Hari ini... daku isytiharkan sebagai hari kena potong Begini ceritanya.... 1. Daku ke RMIT mahu me 'laser cutter' sesuatu... sudahlah daku datang terlebih dahulu... tunggu punya tunggu.. 'sebuah' perempuan telah mengambil kesempatan dengan menggunakan larian pecut 10000 m/s untuk mengambil giliran ku... tahniah kepada beliau... maka daku.. merajuk hati.. (sudah tidak larat mahu tunggu, esok pagi boleh datang lagi) pergi ke Safeway... mahu beli ubat gigi~ 2. Ketika di Safeway, saat mahu membayar... daku berdiri di tepi deretan kaunter bayar sendiri.. menunggu ada yang kosong untuk melangsaikan pembayaran... tiba-tiba.. dari arah yang berbeza... muncul 'sehelai' jejaka lantas meredah keberdiriannya aku di situ... dan beliau membayar dahulu... tahniah kepada beliau~ 3. Setelah angin berpusar-pusar di kepala.... daku pun berkira-kira mahu membeli bubble tea untuk meredakan putaran angin di kepala... sewaktu sedang beratur dari arah sisi... tiba-tiba.. dengan t...
"Be kind, for everyone you meet is fighting a hard battle."