KURNIA Celik mata disapa suria Sekalung usia merangkak dewasa Kelak esok dan esok yang menjelma Maka dewasa menjadi tua Ini fitrah kita Namun bukan janji pasti setiap jiwa Kerana esok yang menjelma Bukan milik kita Hari ini yang diberi nyawa Bukan milik kita Semalam yang mencoret cerita Bukan milik kita Setiap jiwa ada tarikhnya Persis segala perkara ada luputnya Seawal jiwa dberi nyawa Semurni janji didepan pencipta Seluhur bersih saat nafas pertama Seredup cinta si bonda Ruh dan jasad bersatu mula jejak pertama Jejak ke sebuah dunia Ahh.. dalamnya ada pelbagai perkara Indahnya sementara Namun kita manusia Sering lupa dan tergoda Bergolak dengan dosa pahala Diiring sedar dan lupa Benar…kita hanya manusia Tapi kita didunia, bertamu sahaja Itu jangan kita lupa Sekalipun kita pelupa Jiwa akan kembali ke penciptanya Ditimbang amal seusia nyawa Tiket ke syurga mahal harganya Maka usia janga dipersia Syukur pada ...
"Be kind, for everyone you meet is fighting a hard battle."