Friday, June 13, 2008

BENDERA ISLAM & KITA

Dedicated all to my sisters, as a reminder to me and to you...

Firman Allah di dalam surah AlQuran;

“dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannnya dan memelihara kemaluannya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara lelaki mereka atau putera putera saudara perempuan mereka atau para perempuan dari kalangan mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan lelaki tua yang tidak mempunyai keinginan atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan…” (24:31)

Isu hijjab atau lebih biasa dengan sebutan tudung bukanlah suatu isu luar biasa di negara kita. Di sana sini, melihat anak gadis mahupun wanita dari sebarang usia memakai kain kerudung mahupun tudung di kepala adalah perkara biasa. Bahkan bilangan perempuan yang bertudung boleh dikatakan lebih banyak –Alhamdulillah- jika dibandingkan dengan yang tidak bertudung. Namun begitu, jika dinilai dari segi kesempurnaan menepati syariat. pemakaian tudung di negara kita, kadangkala lebih berunsur fesyen dan budaya bukan ketaatan terhadap perintah agama.

Seawal melangkah ke alam persekolahan, ada ibu bapa yang menyedari akan tangunggjawab mendidik anak perempuanya untuk memakai tudung atau dengan kata lain, anak kecil dibiasakan dengan memakai sehelai kain yang meliputi rambutnya. Maka dengan izin Allah, membesarlah anak tersebut sebagai seorang yang bertudung. Namun demikian, sejauh manakah anak itu memahami syariat yg difardhukan ke atasnya. Sejauh manakah anak itu sedar, tudung yang meliputi sebahagian kepalanya itu merupakan ‘bendera Islam’ yang melambangkan imej agama Allah ini.

Sesungguhnya, jika di dalam suatu perarakan, mahupun di medan perang, pemegang panji mahupun bendera sudah tentu bukanlah sebarangan orang. Sedikit tidak, individu tersebut pastinya individu yang ‘terpilih’. Sebagai seorang individu muslim, tidakkah kita bangga dengan bendera islam yang diberi kepada kaum wanita untuk dipegang lantas mempamerkan imej agama kepada dunia.

Mengapa ‘hijjab’ atau panggilan mesranya ‘tudung’ dikatakan sebagai bendera Islam? Berada di Malaysia atau mana-mana negara yang majoritinya umat Islam, mungkin ramai yang tidak sedar atau sengaja buat-buat tidak sedar akan nikmat syariat hijjab ke atas seseorang muslimah. Namun begitu, beradanya saya di negeri yang majoritinya bukan Islam, ‘hijjab’ sebagai bendera Islam begitu jelas pada mata dan minda saya. Saya beri contoh mudah disini; jika di Malaysia, biasanya lelaki yang dilihat di jalanan sekalipun tidak berkopiah, jika mukanya Melayu, selalunya Islamlah agamanya. Begitu juga jika dilihat seorang wanita sekalipun tidak bertudung namun jika mukanya Melayu, selalunya Islamlah dia. Melayu begitu disinonimkan dengan Islam sehingga kadangkala melihat seorang Cina bertudung, kita lebih cenderung memikirkanya sebagai Melayu berwajah Cina berbandang seorang Cina yang memeluk Islam. Namun begitu, situasi begitu tidak berlaku di sini (Melbourne), Islam di sini, bukanlah Melayu semata, dan yang paling jelas, bukanlah kelompok majoriti. Jika dilihat seorang lelaki berwajah tempatan di mana- mana selain di surau, sudah tentu tidak tuntas hati memikirkan dia adalah seorang muslim. Namun, jika seorang wanita berwajah tempatan, hidungnya mancung matanya biru, tetapi memakai hijjab, tanpa berfikir panjang, kita tahu dia adalah seorang muslimah.

‘Hijjab’ di bumi asing ini, lebih dihayati maknanya daripada di bumi yang dekat di hati tetapi jauh dari kaki. Ke mana sahaja saya pergi, orang tahu saya seorang muslim. Bahkan pemakaian ‘hijjab’ menjadikan saya pusat tumpah rasa ingin tahu mereka yang asing dan tidak kenal dengan Islam. Bahkan, jika seorang lelaki mahu bertanya tempat solat, mereka lebih cenderung untuk bertanya kepada perempuan-perempuan bertudung sekalipun kadangkala lelaki Islam ada berdekatan dengannya. Hal ini kerana, lelaki tersebut tidak dapat mengenaltahu keislaman seorang lelaki hanya pada rupa. Jika mahu dilihat pada janggut, ramai sahaja orang beragama lain yang berjanggut. Bahkan ‘Santa Clause’ juga digambarkan berjanggut. Saya sering dilontari dengan persoalan, ‘Bolehkan kain yang meliputi kepala ini ditanggalkan? Bila dan di mana saya boleh menanggalkan? Bagaimanakah saya menjaga rambut? Bahkan ada yang menyangka saya memakai tudung hanya pada musim sejuk kerana kesejukan’. Seawal keberadaan saya di sini, agak rumit untuk sering menjelaskan kepada sesetengah orang yang langsung tidak punya sebarang pengetahuan tentang Islam, bahkan adalah lebih sukar untuk menjelaskan kepada mereka yang mengenali Islam dari kaca mata barat iaitu sebagai agama ‘terrorist’. Namun demikian, lama kelamaan, saya semakin menyedari, bermula dengan rasa ingin tahu mereka terhadap sehelai kain yang melitupi sebahagaian kepala saya ini, mereka cenderung untuk bertanya persoalan lain tentang agama yang mulia ini. Atau, secara ringkasnya, saya katakana di sini, kerana saya bertudung, saya punya peluang untuk menjelaskan Islam kepada dunia. Adalah sukar untuk terus menimbulkan isu agama ketika berborak dengan individu tidak seagama. Namun, apabila mereka yang memulakan terlebih dahulu, bukankah lebih mudah?

Berbalik kepada isu hijjab di negara kita, apabila membicarakan isu aurat, ramai yang akan berlagak lega lantaran telah bertudung, atau dengan kata lain rambutnya telah diliputi dengan sehelai kain. Fikir dan nilai kembali, sejauh manakah pemakaian tudung tersebut telah menepati syariat yang ditetapkan ke atas kita?.

Apabila tiba waktu solat, kebanyakan perempuan di Malaysia akan mancari telekung, kadangkala ada yang tidak bersolat atas alasan tiada telekung. Seperti yang kita tahu, aurat sewaktu solat adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan kedua tangan. Namun, apakah ramai diantara kita lupa atau sengaja buat-buat lupa bahawa aurat seorang wanita diluar waktu solat juga adalah sama. Definisi aurat sering dilihat pada sehelai kain yang membaluti sebahagian kepala berbanding makna sebenarnya disisi syariat. Maka tidak hairanlah, begitu ramai sekali yang bertudung tetapi berbaju dan berseluar ketat bagaikan nangka sarat. Bahkan, lebih memalukan apabila perempuan bertudung, bajunya singkat, apabila duduk terangkat lalu menampakkan sebahagian badan mahupun pakaian dalamnya. Begitu juga apabila bertudung tetapi bajunya jarang seolah-olah aurat itu hanya dikepala yang lainya tiada dosa dianginkan dimana-mana. Ditambah lagi kadangkala tudung yand dipakai itu nipisnya bagaikan kelambu nyamuk yang hanya tidak dapat ditembusi nyamuk tetapi jelas sekali apa di dalamnya sehingga kadangkala saiz telinga dan anting-anting dapat dilihat jelas maka jadilah fesyen tersebut seperti ‘Mickey Mouse’ yang begitu jelas telinganya.

Mengapakah ini berlaku? Senario seperti ini lahir lantaran nilai hijjab mahupun syariat menutup aurat tidak jelas di mata dan minda kita. Begitu ramai yang bertudung, namun berapa ramaikah yang bertudung dengan luhur hati diniatkan kerana Allah S.W.T. atau mungkin pemakaian tudung sekadar fesyen yang diikuti dari rakan-rakan mahupun kerana budaya atau paksaan dari ibubapa? Setiap kali mengenakan pakaian ke badan, seringkah difikirkan redha Ilahi atas setiap yang dipakai. Mungkih mudah untuk membaca ‘bismillah’ sebelum memakai baju. Namun, cuba bayangkan, jika seseorang yang sedang bersiap untuk keluar, mengenakan sehelai baju T ketat lagi singkat membaca ‘bismillah’ untuk baju yang dipakai. Sekali fikir mungkin tidak pelik, namun jika ditenung makna tindak tersebut seolah-olah seperti ..’dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang aku mengenakan T-shirt singkat lagi ketat ini’. Tidakkah pelik?

Syariat menutup aurat bukan suatu yang boleh dipandang lega di negara kita. Bilangan muslimah yang bertudung sama sekali tidak mewakili bilangan muslimah yang betul-betul taat pada syariat menutup aurat. Imej Islam tidak terpamer sekalipun pemegang benderanya ramai. Jika dilihat muslimah yang auratnya dilitup sempurna, maka digelarnya ‘ustazah’, apa ramai diantara kita nyanyuk bahawa syariat menutup aurat bukan difardhukan ke atas ustazah semata. Kita tenung dan lihat, mudah sekali untuk menentukan taat pada syariat aurat ini, jika pakaian yang dipakai tarafnya sempurna untuk dibawa solat, insyaAllah tertutup sudah aurat. Tidak kisah apa fesyennya, tidak seharusnya jubah mahupun baju kurung, jika menepati pada syariat maka kita sudah taat. Kalau makan kita mahu semuanya halal, kalau berpakaian mengapa tidak begitu?. Maka, kita selaku pemegang bendera, kita punya amanah untuk pamer imej Islam yang sempurna.


Ditulis lebih kurang setahun yang lalu, tapi baru nak post..hee

Wednesday, June 11, 2008

ILMU TANPA AMAL IBARAT POHON TANPA BUAH

Biasa, kebanyakan orang pernah dengar pepatah ini. Senang ingat senang faham. Tak payah hurai panjang-panjang pun orang faham. Tapi tak kisah, orang dah faham atau tak, aku nak tulis karangan ala-ala darjah enam; tulis sebuah karangan berdasarkan pepatah di atas. Cikgu mazlina (cikgu bm aku masa darjah 6) mesti bangga dengan aku...

Ilmu, atau dalam bahasa orang putihnya knowledge merupakan pengetahuan berunsur maklumat. Pengantaraan atau medium ilmu sungguhlah banyak, percakapan, tindakan, penglihatan dan lain-lain. Setiap tindak dan tanduk kita terkadang menjadi ilmu jika tidak pada diri maka pada orang lain.

Ilmu, pelbagai jenis ilmu. Ada yang formal. Ada yang tidak. Ada yang baik. Ada yang jahat. Ada yang cantik. Ada yang buruk. Ada yang nampak baik tapi sebenrnya tak baik. Maka, disinilah asas rujukan pengamalan sesuatu ilmu. Maka aku mengira bahawa pepatah ini tidak sewenang-wenangnya diaplikasi dalam semua bentuk ilmu.

Pernah berlaku pada seorang teman apabila beliau bertanya pada seorang teman yang lain tentang ilmu yang bakal ditimbanya, situasinya begini;

Teman A: Kau ajak aku kemari, tentang apa program ini?
Teman B: Kau mahukan ilmu untuk sekadar tahu atau untuk amal?

Secara peribadi, aku merasakan teman A bertindak bijak kerana meneliti jenis ilmu yang bakal diterimanya di program tersebut. Sesungguhnya, adalah wajar sesuatu ilmu itu dinilai sebelum dan sesudah memperolehinya.Namun, jawapan teman B seolah-olah meletakkan satu kemestiaan bahawa ilmu yang ditimba haruslah diamal.

Telah aku katakan, ilmu bermacam jenis ilmu, antaranya yang nampak baik tetapi pada hakikatnya tidak. Terkadang, manusia sering menilai ilmu berdasarkan pemberi ilmu tersebut. Secara mudahnya, ilmu kimia adalah lebih dipercayai jika disampaikan oleh cikgu kimia berbanding cikgu bahasa melayu. Tetapi suatu perkara yang perlu diingat, cikgu kimia juga mungkin tersalah dan juga mungkin kurang ilmu dan kepakaranya jika dibandingkan dengan pakar kimia yang mungkin telah mekaukan kajian demi kajian, bukan sekadar bacaan dari sukatan.

Penilaian terhadap ilmu adalah luas dan teliti, lebih-lebih lagi apabila ilmu itu melibatkan agama. Lewat kebelakangan ini, Alhamdulillah, kesedaran agama bercambah-cambah di segenap negeri dan daerah, diikuti dengan kelahiran golongan pendakwah, aku kira ini adalah rahmat dari Allah. Maka apabila bercambahnya kesedaran agama, turut bercambah tunas-tunas dahaga yang mendambakan ilmu agama. Bertambahnya golongan yang menimba ilmu agama, bertambahlah juga golongan yang menyebarkan ilmu-ilmu tersebut. Namun terkadang, biarpun niat asal penyebaran ilmu adalah suci dan murni, dan ilmu yang disampaikan juga nampak elok, tidak bermakna penelitian dan analisa ilmu perlu dihentikan begitu sahaja.Kesahihan sesuatu ilmu adalah penting untuk dipastikan sekalipun ilmu itu nampak baik di mata. Maka disinilah pentingnya penilaian sumber ilmu, bukan sekadar pada cikgunya tetapi pada buku dan sejarahnya.

Berguru mendapatkan ilmu aku kira suatu jihad yang cukup mulia, maksudku ilmu yang mebawa manfaat bukanya berguru ilmu hitam kerana itu bukannya membawa manfaat tetapi mengundang laknat lagi jahat. Namun, tidaklah seharusnya kita menjumudkan perguruan pada kelompok individu tertentu atau cikgu-cikgu tertentu sahaja. Secara peribadi, aku merasakan semakin ramai guru semakin bertambah dan jelas sesuatu ilmu. Serperti mana pada zaman sekolah, ada cikgu sekolah, ada cikgu tuisyen. Terkadang cikgu sekolah tak ajar apa yang diajar oleh guru tuisyen, guru tuisyen pula tak tahu apa yang cikgu sekolah tahu. Maka si murid bolehlah mendapat ilmu lebih daripada guru tuisyen dan boleh juga memberi tahu guru tuisyen appa yang cikgu sekolah beritahu. Secara tak langsung si murid menjadi medium ilmu kepada guru.

Berbalik kepada isu ilmu yang nampak baik. Ilmu yang nampak baik sungguh banyak di muka bumi ini. Terkadang ilmu itu nampak baik kerana penyampainya orang baik atau nampak baik. Terkadang ilmu itu nampak baik kerana disampaikan dalam situasi yang baik pada hari yang baik pada cuaca yang baik. Terkadang ilmu itu nampak baik kerana penyampainya menyatakan sedari awal-awal bahaawa ilmu yang disampaikanya adalah ilmu baik. Pelbagai keadaan dan sebab yang menyebabkan ilmu itu nampak baik. Namun pada hakikatnya ilmu yang nampak baik tak semestinya baik. Lantaran ilmu yang nampak baik inilah wujudnya pelbagai pemesongan ilmu dan fitnah terhadap ilmu terutmanya ilmu agama. Lantaran ilmu yang nampak baik dan disampaikan oleh orang baik inilah berlakunya pemesongan aqidah misalnya yang berlaku terhadap agama kristian di mana aqidah penganutnya dipesongkan oleh paderi-paderi yang sewenangnya mengubahsuai bible mengikut kepentingan pemerintah dan diri. Hal yang sama juga berlaku dalam agama Islam apabila tok-tok guru menyampaikan ilmu ciptaan dan amalan yang nampak baik sehingaa lahirnya bidaah, ajaran sesat dan sebagainya.

Maka, penilaian dan penelitian sesuatu ilmu merupakan salah satu tindak yang seharusnya menjadi akhlak pada setiap penuntut ilmu.Bukan ketagihan ilmu yang perlu dipuaskan tetapi kesahihan sesuatu ilmu yang harus didambakan. Jauhi taklik buta dan ingatlah firman Allah " dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semua itu akan dipertangungjawabkan." (17:36) Kejumudan dan fanatik tok guru juga harus dielakkan, bersikap terbuka dalam ilmu tetapi teliti dalam pengamalan. Bagi yang baru punya ilmu, jangan gelojoh menjadi cikgu, bukan maksudku ilmu tidak boleh dikongsi namun kepastian dan kemampuan memberi penjelasan harus diambil kira, takut yang hilang bertambah sesat yang bersuluh menjadi malap. Bagi yang punya ilmu dan mampu, jangan disimpan di bawah kelambu, lama kelamaan berdebu dan menjadi kelabu, lantas hilang begitu.

Justeru, ilmu jahat tanpa amal menjadi baja, ilmu baik bukan sekadar nampak baik tetapi sahih baik tanpa amal ibarat pohon tanpa buah.

Saturday, June 7, 2008

Ultraman

Rindu~ my nephew-Dihyah..he has somekind of incurable obsession with ultraman... hopefully he will grow up and become an Ultra-man and save the nation...

Best jugak kan kalau dapat jadi ultraman- boleh terbang..x payah naik mobil... jimat duit minyak..hukhuk...

.....



DALAM SESETENGAH HAL, MUNGKIN DIAM ITU LEBIH BAIK!!!!!

Thursday, June 5, 2008

La Kicap

Kak Sarah: Tak dak gambaq baru ke?
Adik: Tengok kat blog
Kak Sarah: Takdak pun...
Adik:Ni baru nak upload..hehehe.. Inilah...ujana ku..tunjuk kat mak..alhamdulillah.. rumah ku di sini best!

2 ekor putera katak..mereka sungguh comel dan mempesona..
ruang kerja

dinding terkenal..erk! (wall of fame)
ruang santai
menghias bilik air adalah kegemaranku
lilin terapi anti-tekanan perasaan (stress)

Wednesday, June 4, 2008

Monday, June 2, 2008

Why Women Cry

Copy/ paste- i like the story~

A little boy asked his mother, "Why are you crying?"

"Because I need to" she said.

"I don't understand," he said.

His mother just hugged him and said, "And you never will."

Later the little boy asked his father, "Why does mother seem to cry for no reason?"

"All women cry for no reason," his dad answered carelessly.

The little boy, still wondering why women cry, finally asked the old wise shaikh (scholar). "He surely knows the answer", he thought.

"Ya Shaikh! Why do women cry so easily?"

The Shaikh answered:

"When Allah made the woman she had to be special. He made her shoulders strong enough to carry the weight of the world, yet gentle enough to give comfort.

He gave an inner strength to endure both childbirth and the rejection that many times comes from her children.

He gave her a toughness that allows her to keep going when everyone else gives up, and take care of her family through sickness and fatigue without complaining.

He gave her the sensitivity to love her children under any and all circumstances, even when her child hurts her badly.

He gave her strength to carry her husband through his faults and fashioned her from his rib to protect his heart. He gave her wisdom to know that a good husband never hurts his wife, but sometimes tests her strengths and her resolve to stand beside him unfalteringly.

And lastly, He gave her a tear. This is hers and only hers exclusively to use whenever she needs it. She needs no reason, no explanation, its hers.

You see my son, the beauty of a woman is not in the clothes she wears, the beauty of her face, or the way she combs her hair. The beauty of a woman must be seen in her eyes, because that is the doorway to her heart - the place where love resides."

http://www.zawaj.com