Tidak Adil...kenapa...kenapa dan kenapa...kenapa manusia di dunia ni pelik-pelik belaka...kenapa pakat-pakat buru dunia cari nama rebut kuasa... lebih sedih..lebih tragis... buru dunia atas nama agama... kutuk hamun..maki cela segala manusia...alahai sukarnya pada kedewasaan ini mencari seseorang yang benar-benar adil..berdiri pada pasak yang teguh..menilai manusia dengan neraca utuh bukan emosi rapuh...yang di atas terus menindas..yang di bawah mananggung padah...dan manusia..rata-rata manusia melontar bicara... merata-rata... nista dan dusta..ada manusia, hatinya tidak pernah puas.. apa yang dilihat semua tak kena.. kerana apa? kerana mereka yang dilihat tidak sehala dengannya.. apa fikirnya dia sudah terlalu betul? apa fikirnya halanya hala segala hala? apa fikirnya sudah tidak ada hala lain ke jalanNya? ada yang di pentas nampak benar..tetapi belakang tabir bikin onar..ada yang nampak tabah tetapi hari-hari marah-marah....alahai manusia...yang punya sekelumit sedar terkadang terlalu liar...memihak kepada sesetengah pihak..yang mungkin tidak berhak menerima hak dan tidak melaksanakan hak...hampir..hampir..hampir semua mereka bersuara kerana nafs di dasar jiwa..bukan..bukan mencari redha...yang dibawah mengampu puja..yang diatas menyogok sentiasa...yang menentang memfitnah lantang... aduh..mana mereka yang adil.. melihat manusia sama..ahh..terimbau notasi Piranesi "manusia itu sama rata tarafnya sewaktu di jamban" setakat itu sahajakah? itu falsafah barat...hakikat sebenar-benar hakikat manusia sentiasa sama...kecuali disisi Dia...tapi mengapa...mengapa..mengapa dibeza-beza sesama kita...siapa pun dia..khilafnya tetap khilaf..mulianya tetap mulia...terkadang..sedih sekali..kerana dia manusia ini..yang salah mengabur mata..sekelumit jasa dipuja-puja... dan mungkin kerana dia manusia itu..sekelumit dosa dijaja merata segunung pahala pantas dilupa.. mana nak ku cari manusia yang adil.. mana nak ku cari manusia yang punya jiwa bersalut takwa....aduh..Tuhanku... mana nak ku cari mereka..
"O you who believe! Stand out firmly for justice, as witnesses to Allah, even though it be against yourself, or your parents, or your kin, be he rich or poor Allah is a better protector to both (than you). So follow not the lusts (of your hearts), lest you avoid justice; and if you distort your witnesses or refuse to give it, verily, Allah is Ever Well-Acquainted with what you do." 4:135
"O you who believe! Stand out firmly for justice, as witnesses to Allah, even though it be against yourself, or your parents, or your kin, be he rich or poor Allah is a better protector to both (than you). So follow not the lusts (of your hearts), lest you avoid justice; and if you distort your witnesses or refuse to give it, verily, Allah is Ever Well-Acquainted with what you do." 4:135
Comments
'Tegakkan agama dlm dirimu nescaya ia akan tertegak di watanmu..'