Jadi manusia, memanglah… selalu saja lupa, lupa nak buat kerja, lupa nak makan, lupa nak telefon emak… dan paling dahsyat bila kita lupa, kita ini makhluk bertuhan….
Dalam banyak benda, kita selalu berusaha dan berusaha… tapi kita lupa untuk tawakal… lupa bahawa segala usaha tidak akan jaya tanpa kuasa tuhan… sampailah suatu masa, kita rasa letih… rasa mengalah.. rasa seolah-olah segala ikhtiar kita sia-sia… lalu, fitrah manusia itu akan kembali sedar… kebergantungan sebuah hati pada Penguasa hari esok…
Kebergantungan pada tuhan itu indah… hamba itu, saat jiwanya begitu rendah dan merasa kalah… saat dibibirnya menyebut “Ya Allah..........” hatinya akan ditamu selintas tenang… kerana, sekalipun segala manusia di dunia ini melupakannya… keluh kesahnya masih didengari yang lebih berkuasa… bahkan yang menguasai setiap nyawa dan jiwa.
Manusia itu sering lupa akan Penciptanya saat gembira… mulianya mereka yang mengingati tuhan dalam ketawa… lalu untuk pelupa, sekali sekala dihadirkan duka dalam hidupnya… syukur, aku masih diberi peringatan…
Aku bukan orang menyerah pada takdir… tidak, tidak aku mudah akur pada sebuah kekalahan… tetapi aku percaya bahawa takdir itu harus diakur dan diterima dengan redha… Hati yang pasrah pada tuhanya itu jauh lebih tenang daripada amarah yang terzahir.
Manusia diberi kebebasan membuat keputusan dan membuat keputusan itu menjadi rumit apabila hanya disandarkan pada diri semata… aku merasainya… macam orang tua-tua kata, ikut rasa binasa, ikut hati mati… tapi aku fikirkan, semuanya harus ada, rasa, hati, akal, iman…. Semua itu adalah neraca pertimbangan yang jika digunakan sama rata menghasilkan sebuah kewarasan…
Banyak kali dalam kehidupan, aku ini terlalu buru-buru… harus belajar menjadi tenang dan matang… banyak benda yang aku belajar tentang hidup kebelakagan ini… Subhanallah… Aku mahu menjadi lebih sempurna, moga aku punya upaya…
Sungguh… sesudah hujan itu adanya pelangi… lalu aku percaya
Kalau dah ajal, pastikan tiba…
Kalau dah rezeki, beroleh jua…
Kalau dah jodoh, tak ke mana…
Ramadhan bakal tiba, bagaimana persiapan kita?

Comments