Manusia.
Kita makhluk progresif. Atas sebab itu, kita berubah-ubah… hati, perangai, rupa… perubahan terbesar adalah pada hati… hati yang berubah, membuatkan sikap juga berubah…dan dalam banyak keadaan, turut diikuti dengan penampilan. Ada orang tak mahu berubah, cuba menentang segala perubahan… well, you can be like Miss Havisham in Great Expectations… you can stop all the clocks in you possession… but you can never halt time… or maybe you can cover up you wrinkles with botox or thick foundation and powder, you can dye your graying hair… tetapi untuk setiap saat yang berlalu, kita tetap semakin tua… dan akhirnya, kita akan berubah.. dari makhluk hidup, menjadi jasad tak bernyawa… tinggal ruh yang akan bertamu di hadapan Pencipta….dan mati itu pasti…
Harapan.
Harapan wujud dalam banyak peringkat dan keadaan. Orang yang selalu bangun tidur lewat, berharap esok dapat bangun lebih awal, orang yang jatuh cinta hari ini, berharap akan dapat menikahi cintanya, seorang pelajar senibina, berharap dalam tempoh sesudah tamat pengajiannya, dia akan menjadi arkitek…. Dan harapan tertinggi, setiap muslim…pasti mengharapkan syurga Penciptanya… syurga yang tertinggi, Al-Firdaus.
Perubahan.
Apakah jenis perubahan yang diharapkan? Jiwa yang normal, pasti mengharapkan perubahan yang positif. Mahu jadi baik dan lebih baik. Ada orang kata, it’s not about ‘mahu jadi baik’… it’s about ‘kena jadi baik’… well, I think both are necessary. Pertama, kita tahu… Kedua, kita sedar… Ketiga, kita mahu… Kalau hendak seribu daya, buat seribu cara… Cumanya, untuk berubah kita memerlukan kekuatan… dan kekuatan itu datang dari Tuhan, selalunya melalui persekitaran… bagi sesetengah orang, apa yang diperlukan bukan seorang jurulatih di hadapan untuk memberi arahan bagi segala tindakan… tetapi seorang teman, yang sama-sama berpimpinan tangan ke arah kebaikan yang diinginkan. Bersama-sama mencari dan memahami… bersama-sama mempersiapkan diri untuk perubahan terbesar dan mencapai harapan tertinggi.
Pilihan.
Setiap hari kita dihadapkan dengan pelbagai pilihan. Mahu pakai baju apa, mahu makan apa, mahu suka siapa… Dan kata orang, ukur baju… biarlah di badan sendiri… bukan sahaja saiz, tapi juga corak dan warna… kadang, dua beradik pun boleh berbeza warna kulit, sekalipun sama saiz badannya… baju yang sesuai dikenakan oleh kakak, belum tentu sesuai untuk adiknya… dan sepanjang perjalanan hidup ini, citarasa juga berubah-ubah… lalu pilihan juga berubah… tapi ada jenis pilihan yang tidak ditelan zaman… misalnya sepasang kasut yang sesuai untuk pelbagai majlis, formal atau santai.. juga memberi keselesaan… Atau mungkin pilihan yang berubah sama dengan kita… seperti tali pinggang banyak lubang… sudah makin montel pun masih boleh terus dipakai… Ada orang pandang jauh, buat pilihan untuk masa depan… misalnya, membeli suit mahal untuk interview tiga tahun lagi… sekarang tak boleh dipakai, sudah tiba masanya… sudah tidak muat pula…
Realistik
Apapun, kita harus realistik… berpada-pada… buat pilihan yang kena… letakkan matlamat berperingkat… sedikit demi sedikit, kita berusaha ke arahnya… bersama… sambut tanganku… dan kita bergerak sama ya…
Sekian.
Comments