Biasa, kebanyakan orang pernah dengar pepatah ini. Senang ingat senang faham. Tak payah hurai panjang-panjang pun orang faham. Tapi tak kisah, orang dah faham atau tak, aku nak tulis karangan ala-ala darjah enam; tulis sebuah karangan berdasarkan pepatah di atas. Cikgu mazlina (cikgu bm aku masa darjah 6) mesti bangga dengan aku... Ilmu, atau dalam bahasa orang putihnya knowledge merupakan pengetahuan berunsur maklumat. Pengantaraan atau medium ilmu sungguhlah banyak, percakapan, tindakan, penglihatan dan lain-lain. Setiap tindak dan tanduk kita terkadang menjadi ilmu jika tidak pada diri maka pada orang lain. Ilmu, pelbagai jenis ilmu. Ada yang formal. Ada yang tidak. Ada yang baik. Ada yang jahat. Ada yang cantik. Ada yang buruk. Ada yang nampak baik tapi sebenrnya tak baik. Maka, disinilah asas rujukan pengamalan sesuatu ilmu. Maka aku mengira bahawa pepatah ini tidak sewenang-wenangnya diaplikasi dalam semua bentuk ilmu. Pernah berlaku pada seorang teman apabila beliau bertanya pa...