mabuk dalam lena.. dibuai angin merdeka yg maya.. Anak Deka buta mata.. tidak melihat sedalamnya.. Kita masih terjajah..masih rendah.. masih diserang pemikirannya.... Teman.. JANGAN NAFI KITA MERDEKA! Siapa nafi? Ya..ya.. Anak Deka cuma berpesan... sekadar berpesan...

Matang.
Kita itu harus sedar kondisi untuk bertindak secara langsung dengan situasi... Kita ini sudah merdeka. Adapun masih ada yang merasakan ada unsur-unsur yang masih terjajah, maka kita harus bertindak seperti org merdeka yang menuntut haknya yang dijajah. Bukan hamba penjajahan. Maksudku... Meletakkan diri sebagai orang yang punya daya.. Bukan mangsa yang lemah dan hina. Kita tahu merdeka kita ada kurangnya. Ada capik robek kerana alpa daripada maksud sebenarnya.. maka guna harga jiwa yang merdeka itu untuk membebaskan yang lain.. Jika kamu orang merdeka... bertindak seperti orang merdeka... ini isu mentaliti.. Isu sedar diri... Kelakuan.. pemikiran.. harus..harus..harus spt orang merdeka... harus.. harus.. harus... matang...

Percuma.
Barang percuma orang tidak hargai. barang percuma orang pandang sepi. Masalah kita.. kita dapat merdeka percuma.. Celik mata.. sudah merdeka... yang berjuang.. bapa kepada bapa kepada bapa kepada bapa....Teman... Ada wira yang nafasnya masih setia. Ada luka yang masih terasa kebasnya. Mana yang percuma. Galang gantinya keringat dan darah.. sabar dan tawakal.. Bapa-bapa kita bergolok gadai untuk sehela nafas yg bebas.. dan dengan izin tuhan kita bersenangan... Mata yang tidak menyaksikan jangan dijadikan alasan.. hati itu mampu menjelajah zaman.. melihat pada erti sebuah perjuangan.. menghargai dan memaknai...

Anak Merdeka.
Kita ini anak merdeka. Berkelakuanlah seperti orang merdeka.


Hamba.
Sungguh.. sebenarnya ruh merdeka itu wujud sebelum 31 Ogos 1987 lagi. Ingatlah sewaktu Rubi' bin Umair berkata kepada Rustam panglima Parsi apabila ditanyakan tujuan kedatngannya.. jawab beliau"Kami datang utk membebasakan manusia dari penghambaan sesama manusia kepada penghambaan kepada Tuhan yang Esa".. Kita adalah Islam.. dan ramai antara nenek moyang yang berjuang adalah Islam sekalipun ramai yang tidak sempat mendengar jerit laung "merdeka".. dan seorang Islam itu adalah merdeka jiwanya melainkan hanya untuk Allah yang Esa... Maka teman... rasailah kemerdekaan yang kita punya.. rasailah.. hayatilah.. maknailah...

Positif.
Terlalu banyak sudah kita memandang bimbang. Bukan minta bersenang.. terlalu selesa menjadikan kita lupa.. memakan diri dan harga merdeka juga kelaknya... cumanya.. Kita harus punya harap... Memang.. memang harus kritikal.. tetapi harus juga optimistik... jangan asyik menjatuhkan maruah yg masih ada... rasakan wujudnya sebuha harapa.. untuk menjulang sebuah kemerdekaan..


Maka.
Kita orang merdeka. Berkelakuanlah seperti orang merdeka.

Salam penuh rasa merdeka.. dari si Anak Deka a.k.a Kiambang

Sunday, August 30, 2009

Random Thoughts on a Ramadhan Noon 2

Puasa.
Bulan puasa begini rindu sama keluarga menjadi-jadi. Kalau boleh tiap-tiap hari nak telefon mak, Tanya mak masak apa. Siapa buka puasa di rumah, kak long bang ngah bangki semua balik ka? (abg ngah rumah sebelah tu boleh kira kategori ‘balik’ kah? Mak masak enak-enak untuk iftar di Al-Qayyim.. hari itu mak masak gulai tulang dengan sambal belacan yang best. Semalam telefon mak buat ayam masak cabai (bahasa standard ayam masak merah kot), resepi baru mak kata. Terkenang anak2 saudara duduk melukut kerumun makanan sementara tunggu tok siak ketuk gendang. Oh, tapi sekarang mereka sudah besar-besar. Tiga tahun sudah tidak berpuasa bersama. InshaAllah kesepatan hanya akan tiba selepas 2 tahun lagi. Moga usia kita dipanjangkan untuk kebaikan.

Tetamu.
Dapat berita, ada tetamu tak diduga datang bertandang. Oh, cerita lama. Cerita hati yang luka. Cerita fitnah yang menguja. Terima kasih ya tuhan, hantari aku jauh-jauh ke sini. Sungguh, Dia tahu yang terbaik utnuk hambanya.

Rumah.
Bagi yang pernah sejenak bernafas di desa, seharusnya tahu betapa indah suasananya. Sungguh. Rindu amat pada suara desa. Pada hiruk pikuk yg hanya terbuak dari lintasan motor kapcai sekali sekala. Rindu dengan suara azan dari masjid berdekatan. Rindu dengan jeritan jiran datang minta sedikit daun pandan untuk di buat haruman. (oh, teringat Long Bedah…dengan motornya yang cool…) Rindu dengan senyuman bebas maksud tersirat. Dan rumah.. rumah kampung yang kian tua..mungkin menjangkau 40 tahun sudah. Ruang-ruang simple tanpa perabut dan dekorasi mewah tetap mesra suasana. Enak bersantai di tikar mengkuang sambil sembang petang dengan keluarga tidak sama dgn ambal tebal yg dingin dan sebal.

Melbourne.
Sebenarnya harus banyak syukur. Nikmat kemari galang gantinya rindu di hati. Tapi bukankah dengan izin tuhan esok mungkin lebih sempurna. Lagipun… bukan kah disini.. di sini telah ditamu sebuah cinta yang memudar saat di Malaysia. Puasa di sini juga indah. Sungguh tiada masakan mak yang hebat itu, tapi masih berbuka dengan senyuman bersama sahabat handalan. Tarawihnya.. mashaAllah. Pasti..pasti.. pasti menjadi rindu pabila kembali ke tanah air…

Masak.
Balik kepada cerita telefon emak. Tanya resepi. Haha.. resepi bihun mak yg sedap itu tapi semalam buat cara lain.. Fusion dgn resepi kawan-kawan maka rasanya lain tapi sedap juga. Tanya resepi kuah kacang, nasi daging dsb untuk majlis iftar. Terlau banyak bertanya sehingga mak pun berkata, semua tak reti macamana nak kahwin? Eh! Pula! Sbb mahu belajar la bertanya ni mak.. Lagipun bukan semua tak reti, Cuma nak masak yg lain pula.. lalu diungkit mee kuah yg pernah dibuat dengan jayanya sewaktu pulang ke Malaysia hari itu (cubaan kedua krn pertama kali buat di sini kurang jadi.. di malaysia ketam murah..hhehe). Dan ayah memuji-memuji tidak jemu.Ah, memang unexpectedly berjaya.. hehe.. Bila dikata sama emak, mee kuah sudah terer..lalu mak pun membalas..”kembung la laki adik bg makan mee kuah tiap2 hari”.. laaa… sapa nak buat tiap2 hari… “payah sgt, adik tak reti dia la masak, mak” ujarku..

Kaklong.
Kaklong dari segi istilah berasal daripada frasa Kakak Sulong dan dari segi makna merujuk kepada anak sulung atau anak pertama yang dilahirkan dalam sebuha keluarga. Dan kakak mengikut pengertian bahasa melayu Malaysia adalah panggilan hormat kepada perempuan muda yang lebih tua yang belum sesuai dipanggil mak walaupun kadangkala perasan tidak sesuai. Ok. Tak ada apa-apa.. Cuma rindu.. rindu amat sama Kak Long.

Saturday, August 29, 2009

Random Thoughts on a Ramadhan Noon

Bismillah...

Ramadhan.

8 days.. cepatnya!

Quran

..the beautiful story of Yusuf...

Death.

..comes when one least expected...

Youth.
22... what will be the answer?

Jealousy.
Quran:chapter 12.

Architect.
Not a profession but a type of human being.

Love.
What kind?

Culture.
"Baju Kurung"

Friends.
..everywhere not everyone...

Future
..secret..

Iftar.

Nak masak apa?

 
           gambar sekadar hiasan 

Thursday, August 20, 2009

Sweet Darling

Seriously.. I'm so nervous and excited.. and happy.. and worry.. and excited again.. and nervous again.. Such a mix-feelings that I couldn't describe... I guess, everyone could tell what it is.. yeahh.. it's about Ramadhan..

Owh..like a princess waiting for her knight in charming armour... yaa.. so nervousss...

Ramadhan..ramadhan..ramadhan... really miss it.. and I love ramadhan here.. It's weird.. I'm in a foreign land where the majority are not muslims and they won't be fasting... but I do love ramadhan here.. It's not that my Ramadhan in Malaysia was bad anyway.. of course it's lovely.. expecially to be with my family.. to pray at Al-Qayyim.. it's great..

but here.. in Melbourne.. it's different...it's just different...

it's the thing at heart..

the steadfastness.. it makes a whole lot of differences... being aware of so many temptations around.. it makes one strives harder than never...

and

ramadhan nights here are the greatest nights I ever experienced in my whole life so far.. I love praying tarawikh here.. eventhough in a small little room in RMIT (since our prayer room was taken back by the school).. sometimes it's really packed.. but again...

it's the thing at heart....

ICV is another great place to pray tarawikh.. the Imam.. mashaAllah.. eventhough I couldn't really understand all the ayahs since my arabic is very very very basic and poor.. but.. his voice..his rythm.. it touches heart at the deepest...

it's the thing at heart....

latenights.. just in my little bedroom.. underneath the moon shadow that penetrates through the window... it's just feel different...

it's the thing at heart....

food! .. hahaa.. yes.. of course its very exciting to break fast here.. one night with arabs delicacies, next with indian's briayani, next.. the next in turkish mosque with.. turkish food whatever it's called.. a list of iftar invitations to fulfill... sound superb, right? but it's not just about food.. it's about the ukhwah.. it's about meeting other muslims that we might never had a chance to meet in other month.. it's about mingling.. sharing meals.. and feeling united..

it's the thing at heart...

I could never be able to describe it... never... it's the thing that u feel.. then u know...

Just one more day to wait... Allahumma balighna Ramadhan... May this coming Ramdhan will be the best Ramadhan for me.. as I know not.. that it might be my last....



Sunday, August 16, 2009

"Can I get to know u without going through a lot of religious talks?"

First of all, thanks so much for pointing it out.. I never knew that I do that all the time until u said so. Sometimes, I'm still shy to pray on public especially around uni...I still feel disturbed when someone passed by me when I was praying on the corner of level 12 staircase... I still wonder what do people think seeing me 'kissing the ground' as that what they always say.. when I'm indeed prostrating to the Lord of everything above, on and below the ground... But I'm happy to know that I still have such guts to talk religion though, I think most of the times I do that unintentionally...

But I do feel bad, because I didn't find myself having an appropriate answer when u threw that question to me.

Anyway..

Have u ever felt so close or connected to someone, whenever u eat good food u'll think of her, hoping that she can eat it too.. whenever u listen to good music, u wish she will listen too.. whenever u have good times, u want her to be around.. and u willing to suffer for her, to live and to die for her... u think of her in ur sleep.. and eventhough she is not around she is there in ur heart...? Maybe.. it's hard to imagine such a fond connection to human.. but my religion to me.. is beyond that~

One thing that u need to know... when u said "I just think that on a daily basis u do live according to seeing whats around u as well, unless u tell me u abstain as much as possible, ur ambitions,ur desires,which i believe u still have despite being someone religious..."

My religion includes everything, every single aspect of life... and we muslims must enter this religon holistically.

YES, I do have ambitions, desires, interests etc.. I'm not an angel, so I can't refrain myself from having those and my religon does not ask me to do so but instead, it gives me guidelines.. how to control those.. I do get a little overboard sometimes.. but because I'm connected to my religion.. I'll find my rational, I'll find my way back... I live according to my religion and everything I see or feel can be ralated to my religion...

and..

I don't know if I consider myself religious... as I'm still lacking of many religious aspects.. I wasn't born as a sinner.. but nobody but prophets can abstain from sinning... since in Islam.. if one does good its for himself and vice versa.. I have to repent and nobody could sacrify himself to clean up my sins.. but I'm on my way and trying to be as religious as possible...

I'm not bluffing u with all my religous talk... and remember how this discussion came up at the first place... Its just simply because I say my God knows whats in my heart as He is closer than veins... yes, I spoke a lot about my religon to u before.. u might somehow get pissed off.. but do remember well those days... u also like to talked about Christianity.. throwing ur views.. I have no problem listening.. I respect though disagree... No doubt, u did the same too... but, if u think then I talked religion because we specifically opened up our discussion for it.. u're wrong... I just want u to know, that we muslims.. talk about religion not just in the mosque or in an islamic conference or whenever we specify out time to do so.. but we relate our life to this beautiful religion just anytime, from any aspect...Islam isn't just a religion, it's a way of life.. Secularism is a NO NO NO...

Okay.. so.. here I go.. preaching?.. maybe.. but I'm just shooing off the muddy cloud.. so that u could see me.. this is me.. who talks religion all the times... If u want to get to know me.. I guess u already knew... I'm inseparable from my religion.. otherwise, I'm no longer myself...

p/s: dear my muslim brothers and sisters.. happy ramadhan.. may this ramadhan be the best ramadhan ever~ ameen

Wednesday, August 12, 2009

Hancur Hatiku~

Today, after class, I went to Laguna.. with Oya..

for those who have no idea what is Laguna, it is an Asian grocery located in the QV. when we were about to pay our stuffs.. the shop played a song that...

for God sake was it really a song? huh..

I think it's an Indonesian song.. but doesn't matter..the point is, it is the most annoying song I ever heard.. can u imagine.. the lyric from the start till the end is only a repeatation of a phrase 'hancur hatiku'....and it goes like..

hancur hatiku,
hancur hatiku,
hancur hatiku....

hancur hatiku,
hancur hatiku,
hancur hatiku....


I'm not sure how many times the phrase is repeated but it's about 3 mins long.. how annoying.. what's up with music industry these days?

huhu.. it seems that everyone could write a lyric these days... hopefully nothing similar is happening to Malaysian music industry... such a shame...

by the way...

dear whosoever in the music industry..

know it well that u got one of the most powerful tools in ur hand... so, be aware of what u produce...

and please..please.. please..

don't devalue art through such humiliation...

and

stop hurting my ears~

thank God that I'm not a big fan of Indo Music..

Indo mee is great though..

okay,

good night Melbourne~

Tuesday, August 11, 2009

22

Bismillah Arrahman Arrahim

Greatest thanks to Allah who gives me life and shows me the light to lit it.



Yesterday, I turned 22.




First of all, I would like to thank everyone who had wished me… To Aisyah, your cheesecake is lovely.. Don’t worry about how it looks like.. the taste is superb…ya..and Mas that nasi lemak tastes great too…and Oya… that video really made my day…Actually it’s good to know that u have a collection of my awkward moment photos.. and I love my Tie Rack new hijjab..Thanks girls.. Muna.. I love black.. It’s cool.. For those who wished me a couple of times because I kept saying that I haven’t born before the dawn (Malaysia time) when u wished me around 12 .. I really appreciate it and I was really happy that u guys ‘layan’ my ‘kemengadaan’…

On top of all… my ayah gave a really thoughtful wished. “Adik, selamat ulang tahun kelahiran yang ke-.. dah berapa dah umur? (wuuu..how come he forgot..then I reminded him, 22)….ke-22…. Moga semakin bersungguh dalam ibadat, tingkatkan ibadat… moga berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat.. moga tercapai cita-cita dan dapat menyelesaikan segala yang telah dimula…” ok~ That is my ayah.. whenever he calls me.. he never forgets to remind me “jangan tinggal solat..rajin-rajin baca quran”.. so it’s not weird for him to give such wish on my birthday… and I’m happy… out of all individuals I’ve known throughout my whole life… ayah is always be my no.1 reminder… and from mak.. I got quite a similar wish… but it’s funny cause mak has started talking about marriage.. Anyway, it’s not that I should get married..it’s just that she thinks, it’s better off for me to finish up my study first… hahahaa.. It’s not like she is against people getting married while studying.. It’s just that she knows me so well.. Don’t worry mak, I have a big plan for my future.. by Allah will, marriage could wait….


Ok, a birthday.. what is that?

Thinking of it, I could not think further but to realize that my time is running out. I know not how long is my appointed time in this world.. but a birthday reminds me that it’s getting shorter. There is so much to do.. So many plans in my head.. but only Allah knows weather I’ll have the time to make them real..



And….



I need to change myself. Well, the process has started long before.. and it never stops.. But sometimes, it gets really slow.. even worst it reverses once in a while… So, I need to remind myself to work harder than before… to make a progressive and generic change in myself is not easy if I’m not istiqamah… yeah, that’s the word.. Istiqamah… so.. Asriah, be Istiqamah..!!!
Lately, things get a little bit rough.. studio is tough, I have cough… and etc… However, I should not whine… I’m 22.. at the other part of the world… at 22, they fight in the war..while some others deal with a hardship of life that I could never imagine...



However


There is one thing that is bothering me… a question..

Asriah, at 22, what have u achieved for the benefits of your religion?

Friday, August 7, 2009

Senibina Islam Dari Sudut Pandangan Kasar Seorang Pelajar Senibina Tahun 3

Apabila ‘senibina Islam’ atau Islamic Architecture dibawa bicara, gambaran utama pada kebanyakan minda adalah reka bentuk bangunan dengan megahnya kubah, ukiran-ukiran mewah, menara gah dan motif bintang. Perletakan imej Islam pada elemen-eleman harfiah (literal) ini secara tidak langsung telah mewujudkan sekularisme dalam senibina.

Islam itu sendiri bersifat syumul, pengaplikasiannya mampu bahkan harus wujud dalam semua hal termasuklah senibina. Pencemaran wajah Islam yang berlaku hari ini telah menjadikan aplikasinya dalam senibina bersifat materi dan hanya pada gapaian mata kasar sahaja. Sedangkan aplikasi nilai yang seharusnya dimaknakan dalam sesebuah rekabentuk itu dipandang lupa. Arkitek-arkitek Islam tidak ramai yang mampu ketengah bersama imej Islam, menjadikan rekaan senibina sebagai medium dakwah. Bahkan seorang arkitek yang tinggi fikrah Islamnya apabila bicara tentang senibina sukar menghubungrangkaikan rekaan dengan Islam tanpa melibatkan unsur-unsur materi. Pengaplikasian unsur-unsur materi seperti motif bintang dan kubah juga pada masa kini tidak lagi mengambarkan identiti arkitek tersebut sebagai Islam kerana sudah ramai arkitek-arkitek bukan Islam yang turut mengguna pakai unsur-unsur sedemikian. Di mana istimewanya kita?

Senibina Islam itu harus wujud pada nilai dan fungsi sesebuah rekaan, bukan pada unsur semata dan arkitek peranannya bukan sekadar mengisi alam dengan hutan besi dan batu yang luar biasa rekaannya tetapi melestari kesejahteraan manusia dan semesta.

Apabila membicarakan tentang nilai, nyata sekali Islam itu dipenuhi dengan pelbagai nilai-nilai murni. Bahkan semua nilai murni itu adalah Islam. Sungguh menyedihkan apabila hari ini nilai-nilai murni tidak lagi dilihat sebagai nilai Islam lantaran orang Islam sendiri jauh dari pengamalannya. Sebagai suatu contoh mudah lagi dekat, bersih. Islam itu agama yang menyeru kepada kebersihan dan keindahan. Maka apabila sesuatu bangunan itu direkabentuk supaya tampak bersih dan mudah dibersihkan, maka secara maknawinya, sudah ada pengaplikasian senibina Islam di situ.

Dalam memburu kemajuan, pelbagai bangunan gah semakin hari semakin bercambah. Namun adalah menyedihkan apabila wujudnya sesetengah bangunan hebat ini secara diam mencambahkan benih-benih kasta dalam masyarakat. Orang-orang besar dengan rumah-rumah agam di tengah taman hinggakan tiada terintai oleh rakyat golongan biasa. Kemewahan binaan telah memisahkan raja dan rakyat, menjauhkan pemimpin dari pengikut, menjadikan yang kaya semakin bangga dan yang miskin semakin hina. Nilai mulia kejiranan turut terbunuh dek tembok-tembok gah dan lorong-lorong payah yang memisahkan sesebuah rumah. Walaubagaimanapun, bukanlah menjadi halangan untuk berumah besar, lebih besar daripada rumah orang lain jika sumber belanja modalnya halal, namun perancangan sesuatu binaan itu harus mengambil kira implikasi sosial terhadap kawasan kejiranan bukan sekadar ‘building site context’ semata. Pelestarian nilai islamik kejiranan juga terutamanya dalam perancangan bandar dan kampung pastinya dapat menyumbang ke arah perpaduan yang kita semua harapkan.

Selain itu, dalam perlumbaan merekabentuk bangunan hebat, belanja yang besar ditabur hambur semata-mata untuk sebuah bangunan yang kadangkala hanya berfungsi untuk sekali dua dalam setahun. Sedangkan di hujung kota ada insan yang tidur di bawah atap bocor setiap hari. Pembaziran melampau sekalipun untuk binaan rumah ibadat atau masjid adalah tidak wajar bahkan harus dijauhkan.Apa guna jika masjid dibina dengan gah lagi hebat, tetapi saban masa lengang daripada ibadat. Bahkan pengadaan dekorasi melampau masjid menjadikan kita sama seperti kristian dan yahudi yang menghias gereja dan rumah-rumah ibadat mereka. Mereka juga gemar menghasilkan monumen-monumen atas nama agama. Maka apa bezanya kita dengan mereka?

Di banyak negara maju, sustainable architecture atau senibina mesra alam sudah lama dibawa pakai dalam rekabentuk. Senibina jenis ini menjadikan alam sekitar sebagai fokus utama sesebuah rekabentuk. Setiap sesuatu keputusan yang diambil dalam reka dan bina mengambil timbal kesan terhadap alam sekitar untuk jangka panjang terutamanya merujuk kepada pemanasan global yang semakin menjadi-jadi. Sungguh memalukan apabila pelestarian alam sekitar dari sudut senibina ini tidak teramal oleh orang kita yang agamanya menuntut supaya menjaga alam sekitar.

Antara pengaplikasian murni sustainable architecture adalah dari sudut fungsi ruang. Unsur ruang fleksibel atau serbaguna diaplikasi bagi meminimakan saiz binaan dan memaksimakan penggunaan ruang. Sesuatu ruang itu boleh diguna pakai untuk pelbagai fungsi dan tidak terbiar pada suatu jangka masa tanpa fungsi. Aplikasi ini seharusnya mampu wujud sekalipun dalam binaan masjid. Sebagai contoh; sebuah masjid yang direka untuk memuatkan 500 untuk sekali waktu solat pastinya akan lengang tanpa guna diluar waktu solat. Jika ada yang menggunakan ruang solat, mungkin hanya sekelompok lima atau enam orang. Pengaplikasian ruang fleksibel dengan keupayaan meletakkan dinding pemisah boleh laras bagi mengecilkan ruang dan dijadikan fungsi lain misalnya untuk kelas-kelas atau ruang rehat bagi musafir meningkatkan fungsi masjid itu sendiri sekaligus mengelakkan pembaziran ruang. Pada waktu-waktu lain, masjid juga boleh dijadikan dewan mesyuarat setempat tanpa perlu mewujudkan dewan serbaguna yang asing. Menjadikan masjid sebagai pusat himpun atau dewan am sesebuah kawasan juga meletakkan limitasi terhadap program-program sosial yang dianjurkan. Jika lokasi penganjuran sesebuah majlis adalah masjid, maka kecenderungan wujudnya unsur munkar dalam majlis tersebut sudah pasti dapat dielakkan.

Namun begitu, penulisan ini bukanlah menolak secara total aplikasi unsur motif dan lahiriah yang cukup sinonim dengan senibina Islam. Sebaliknya menegaskan bahawa pengaplikasian senibina Islam adalah luas seluas Islam itu sendiri. Cukup kesal apabila sesebuah bangunan itu senibinanya dikatakan berasal dari Islam, kelihatan sungguh islamik tetapi di dalamnya menjadi sarang kemaksiatan. Misalnya bangunan yang asalan reka plannya dari bintang lapan yang melambangkan islam tetapi di dalamnya diisi dengan kedai arak dan judi, juga sarang-sarang maksiat untuk muda-mudi. Ruang sesuai solat juga hanya wujud pada satu tingkat untuk keseluruhan 60 tingkat yang ada. Islamikkah begini?

Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan sedang menuju maju harus mula memandang serius aspek senibina. Resam dunia juga telah menjadikan binaan-binaan sebagai ukuran tamadun dan modenisasi sesebuah budaya. Sebagai sebuah Negara islam, neraca ukur ini harus dimanipulasi untuk maju bersama identiti bukan sekadar bangga apabila menara tercatat dalam senarai tertinggi tetapi tiada gambaran identiti Islam yang dicanang setinggi menara itu. Arkitek-arkitek serta individu alam bina harus tahu apa yang mendominasi pembinaan mereka. Janganlah sekadar mengejar untung dan nama semata sedangkan dalam masa yang sama peluang dakwah itu wujud di depan mata.